Promosi Istanbul is the New Cool (Seni, Makanan Dan Beli-Belah)


Pada tahun 2021, ฤฐstanbul dinobatkan sebagai salah satu bandar terbaik di dunia dalam tinjauan pembaca daripada pelbagai penerbitan terkemuka. ฤฐstanbul secara konsisten disenaraikan di antara destinasi utama dalam tinjauan dan ‘senarai terbaik’ yang diterbitkan di media antarabangsa. Tiga iklan baharu akan memberikan fokus terhadap seni, makanan ย dan pengalaman membeli-belah di metropolis ฤฐstanbul kepada lebih ramai bakal pengunjung.

Filem bertajuk “Taste in ฤฐstanbul is the New Cool”, “Shopping in ฤฐstanbul is the New Cool” dan “Art in ฤฐstanbul is the New Cool” ini menonjolkan bandar yang meriah dan penuh kepelbagaian ini sebagai destinasi popular yang menyajikan pelbagai pengalaman untuk pelawat jangka pendek dan panjang. Iklan tersebut akan disiarkan di TV dan saluran digital di 178 negara.

Art in ฤฐstanbul is the New Cool: Sejarah yang Kaya, Dengan Pelbagai Acara Seni dan Budaya

Pengunjung akan menikmati pengembaraan yang berbeza di hampir setiap daerah. ฤฐstanbul merupakan khazanah binaan bersejarah – yang merupakan warisan masa silam bandar itu – serta pelbagai seni dan budaya lain yang sentiasa berkembang. “Art in Istanbul is the New Cool” menampilkan sejarah unik bandar itu, dengan merujuk kepada Hagia Sophia yang dianggap sebagai ‘Keajaiban Dunia Yang Kelapanโ€™. Filem ini turut menonjolkan Pusat Kebudayaan Atatรผrk, dibuka semula tahun lepas dengan struktur yang diperbaharui, bersama dengan muzium seni moden dan kontemporari seperti ฤฐstanbul Modern dan Santral ฤฐstanbul. Selain itu, ‘bandar yang tidak pernah tidur’ ini menampilkan pelbagai acara seni dan budaya sepanjang tahun seperti pameran seni Kontemporari ฤฐstanbul dan Festival Laluan Budaya BeyoฤŸlu.

Taste in ฤฐstanbul is the New Cool: Citarasa Berbeza di Setiap Laluan

Makanan ฤฐstanbul sentiasa mendapat penghargaan tinggi. Dipengaruhi oleh banyak tamadun yang telah membentuk bandar ini, makanan di ฤฐstanbul merupakan sebab yang menarik untuk menerokai bandar ini. โ€œTaste in ฤฐstanbul is the New Coolโ€ menonjolkan kepelbagaian tradisi gastronomi bandar ini yang menyatukan citarasa Eropah dan Asia. Filem ini dibuka dengan sarapan tradisional Turki dan teh Turki dalam cawan berbentuk tulip yang disajikan di restoran dan kafe popular, antaranya dengan pemandangan Menara Maiden. Untuk makan malam, meze yang lazat disajikan di restoran yang menghadap selat Bosphorus. Filem ini juga mengetengahkan pencuci mulut seperti baklava dan gรผllaรง yang terkenal, pencuci mulut tradisional Turki yang disediakan dengan kanji jagung, air mawar, susu dan gula, bersama dengan kopi Turki dan Turkish Delight. Hidangan lazat seperti kรถfte (bebola daging), kebab dan dรถner ditunjukkan, begitu juga dengan penjaja jalanan yang menjual simit โ€“ roti Turki yang popular. Pelbagai restoran mewah yang ada di bandar ini serta pilihan masakan antarabangsa juga dipaparkan. ฤฐstanbul jelas menjanjikan pengalaman masakan yang tidak dapat dilupakan.

Shopping in ฤฐstanbul is the New Cool: ฤฐstanbul – Pusat Beli-belah Global

Sebagai bandar terbesar dan paling maju di Tรผrkiye, ฤฐstanbul menyerlahkan diri dengan pilihan membeli-belah yang meluas seperti bazar bersejarah, kedai konsep mahupun butik yang canggih. Grand Bazaar, salah satu pusat beli-belah tertua di dunia, menawarkan pengunjung peluang untuk membawa pulang kenangan yang indah: permaidani tenunan tangan, jubin seramik yang dilukis dengan tangan, set teh tradisional dan cenderahati menarik yang lain. Butik khusus pereka Turki menjemput penggemar fesyen untuk melengkapkan almari pakaian mereka dengan pakaian unik, manakala jenama antarabangsa dan terkenal di dunia boleh dijumpai di Taksim dan NiลŸantaลŸฤฑ, dua kawasan beli-belah yang paling meriah di bandar ini. Di samping itu, terdapat kompleks membeli-belah dan pusat hiburan yang pelbagai di seluruh bandar.

Tentang Turki

Terletak di Laut Mediterranean dan menghubungkan benua Asia dan Eropah yang dipisahkan oleh Selat Bosphorus yang terkenal, Turki merupakan destinasi unik dan hab untuk interaksi budaya. Selain iklim cuacanya yang menarik, Turki memberi inspirasi kepada pengunjung dengan sejarah, alam semula jadi dan gastronominya yang mencerminkan kepelbagaian tamadunnya selama berabad. Sebagai titik pertembungan budaya, Turki mempunyai pemahaman tersendiri tentang seni dan fesyen yang merupakan hasil gabungan tradisi dan kemodenan, dan budaya membeli-belah dan hiburan yang dinamiknya turut menarik pengunjung dari seluruh dunia. Untuk maklumat lanjut tentang Turki sila layari: https://www.goturkiye.com/

Tentang Tรผrkiye Tourism Promotion and Development Agency (TGA)

TGA beroperasi untuk 1. Memastikan bahawa Turki adalah jenama terkenal dalam pelancongan domestik dan antarabangsa, 2. Mempromosikan warisan konkrit dan abstrak, semula jadi, budaya, biologi dan buatan manusia Turki, dan 3. Menjalankan aktiviti komunikasi/pemasaran jangka pendek, sederhana, dan panjang untuk meningkatkan bahagian pelaburan pelancongan dalam ekonomi negara dan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan pelancongan. TGA bertanggungjawab untuk menjalankan semua aktiviti promosi, pemasaran dan komunikasi untuk membantu Turki mencapai objektif pelancongannya, mempromosi dan memasarkan bahan sumber pelancongan semasa di seluruh dunia, serta mencari, membangunkan dan menyediakan sumber pelancongan yang berpotensi selaras dengan strategi dan dasar pelancongan yang dibuat oleh Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan.

Leave a Comment