Internship Shah Alam


Ini adalah peluang untuk internship di Shah Alam. Bukan terus dalam kerja, tapi kau perlu belajar dari zero.

Siapa boleh mohon intership di Shah Alam ini?

Sesiapa sahaja boleh mohon. Tak ada had.

Kalau kau seorang student yang bakal melengkapkan pengajian kau, silakan mohon.

Tapi bukan boleh terus dapat. Kami tapis dulu.

Cuma kau kena beritahu, requirement intersnship kau 3 bulan atau 6 bulan? Atau kurang dari itu? Atau lebih?

Ini bukan internship di syarikat besar kan?

Mestilah kami bukan syarikat besar. Kami cuma company kecil yang berhati besar.

Kalau kau suka culture dalam startup, inilah tempatnya.

Cuma tak adalah kelebihan macam drama Korea Start-Up itu. Tak ada Nam Do San. Tak ada Seo Dal Mi di sini. Tapi kau boleh rasa macam mana nak buat kerja yang boleh beri impak besar pada masyarakat.

Sila abaikan dan tutup terus laman ini kalau kau cari tempat untuk latihan industri atau praktikal di sini:

  • Cadbury
  • JKR
  • Top Glove
  • Nestle
  • Sirim
  • Proton
  • Gardenia
  • DRB Hicom
  • i-City
  • PKNS
  • Muzium Shah Alam
  • Acapella Hotel
  • Panasonic
  • UiTM
  • Volvo
  • ALS Technichem
  • SUK Shah Alam
  • Toyota
  • Tateyama
  • KPJ
  • CSR
  • Geno Hotel
  • De Palma Hotel
  • Jakel
  • MBSA
  • Nitto Denko
  • Karangkraf
  • Ansell
  • KWSP
  • Hospital Shah Alam

Satu lagi, nak masuk sebagai intern dalam company besar ini bukan mudah. Kalau result CGPA kau biasa-biasa, lupakanlah.

Bukan aku nak merendahkan kemampuan kau, cuba cubalah berpijak di dunia nyata.

Melainkan bapak kau ada kabel besar. Itu lain cerita. Nak masuk intern kerjaan pun senang kalau kau memang ada kabel.

Bidang apa boleh apply intership di sini?

Sebenarnya, kami mencari penulis. Itu sahaja.

Cuma, tak semestinya seorang penulis itu mesti ambil kursus penulisan di universiti.

Kami masih terima permohonan untuk internship bagi bidang-bidang ini:

  • Admin
  • Accounting
  • Audit
  • Human Resources / HR
  • Engineering (General)
  • Mechanical Engineering
  • Civil Engineering
  • Chemical Engineering
  • Finance
  • Food Technology
  • Nutrition
  • Logistics
  • Graphic Design
  • Fashion Design
  • Interior Design
  • Marketing
  • Multimedia
  • Videografi / videographer
  • Automotif
  • Computer / Computer Science
  • IT
  • Safety and Health

Lokasi / tempat praktikal Shah Alam ini di mana?

Bagus soalan kau.

Sekarang kan musim pandemik Covid-19 dan PKP.

Ofis memang ada di area Batu Tiga, Shah Alam, tapi kami tak pergi ofis pun. Semuanya kerja dari rumah.

Tapi kalau ada masa, aku akan belanja kau di mana-mana kedai kopi mahal di sini:

  • Seksyen 7
  • Seksyen 13
  • AEON

Intern penulis artikel sambilan (Instructional / How-tos)

Fokus aku yang paling utama ialah untuk mencari intern sebagai penulis yang boleh menulis guide, instructions atau how-tos yang simple-simple dan mudah faham.

Contohnya:

  • Cara buka akaun Bank Islam
  • Cara semak baki CIMB
  • Cara daftar GrabPay
  • … dan lain-lain

Nampak bodoh je kan?

Memang pun. Memang itu yang aku nak.

Penulisan langkah-langkah atau guide ini mestilah cukup detail, hinggakan budak-budak umur 9 tahun dan pakcik-makcik umur 60 tahun pun masih boleh faham

Sebagai contoh, untuk panduan mendaftar di Maybank2u, kau kena tulis lebih kurang macam ini:

[su_panel]

  1. Layari laman web Maybank di https://maybank2u.com.my
  2. Selepas itu pergi atas kanan, tekan butang Register Now
  3. Seterusnya, masukkan nombor MyKad
    ….. Haaaa, macam tu

[/su_panel]

“Alah, senang gila kerja macam ni”

Cakap memang senang Fatimah. Tapi ramai yang fail.

Format semua ke laut. Dengan typo yang banyak. Langsung tak ikut tatabahasa pun ada. Lepas tu marah-marah kenapa tak reply dan bagi kerja.

Bang. Kak.

Benda-benda macam ini, kau kena tulis sendiri. Kena guna imaginasi sendiri. Pandai susun ayat supaya orang mudah faham. Ini panduan untuk mudahkan hidup orang lain. Bukan untuk susahkan orang.

Dan juga, kerja ini bukan main Google seharian, lepas tu copy paste rasa macam tak berdosa langsung.

Intern penulis artikel sambilan (Travel & Food)

Fokus aku ialah untuk mencari penulis yang boleh menulis dalam format listicle. Kalau kau tak faham apa itu listicle, kau boleh Google sendiri. Berlambak format yang dia akan tunjuk.

Nak mudahkan hidup kau, ini aku bagi contoh:

  • 10 tempat menarik di Penang
  • 10 tempat hiking di Selangor
    … dan lain-lain

Ini format yang aku nak:

[su_panel]

<Pembukaan dalam 3-4 baris>

Tempat 1
Penerangan tempat 1

Tempat 2
Penerangan tempat 2

.
.

Tempat n
Penerangan tempat n

<Penutup dalam 3-4 baris>

[/su_panel]

“Laaaaa, simple je. Senang sangat ni….”

Memanglah senang. Dan memang dah berlambak apply. Tapi ramai dah yang aku reject.

“Kenapa reject?”

Sebab tak ikut spec yang aku nak. Tak ikut arahan. Aku pun tak faham. Yang kata kerja ini mudah dan senang itu pun ramai yang gagal.

Format semua ke laut. Tulis entah apa-apa. Bacaaan pun bosan. Senarai tempat yang diberi pun biasa-biasa. Langsung tak menarik minat orang untuk baca.

Bang. Kak. Benda-benda macam ini, kau kena kreatif. Bukan copy paste apa yang kau jumpa di Google.

Walaupun aku kata boleh senaraikan apa sahaja tempat menarik yang ada, kau kena gigih cari maklumat tambahan yang lain di Facebook atau Instagram.

Kau kena pandai guna Google media sosial dan cari tempat-tempat yang memang tak ramai orang tahu dan worth it untuk dilawati.

Syarat & kelayakan untuk join internship content writer di Shah Alam

Kau mestilah orang yang bukan sahaja pandai menulis dalam Bahasa Melayu sahaja, tapi memang bercakap dan menggunakannya sehari-hari. Bukan sekali-sekala.

“Kenapa pulak ini penting? Apa kaitannya?”

Ini kerana tone of writing yang aku nak ialah jenis conversational dan easy going. Apa yang keluar dari mulut kau masa bergossip dengan kawan kau, itulah yang kau perlu tulis. Tapi of course – lah, dengan grammar yang betul. Bukan main cincai bancai.

Tone of writing itu pula, taklah formal sangat sampai orang yang baca artikel kau itu jadi bosan, stress dan sakit hati sebab bahasa pelik yang tak biasa orang guna. Tak nak tone of writing kau macam dalam buku teks.

Kau pun tahu kan, kalau baca buku teks Sejarah, kau confirm tidur. Asal baca buku teks Sejarah je, tidur. Asal tidur je, sebab baca buku teks Sejarah.

Itulah kau. Alah, aku pun sama.

Biar santai. Bersahaja. Santai, janji sampai.

Apa skop kerja latihan industri sebagai penulis artikel?

Mudah sahaja.

Aku bagi tajuk. Kau tulis.

Aku bagi tajuk lagi. Kau tulis lagi. Sampailah aku stop.

Lepas aku dah bagi tajuk, kau kena jadi kreatif dan buat research di Internet sendiri. Jangan pula harap aku suap kau.

Kalau pasal guide, kau kena cuba guna betul-betul. Kalau perlu daftar, kau kena daftar. Kalau perlu login, kau kena login. Detailkan setiap langkah.

Kalau pasal konten food & travel pula, kau Google lah sendiri. Tak salah kalau kau rujuk tempat menarik atau tempat makan yang orang lain dah tulis. Cuma, isinya kenalah kau tulis sendiri. No plagiarism, okay!

“Perlu gambar ke?”

Tak payah buang masa kau nak cari gambar dan masukkan gambar. Aku cuma nak tulisan sahaja. Kalau penulisan kau dah bagus nanti, barulah aku bagi task untuk letak gambar.

Kalau tulisan kau tentang tempat makan itu menggiurkan aku, nanti aku belanja kau makan. Aku bagi duit, kau makan dan kau tulis review.

“Wahhhhh, best sangat tu. Lagi la senang kerja aku”.

Memang la senang. Ada aku kata susah?

Latihan industri sebagai penulis ini, kena tulis berapa patah perkataan?

Untuk konten travel, panjangnya ialah 1,000 – 1,250 patah perkataan. Penerangan untuk sesuatu lokasi itu ikut pandai-pandai kau. Janganlah panjang sangat sampai separuh muka surat.

Untuk konten food, aku nak kau tulis dalam lebih kurang 500 – 750 patah perkataan. Ini adalah untuk satu lokasi tempat makan. Kalau kompilasi tempat makan dalam bentuk listicle, dalam 1,000 – 1,250 patah perkataan.

Kalau untuk artikel instructional / how-tos pula, dalam 500 – 750 patah perkataan. Kalau tak cukup, kau boleh tambah artikel dalam konteks yang sama.

Tak apa, nanti aku ajar.

Dalam praktikal, berapa banyak artikel kena tulis?

Mula-mula, aku ajar kau dulu. Mungkin seminggu. Mungkin sebulan. Ikut berapa cepat kau boleh catch-up.

Kalau kau jenis macam siput, memang kena train je la.

Cuma lebih kurang dalam seminggu, dalam 4 artikel. Mungkin kurang. Mungkin lebih. Macam biasa, ikut berapa banyak kau boleh handle.

Tapi, tak janjilah. Kalau ada, ada. Kalau tak ada, tak ada.

Deadline untuk satu artikel ini ialah 2 hari.

“Alamak, pendeknya deadline!”

Eh bang, kak. Bukannya kau kena perah otak untuk tulis satu karya agung yang baru.

Kau cuma perlu tengok apa yang sudah sedia popular dan jadi tarikan, lepas tu tambah sikit ayat-ayat cinta kau yang boleh menarik minat orang lain. Simple.

1Intership di Shah Alam ini, ada bayaran tak?

Aku tahu, kau baca ini dulu kan? Ye, jangan nak tipu. Kau nak tahu berbaloi ke tak buat apply intern di Shah Alam ini.

Mari sini aku terangkan.

Kebiasaannya, untuk satu artikel instructional / how-tos, bayaran ialah RM15. Panjangnya lebih kurang 500-750 patah perkataan.

Dan kebiasaannya, untuk satu artikel travel & food, bayaran ialah RM50. Panjangnya lebih kurang 1,000-1,250 patah perkataan.

Tapi sebab kau intern, aku akan bagi kau RM300 sebulan.

“Adehhh, mana cukup!….”

Eh, bang, kak. Kerja McDonalds pun cuma RM6 sejam tau. Ini cuma duduk rumah, work from home.

Ada kena isi minyak ke? Paling kuat pun, duit Internet. Itupun kalau kau duduk rumah parents, dah free dah pun.

Tapi kalau kau tunjukkan yang kau boleh buat kerja, aku boleh ambil kau kerja part time. Kalau terlalu bagus, aku boleh ambil kkau kerja full time.

Tapi kau kena tunjuklah.

Jangan nak acah-acah millenials sangat yang asyik kutuk employer bayar gaji rendah. Majikan asyik nak tekan pekerja. Majikan ambil kesempatan.

Penat dah aku dengar.

Kalau kau nak gaji RM5,000 pun aku boleh bagi. Tapi adakah setimpal dengan kerja yang kau buat? Adakah meet expectation?

“Baru nak intern kot, takkanlah saya ada pengalaman”

Itulah aku cakap, kau baru nak intern, dah macam-macam. Tak ada pengalaman, buat tak ada pengalaman. Cari dulu pengalaman.

Jangan nak demand itu ini. Belajar dulu dari bawah.

Nak gaji besar, terus apply Petronas. Cuba mohon TM. Tenaga. Intel. PWC. Shell. Nestle. IBM. Huawei. Samsung.

Kalau dapatlah.

Intership sebagai penulis konten online ini macam mana?

Kau duduklah rumah, work-from-home je. Takkan nak duduk rumah aku pula.

Dan kalau kau tak nak duduk rumah, duduklah masjid

Tapi musim COVID-19 ini, jangan buat hal, masjid tutup. Nanti kau kena masuk penjara pula.

Alah, senang cerita kerjalah mana-mana yang kau nak.

Kau ni, takkan tak faham.

Janji ada laptop, ada Internet; sudah.

Tak kisahlah buat kerja kat mana pun.

Janji kerja siap

Nanti kalau ada rezeki, aku belanja kau kopi mahal di Starbucks. Cepat cakap, kau nak latte ke cappucino?

Ada kerja penulisan lain tak?

Kau ni, belum mula lagi dah demand macam-macam.

Tapi, since kau dah tanya, aku jawab juga lah.

Menulis ini adalah langkah pertama. Kalau kau dah handal nanti, bolehlah aku bagi kerja untuk proofread artikel yang orang lain tulis.

Masa ini, level kau dah lain.

Kau cuma edit orang tulis.

Masa inilah kau boleh buli diorang pula.

Lagi satu, kalau kau memang hebat sekalipun, kau janganlah jenis ikut kepala sendiri, buat kerja sendiri

Kerja kena berkumpulan bang; masih kena ada kerjasama bang, kak. Buat sama-sama bang, kak.

Jangan kerja sendiri-sendiri

Perlu hantar contoh penulisan tak?

Mestilah perlu. Kalau tak, macam mana aku nak tau kau meet standard ke tak.

Kalau kau pilih instructional / how-to, jangan lupa sertakan satu contoh artikel yang berkaitan panduan atau langkah-langkah. Contohnya, “Cara Daftar Affin Bank Online”. Ini contoh, kau jangan tulis ini pula.

Kalau kau pilih travel, jangan lupa sertakan satu contoh artikel yang berkaitan kompilasi tempat menarik di Malaysia. Contohnya, “10 Tempat Menarik di Melaka”. Ini contoh, kau jangan tulis ini pula.

Pilih satu sahaja, tak payah dua-dua. Jimat masa kau.

Yang penting, kalau mohon untuk jadi penulis artikel sambilan ini, aku tak nak tengok contoh tesis kau. Aku tau, kau sentimental dengan tesis atau research paper yang kau tulis, tapi aku tetap tak nak

Aku tak nak penulisan puisi, sajak, skrip dram kau.

Aku pun tak nak contoh tulisan artikel acah-acah viral kau.

Itu bukan yang aku nak. Kau kena bagi apa yang aku nak, supaya aku boleh buat evaluation.

Kenapa mencari intership content writer?

Sebelum aku akhiri ruang ini dan sebelum kau mohon internship penulis kontent ini, izinkan aku berkongsi kenapa aku mencari penulis artikel yang boleh tulis dengan baik dalam Bahasa Melayu.

  1. Yang paling utama ialah kerana cukup susah nak cari penulis yang boleh menulis dengan apa yang masyarakat Malaysia mahu baca. Ini bukan masalah aku seorang. Kawan-kawan aku yang lain pun sibuk tanya aku “Kenal mana-mana penulis tak yang aku boleh ambil untuk tulis artikel?”
  2. Aku dah cuba macam-macam channel seperti Jobstreet, Indeed, MauKerja, Monster, LinkedIn dan macam-macam lagi. Masih lagi dapat yang sampah. Geram juga, susah sangat ke nak ikut apa yang aku suruh dalam description tu?
  3. Nak cari penulis Bahasa Inggeris itu mudah. Aku boleh dapat bila-bila masa sahaja. Tapi nak cari penulis artikel sambilan Bahasa Melayu itu memang rare. Bukan sebab susah nak dapat. Tapi susah nak jumpa yang berkualiti dan mendengar kata.
  4. Kebanyakan penulis yang kata dia penulis yang bagus adalah syok sendiri. Kata dia boleh menulis padahal memang tak bagus pun apa yang dia tulis. Macam mana aku tahu tak bagus? Ada beberapa sebab antaranya banyak kesalahan dalam tatabahasa, banyak spelling mistakes, pengolahan ayat yang bosan dan struktur ayat yang lemah.
  5. Jadi, hadirnya aku di sini adalah untuk mencari pelapis dan pelopor yang bakal memeriahkan penulisan Bahasa Melayu di Malaysia dalam konteks penulisan yang diterima orang ramai. Bukan ayat buku teks. Bukan ayat dalam surat khabar.
  6. Kau mungkin nampak tulisan aku ini pun caca marba. Tapi kau jangan risau. Aku tahu apa aku buat. Walaupun bercampur Bahasa Inggeris semua, itu adalah sebab format beginilah yang orang Malaysia mahu.
  7. Bukan aku nak lawan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), tapi inilah realiti. Kita kena beri apa yang orang nak.

Macam mana nak apply untuk praktikal di sini?

Jika kau rasa kau layak dan bersetuju dengan elaun intern di Shah Alam seperti yang dimaklumkan, kau cuma perlu isi borang di bawah.

Hubungi kami kalau ada apa-apa nak tanya.

1 thought on “Internship Shah Alam”

Leave a Comment