Kempen Activate Your Immunity, Stay Protected Dari PROVITAL Immuna Plus


Mead Johnson Nutrition pada 24 Mac 2022 telah melancarkan kempen Activate Your Immunity, Stay Protected bagi jenama susu berkhasiat dewasa, PROVITAL Immuna Plus. Kempen berkenaan merupakan kerjasama antara Persatuan Alergi dan Imunologi Malaysia (MSAI) bersempena dengan Bulan Imuniti Sedunia. Kempen kesedaran awam ini dilancarkan pada saat penting di mana keadaan kes jangkitan virus terus meningkat dengan mendadak. Kempen pendidikan ini bertujuan untuk memperkasakan rakyat Malaysia supaya lebih bertanggungjawab dalam mengaktifkan sistem imun mereka dan pastikan mereka kekal dilindungi dalam keadaan pandemik yang mencabar ini.

Kempen Activate Your Immunity, Stay Protected ini menyeru rakyat Malaysia untuk menilai sendiri tahap imuniti mereka dengan Immunity Calculator yang disokong olen sains dan disahkan oleh MSAI. Rakyat Malaysia boleh menyemak tahap imuniti mereka di  www.provital.com.my/immunitycalculator

“PROVITAL Immuna Plus merupakan salah satu pelancaran jenama paling penting dalam sejarah 117 tahun Mead Johnson Nutrition dan kami teruja untuk menyampaikan produk yang dirumus secara saintifik ini kepada penduduk dewasa Malaysia yang ingin menjalani kehidupan yang terbaik. Kami menilai adanya keperluan untuk jalankan sebuah kempen kesedaran kerana virus dan kuman baharu terus muncul, termasuklah varian selesema biasa. Kita perlu sentiasa peka terhadap keperluan sistem imun kita. Oleh itu, kami cukup teruja untuk bekerjasama dengan MSAI bagi menguatkan sistem imun rakyat Malaysia. Sepanjang dua tahun yang lepas, kami sedar bahawa sistem imun yang kuat adalah sangat penting dalam melindungi kesihatan badan. Memandangkan negara kita kini menuju ke fasa endemik, adalah penting untuk kita tingkatkan tahap imuniti masyarakat secara menyeluruh. Tambahan pula, imuniti badan kita akan menjadi semakin lemah apabila meningkat usia dan ini meningkatkan risiko jangkitan jika kita tidak memenuhi keperluan nutrisi dengan betul. Bagi sesetengah orang, mencari masa untuk memastikan pengambilan nutrisi yang betul adalah perkara yang mencabar. PROVITAL Immuna Plus yang diformulasi dengan nutrien seperti yis beta-glukan, selenium dan vitamin C boleh menyokong sistem imun kita seiring dengan peningkatan usia” kata Gonzalo Balcazar, Pengurus Besar Mead Johnson Nutrition Malaysia, Singapura dan Vietnam.

Beliau menambah, “Kempen ini bertujuan untuk menggalakkan orang dewasa Malaysia kekal dilindungi dan dengan mengaktifkan sistem imun mereka. Apabila tahap imuniti kita menurun disebabkan usia, ia menjadi penting untuk kita menyokong dan menguatkan sistem pertahaan semula jadi badan kita dengan mengambil nutrien betul yang diperlukan oleh badan. Kesihatan imun dan fungsi imun kita memerlukan pengambilan nutrien tertentu. Jika kita kekurangan beberapa nutrien ini walaupun sedikit, ia boleh menjejaskan fungsi imun badan. Melalui kempen ini, kami berharap dapat menyeru rakyat Malaysia untuk memeriksa tahap imuniti mereka dan meningkatkan kesedaran tentang kepentingan mempunyai sistem imun yang baik.”

Sepanjang kempen ini, PROVITAL Immuna Plus menyediakan 20,000 sampel kepada orang ramai seperti di pejabat korporat, pasar pagi, pusat vaksinasi serta petugas barisan hadapan untuk membantu menyokong sistem imun mereka.

Mengulas mengenai kempen itu, Dr. Kent Woo, Bakal-Presiden MSAI berkata, Immunity Calculator ini merupakan alat baik untuk membuat penilaian imuniti kendiri. Alat penilaian kendiri ini juga merupakan cara yang mudah untuk mengetahui kekuatan sistem imun anda dan membantu individu membuat keputusan sama ada untuk mendapatkan nasihat perubatan atau mengubah gaya hidup mereka melalui pemakanan yang betul, serta senaman dan tabiat gaya hidup yang sihat. Skor imuniti yang rendah menunjukkan bahawa badan anda menghadapi risiko yang lebih tinggi. Melalui pemakanan yang betul, serta senaman dan tabiat gaya hidup yang sihat, risiko ini boleh dikurangkan.”

Turut serta dalam usaha untuk menggalakkan rakyat Malaysia mengaktifkan sistem imun mereka dengan Provital ialah para Duta Imuniti iaitu usahawan, penerbit, pengarah dan pelakon tersohor, Puan Sri Tiara Jacquelina serta penyampai radio Chan Fong dan Cheryl Lee.

“Saya berada pada usia paling gembira kerana saya berpuas hati dengan keseimbangan kerja dan masa lapang saya sekarang. Boleh dikatan yang saya sekarang mengambil pendekatan yang lebih santai dan cuba untuk kekalkan pemikiran yang positif. Kerja dan projek saya membuatkan saya terus aktif dan terlibat. Untuk mengekalkan keseimbangan ini, kesihatan saya dan terutamanya kesihatan imun saya perlu diutamakan. Selepas mengambil Provital Immuna Plus, saya benar-benar dapat merasakan kesan positifnya. Ia mengandungi nutrien yang bagus untuk menyokong sistem imun saya dan bersama dengan rutin senaman saya dan tidur yang mencukupi, saya tahu bahawa kesihatan imun saya dijaga baik. Saya ingin mengingatkan semua rakyat Malaysia di luar sana bahawa kehidupan tidak berhenti apabila usia kita meningkat, tapi ia boleh menjadi lebih baik dengan sistem imun yang kuat.” kata Puan Sri Tiara Jacquelina, Duta Imuniti Provital Immuna Plus.

PROVITAL Immuna Plus membekalkan Tiga Perlindungan Imuniti daripada yis beta-glukan, selenium dan vitamin C. Yis beta-glukan membantu mengaktifkan tindak balas imun untuk melawan jangkitan dan selsema1. Menurut kajian, 9 daripada 10 orang dewasa melaporkan tiada simptom selsema dan sakit tekak selepas menggunakan yis beta glukan selama 12 minggu. Provital membekalkan 204mg yis beta-glukan (2 hidangan sehari) iaitu tahap yang disyorkan dalam menyokong sistem imun yang mudah terdedah kepada selsema.

Untuk maklumat lanjut mengenai Immunity Calculator dan kempen ini, sila layari www.provital.com.my atau Halaman Facebook (Provital Malaysia).

Mengenai PROVITAL Immuna Plus:

PROVITAL Immuna Plus ialah susu dewasa berkhasiat yang dirumus dengan yis beta-glukan, selenium dan vitamin C untuk memberikan Tiga Perlindungan Imuniti. Untuk maklumat lanjut mengenai PROVITAL Immuna Plus, layari laman web (www.provital.com.my) atau Halaman Facebook (Provital Malaysia). PROVITAL Immuna Plus boleh didapati di pasar raya, pasar raya besar, farmasi dan peniaga e-dagang terkemuka dalam pek 480g dan 960g.

Jika anda ingin mengambil langkah proaktif untuk menjaga kesihatan dan mengetahui tentang status imun anda, anda boleh menyemak skor imuniti anda di www.provital.com.my/immunitycalculator Dengan menjawab beberapa soalan berkaitan kesihatan, anda akan dapat indikasi tentang tahap kesihatan imun seseorang dalam tempoh 12 bulan yang lalu menggunakan sistem skor.

Leave a Comment