New World PJ Hotel Bakal Dikenali Sebagai Le Méridien Petaling Jaya


New World Hotel Petaling Jaya, sebuah hotel bertaraf 5-bintang bakal dikenali sebagai  Le Méridien Petaling Jaya mulai 1 Jun 2022. Le Méridien merupakan antara jenama premium di bawah Marriott International dan bakal melalui transformasi untuk menawarkan pengalaman gaya hidup yang eksklusif kepada penginapnya.

Penjenamaan semula hotel 5-bintang ini dibuat berikutan  termeterainya  perjanjian francais  antara  Jelas Puri Sdn Bhd, sebuah anak syarikat kepada WCT Holdings Berhad (“WCT”), dengan Marriott International. Hotel yang mengandungi 300 bilik ini disasarkan kepada para pelanggan terdiri daripada pelancong  dan pengembara korporat dengan menawarkan khidmat pelanggan berdasarkan piawaian Marriott International.

Le Méridien, sebuah jenama penginapan mewah dan ternama menawarkan pengalaman yang menguja dengan perspektif unik melalui  gabungan elemen Chic, Cultured and Discovery yang diinspirasikan berdasarkan tempat kelahiran jenama tersebut iaitu Paris.

Timbalan Pengarah Urusan WCT, Mr Peter Chow berkata “Kami amat berbesar hati kerana Le Méridien bersedia menjadi  antara rakan sekutu  jenama WCT selain  diberikan peluang menjalinkan kerjasama dengan salah sebuah syarikat hospitaliti yang ternama. Marriott International merupakan antara rangkaian hotel terbesar di dunia berdasarkan kepada bilangan bilik yang diurusnya.  Kami percaya penjenamaan semula ini merupakan kaedah terbaik untuk mencapai impian kami dan mengembangkan lagi perniagaan dengan  meraih prestasi jualan melalui kadar penginapan yang lebih baik, meningkatkan kecekapan kos dan juga produktiviti kakitangan.”

“Usaha ini selari dengan hala tuju strategik kami untuk meningkatkan potensi hartanah dalam projek pembangunan bersepadu WCT di Paradigm Petaling Jaya. Kami berhasrat  untuk menjadikan hotel kami sebagai pilihan ramai bagi tujuan penginapan, penganjuran acara dan menjamu selera di Petaling Jaya dengan memanfaatkan program Mariott Bonvoy.  Mariott Bonvoy merupakan program keahlian terbesar di dunia yang mempunyai 140 juta ahli. Pembukaan Le Méridien Petaling Jaya juga tepat pada masanya dengan tindakan kerajaan membuka semula pintu sempadan negara baru-baru ini,” tambahnya lagi.

Penjenamaan semula ini bakal menawarkan  perkhidmatan hotel yang dipertingkatkan. Ruang rehat, The Lounge akan dijenamakan semula sebagai ‘Latitude 03⁰ 06’ , manakala ruangan makan hotel yang dikenali sebagai Pasar Baru, iaitu sebuah restoran yang menghidangkan makanan tempatan kegemaran yang diolah (local favourites) tempatan yang menarik manakala  PJ’S Bar and Grill, salah sebuah tempat bersantai di tingkat paling atas yang tersohor di Petaling Jaya akan dikekalkan. Selain itu, para tetamu hotel  juga boleh menikmati pelbagai tawaran makanan dan minuman (F&B) Le Meridien yang disediakan untuk mereka.

Hiasan dalaman hotel  akan melalui perubahan berdasarkan jenama Le Méridien yang unik iaitu rekaan Timeless Chic yang diinspirasikan berdasarkan tempat asal-usul jenama ini dilahirkan iaitu Paris. Rekaan itu diilhamkan melalui cita rasa yang menguja dan para tetamu bakal merasai suasana destinasi yang ada di seluruh dunia. Le Méridien akan mentakrifkan semula elemen tempatan untuk menjadi lebih bergaya, dengan menumpukan pada budaya seni dan masakan di samping menerokai keunikan yang ditawarkannya.

Sehubungan itu,  jenama Le Méridien ini akan berupaya untuk menarik segmen khalayak yang lebih luas terutamanya dalam kalangan pelancong  berminda kreatif yang sering mengejar inspirasi di kala mereka menerokai destinasi, budaya unik dan pengalaman kulinari. Le Méridien Petaling Jaya juga mengalu-alukan  ahli Marriot Bonvoy untuk merasai sendiri pengalaman luar biasa  yang ditawarkan  oleh jenama Marriott International.

Pengurus Besar Le Méridien Petaling Jaya, Chris Moore berkata, “Kami  amat teruja untuk memainkan peranan dalam peralihan New World Petaling Jaya Hotel kepada Le Méridien Petaling Jaya. Hotel ini akan  menawarkan pengalaman baharu kepada para tetamunya terutama para pengembara  untuk menerokai apa yang kami tawarkan berdasarkan teras jenama yang  didatangkan bersamanya  dari segi seni pengembaraan, budaya menikmati hidangan dan juga  kekayaan warisan Eropah.

Hotel mewah Le Méridien Petaling Jaya akan menjadi sebahagian daripada  kawasan pembangunan bersepadu yang terkenal di Petaling Jaya yang merangkumi Paradigm Mall Petaling Jaya,  sebuah menara pejabat iaitu The Ascent dan dua apartmen servis yang dikenali sebagai Azure Residences dan juga Sapphire Paradigm.

 

WCT Holdings Berhad

Ditubuhkan pada tahun 1981 dan disenaraikan di Bursa Malaysia pada tahun 1995. Syarikat yang kini mempunyai 2,000 pekerja dan beroperasi di enam buah negara, merupakan  pemegangan pelaburan yang terlibat dalam aktiviti kejuruteraan dan pembinaan, pembangunan harta tanah dan pelaburan, & pengurusan. Kepakaran kejuruteraan dan pembinaannya merangkumi litar perlumbaan Formula 1, lapangan terbang, skim bekalan air dan empangan, lebuh raya dan jalan raya, kerja awam, bangunan dan kerja-kerja infrastruktur berasaskan rel.

Portfolio syarikat – pembangunan dan pelaburan harta tanah, dan pengurusan merangkumi perbandaran, kediaman mewah, kediaman bertingkat tinggi, pembangunan komersial bersepadu, aset konsesi, hotel, dan pusat membeli-belah. Kumpulan WCT memiliki lima buah pusat membeli-belah – Bukit Tinggi Shopping Centre di Klang, pusat membeli-belah lapangan terbang – gateway@klia2 dan dan SkyPark Terminal di Selangor, Paradigm Mall di Petaling Jaya dan Paradigm Mall di Johor Bahru. Kumpulan WCT juga memiliki Première Hotel di Klang dan Le Méridien Petaling Jaya di Paradigm Petaling Jaya. WCT kini mempunyai tanah seluas kira-kira 214 ekar di Malaysia.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai WCT, sila layari www.wct.com.my.

Leave a Comment