Kempen Hari Raya Aidilfitri 2022 KL East Mall Semarak Aidilfitri Di Ambang Syawal


Pusat membeli-belah milik penuh pertama Sime Darby Property, KL East Mall, ingin mengumumkan Kempen Semarak Aidilfitri Di Ambang Syawal, sebuah kempen Hari Raya Aidilfitri 2022 yang kini berlangsung sehingga Ahad, 8 Mei 2022. Para pengunjung boleh menikmati hiasan bertemakan buluh yang indah, menampilkan tiga pondok berinspirasikan sarang burung setinggi 3.6 meter serta terowong berbumbung tradisional yang dihasilkan sepanjang 4.5 meter, sesuai untuk keperluan kandungan media sosial mereka.

Suasana Raya diserikan lagi dengan beberapa persembahan tarian secara langsung pada hujung minggu, dengan muzik Melayu tradisional dan kontemporari, serta alunan angklung yang merdu mengiringi para pengunjung di KL East Mall.

Pengunjung yang berbelanja sebanyak RM150 di kedai khusus atau RM350 di Jaya Grocer akan layak menebus hadiah eksklusif bernilai sehingga RM40,000, termasuk Hamper Raya yang disediakan khas untuk pemenang, manakala mereka yang berbelanja minimum RM70 di kedai khusus juga akan mendapat paket wang Raya percuma.

Pengunjung di KL East Mall dialu-alukan untuk singgah di kedai-kedai fesyen Muslimah premium seperti dUCk, Lilit., Fiziwoo Calaqisya, Poplook, TudungPeople, Alhumaira, Telekung TEA, Hers by BintWahab, Icahfa, Fana Couture, Qaira Hijab, Matase Sutera, Aira Kamilia, Bokitta, Taufik n Tailor, Khatam dan sebagainya untuk sesi membeli-belah dikala musim Raya ini.

KL East Mall menempatkan lebih daripada 50 cawangan F&B, menjadikannya salah satu tempat menarik untuk berbuka puasa bersama seisi keluarga serta rakan-rakan. Diantara cawangan F&B yang terkenal di KL East Mall adalah Café Chef Wan, Serai, Ole-Ole Bali, Santan, Gula Cakery, Whisk Pantry, Naj & Belle, Kenny Hills Coffee, Ali, Muthu & Ah Hock, Pepper Lunch, K Fry Urban Korean dan pelbagai lagi. Para pengunjung juga boleh melawati Bazar Raya yang mempunyai lebih daripada 40 vendor yang dipilih khas untuk membeli keperluan Raya mereka di Paras LG dan G1.

Bersempena dengan bulan Ramadan yang mulia ini, KL East Mall mengalu-alukan pelanggannya untuk menggunakan peluang ini untuk menyumbang kepada individu yang kurang bernasib baik di dalam komuniti kita. Inisiatif #ActOfKindness Food Bank untuk Rumah Amal Asnaf Al Barakh yang dilangsungkan hingga 28 April 2022 amat menggalakkan para pembeli untuk menderma barangan runcit (makanan kering) serta barangan keperluan ke rumah tersebut yang menempatkan 38 kanak-kanak berumur diantara dua bulan hingga 13 tahun. Para pederma boleh menghulurkan sumbangan mereka di lokasi khas di Paras G1.

Untuk maklumat lanjut, layari https://www.kleastmall.com/

KL East Mall adalah pusat membeli-belah milik penuh pertama Sime Darby Property.

Leave a Comment