kwsp.gov.my/ms/janjitemu (Booking Appointment KWSP Online)


Sebelum hadir ke cawangan, anda buat buat janji temu KWSP terlebih dahulu. Jadi, jika anda ada urusan berkenaan i-Sinar mahupun i-Akaun, anda boleh buat online booking di www.kwsp.gov.my/ms/janjitemu

Lebih kurang sama dengan Jabatan Imigresen Malaysia, perlu buat appointment melalui sto.imi.gov.my.

Izinkan kami berkongsi.

Cara buat temu janji KWSP di kwsp.gov.my/ms/janjitemu

Untuk makluman, anda boleh buat appointment secara online ini selewat-lewatnya 1 jam sebelum masa temu janji. Walau bagaimanapun, ia tertakluk kepada slot kekosongan pada tarikh dan waktu yang dipohon.

  1. Layari laman web Janji Temu Online KWSP di sini: https://www.kwsp.gov.my/ms/janjitemu
  2. Pergi ke bahagia bawah sekali, Jadualkan Janji Temu Di sini
  3. Klik PILIH NEGERI dan pilih negeri yang berkenaan
  4. Klik PILIH CAWANGAN dan pilih cawangan yang berdekatan dengan anda
  5. Selepas itu, akan tertera Alamat Cawangan
  6. Anda boleh semak samada lokasi tersebut dekat atau tidak dengan tekan butang PETA LOKASI
  7. Sekiranya lokasi tersebut sesuai, tekan butang Seterusnya
  8. Pilih urusan seperti dalam senarai yang diberikan. Contohnya, Pendaftaran Penamaan.
  9. Pilih tarikh yang tersenarai dalam kalendar. Slot yang masih kosong adalah yang boleh diklik
  10. Klik tarikh yang diingini
  11. Pilih waktu untuk temu janji dari 8.30am sehingga 3.35pm
  12. Klik Pilih Slot
  13. Masukkan maklumat peribadi seperti dipinta
    • Nama Penuh
    • Nombor Telefon
    • Alamat E-mel
    • Nombor MyKad
    • Tick Setuju terima SMS
  14. Tekan butang Buat Janji Temu
  15. Sila semak maklumat temu janji
  16. Sila hadirkan diri pada tarikh yang dipilih

 

Senarai perkhidmatan yang perlu temu janji KWSP online

Ini adalah senarai servis yang boleh buat appointment melalui kwsp.gov.my/ms/janjitemu :

  1. Pendaftaran Penamaan
    Sesi untuk ahli yang ingin membuat Penamaan secara manual.
    Nota: Ahli yang telah membuat penamaan melalui i-Akaun (Ahli), boleh hadir ke cawangan untuk Pengesahan Cap Ibu Jari (CIJ) tanpa perlu membuat Janji Temu Online.
  2. Perundingan Caruman Sukarela (Caruman Pilihan Sendiri)
    Sesi penerangan yang menawarkan informasi dan faedah menyimpan dengan KWSP bagi anda yang ingin menambah simpanan persaraan dan mempunyai pendapatan sampingan
  3. Perundingan Caruman Sukarela (Caruman Simpanan Tambahan)
    Ketahui bagaimana anda dapat membantu menambah simpanan pasangan, ibubapa, dan anak-anak demi kesejahteraan masa hadapan mereka
  4. Perundingan Caruman Sukarela (i-Saraan)
    Sesi penerangan yang menawarkan informasi dan kaedah menguruskan simpanan bagi anda yang bekerja sendiri atau tiada pendapatan tetap
  5. Pendaftaran i-Saraan
    Caruman Sukarela untuk ahli yang bekerja sendiri dan tiada pendapatan tetap
    Perundingan Caruman Sukarela (i-Suri)
    Sesi penerangan yang menawarkan informasi dan kaedah menguruskan simpanan bagi golongan suri rumah
  6. Pendaftaran i-Suri
    Caruman Sukarela khas untuk golongan suri rumah
    Perundingan Produk & Perkhidmatan KWSP (Pengeluaran 50 / 55 / 60 & RM 1 Juta)
    Ketahui bagaimana produk & perkhidmatan KWSP dapat membantu anda menikmati usia emas anda dengan selesa
  7. Pengeluaran Umur 50
    Pengeluaran Umur 50 tahun dari Akaun 2
  8. Pengeluaran Umur 55
    Sesi untuk ahli yang ingin membuat Pengeluaran Umur 55 tahun dari Akaun 55
    Nota: Ahli yang telah membuat Pengeluaran Umur 55 tahun melalui i-Akaun (Ahli), boleh hadir ke cawangan untuk Pengesahan Cap Ibu Jari (CIJ) tanpa perlu membuat Janji Temu Online.
  9. Pengeluaran Umur 60
    Sesi untuk ahli yang ingin membuat Pengeluaran Akaun 55 & Akaun Emas
    Nota: Ahli yang telah membuat Pengeluaran Umur 60 tahun melalui i-Akaun (Ahli), boleh hadir ke cawangan untuk Pengesahan Cap Ibu Jari (CIJ) tanpa perlu membuat Janji Temu Online.
  10. Pengeluaran Simpanan Melebihi RM1 Juta
    Sesi untuk ahli yang ingin membuat Pengeluaran Simpanan yang Melebihi RM1 juta
    Nota: Ahli yang telah membuat Pengeluaran Simpanan yang melebihi RM1 juta melalui i-Akaun (Ahli), boleh hadir ke cawangan untuk Pengesahan Cap Ibu Jari (CIJ) tanpa perlu membuat Janji Temu Online.
  11. Perundingan Perancangan Kewangan (Termasuk i-Invest, i-Lestari & Simpanan Shariah)
    Sesi penerangan yang menawarkan tips kewangan untuk anda menguruskan wang dengan bijak
  12. Perundingan Perancangan Persaraan
    Sesi penerangan yang menawarkan tips dan panduan untuk anda bersara dengan selesa
  13. Pengeluaran Beli Rumah
    Sesi untuk ahli yang ingin membuat pengeluaran dari Akaun 2 untuk membiayai pembelian rumah.
    Nota: Ahli yang telah membuat Pengeluaran Beli Rumah melalui i-Akaun (Ahli), boleh hadir ke cawangan untuk Pengesahan Cap Ibu Jari (CIJ) tanpa perlu membuat Janji Temu Online.
  14. Pengeluaran Bina Rumah
    Sesi untuk ahli yang ingin membuat pengeluaran dari Akaun 2 untuk membiayai pembinaan rumah.
    Nota: Ahli yang telah membuat Pengeluaran Bina Rumah melalui i-Akaun (Ahli), boleh hadir ke cawangan untuk Pengesahan Cap Ibu Jari (CIJ) tanpa perlu membuat Janji Temu Online.
  15. Pengeluaran Mengurang/Menyelesaikan Baki Pinjaman Perumahan
    Sesi untuk ahli yang ingin membuat pengeluaran dari Akaun 2 untuk mengurang/menyelesaikan baki pinjaman perumahan.
    Nota: Ahli yang telah membuat Pengeluaran Mengurang/Menyelesaikan Baki Pinjaman Perumahan melalui i-Akaun (Ahli), boleh hadir ke cawangan untuk Pengesahan Cap Ibu Jari (CIJ) tanpa perlu membuat Janji Temu Online.
  16. Pengeluaran Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan
    Sesi untuk ahli yang ingin membuat pengeluaran dari Akaun 2 untuk membiayai pembayaran ansuran bulanan pinjaman perumahan.
    Nota: Ahli yang telah membuat Pengeluaran Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan melalui i-Akaun (Ahli), boleh hadir ke cawangan untuk Pengesahan Cap Ibu Jari (CIJ) tanpa perlu membuat Janji Temu Online.
  17. Pengeluaran Pendidikan
    Sesi untuk ahli yang ingin membuat Pengeluaran Pendidikan dari Akaun 2 untuk membiayai pendidikan sendiri atau anak-anak.
    Nota: Ahli yang telah membuat Pengeluaran Pendidikan melalui i-Akaun (Ahli), boleh hadir ke cawangan untuk Pengesahan Cap Ibu Jari (CIJ) tanpa perlu membuat Janji Temu Online.
  18. Pengeluaran Kesihatan – Penyakit Kritikal
    Sesi untuk ahli yang ingin membuat Pengeluaran Kesihatan dari Akaun 2 untuk penyakit kritikal DAN/ATAU peralatan bantuan kesihatan.
    Nota: Ahli yang telah membuat Pengeluaran Kesihatan melalui i-Akaun (Ahli), boleh hadir ke cawangan untuk Pengesahan Cap Ibu Jari (CIJ) tanpa perlu membuat Janji Temu Online.
  19. Pengeluaran Kesihatan – Rawatan Kesuburan
    Pengeluaran dari Akaun 2 bagi tujuan rawatan kesuburan
  20. Pengeluaran Hilang Upaya
    Hilang upaya secara fizikal atau mental.
  21. Pengeluaran Kematian
    Apabila ahli meninggal dunia.
  22. Pendaftaran Majikan
    Pendaftaran majikan oleh bakal majikan.
  23. Aduan Ahli Terhadap Majikan Gagal Mencarum
    Pengaduan oleh pekerja ke atas majikan gagal mencarum
  24. Lain-lain Perkhidmatan
    Permohonan perkhidmatan di kaunter KWSP selain dinyatakan diatas

 

Patuh SOP untuk masuk ke premis KWSP

Sebelum masuk ke premis atau cawangan KWSP, anda perlu mengikuti SOP yang telah ditetapkan iaitu imbas QR code MySejahtera.

 

Akhir kata

Diharapkan agar perkongsian membuat appointment secara online di kwsp.gov.my/ms/janjitemu akan memudahkan lagi urusan anda.

3 thoughts on “kwsp.gov.my/ms/janjitemu (Booking Appointment KWSP Online)”

Leave a Comment