Growthwell Foods Jalin Usaha Sama Dengan Country Farms Group, Lancarkan HAPPIEE


Syarikat perintis pemakanan berasaskan tumbuhan yang terkemuka di Singapura dan syarikat permulaan (start-up) teknologi makanan Asia, Growthwell Foods, dan Country Farms Group, sebuah entiti milik penuh Berjaya Corporation Berhad, hari ini mengumumkan usaha sama untuk pengedaran eksklusif. Usaha sama tersebut akan memberi hak eksklusif kepada Country Farm Organics Sdn. Bhd. milik Country Farms Group untuk portfolio produk berasaskan tumbuhan dari Growthwell Foods iaitu HAPPIEE!, seterusnya memacu pelancaran jenama tersebut di seluruh saluran peruncitan dan perkhidmatan makanan di Malaysia.

Produk-produk makanan berasaskan tumbuhan HAPPIEE! akan boleh didapati di cawangan-cawangan pasaraya AEON di Semenanjung Malaysia menjelang akhir bulan Jun 2022. Jenama tersebut juga akan bekerjasama dengan beberapa restoran dan kedai makan ikonik di rantau ini untuk melancarkan hidangan-hidangan istimewa yang dihasilkan daripada produk-produk makanan berasaskan tumbuhan HAPPIEE! pada tahun ini. Melalui usaha sama strategik dengan Country Farms Group, Growthwell Foods mensasarkan untuk memperkenalkan rangkaian produk makanan berasaskan tumbuhan HAPPIEE! kepada lebih banyak restoran dan kedai makan di seluruh Malaysia menjelang akhir tahun 2022.

“Country Farms Group teruja untuk menjalin usaha sama dengan Growthwell Foods bagi melancarkan produk-produk makanan berasaskan tumbuhan HAPPIEE! di Malaysia. Memandangkan lebih ramai rakyat Malaysia kini memilih diet veganisme, vegetarianisme atau fleksitarian kerana ingin meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan mereka, permintaan untuk alternatif makanan dan minuman berasaskan tumbuhan terus meningkat. Rangkaian produk makanan berasaskan tumbuhan HAPPIEE! telah dihasilkan secara strategik untuk memenuhi keperluan para pengguna ini, membuktikan bahawa makanan-makanan berasaskan tumbuhan yang berkhasiat tinggi boleh didapati dengan mudah dan dinikmati di rumah mereka sendiri,” kata Louis Kho, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Country Farms Group.

“Rakyat Malaysia semakin berminat untuk meneroka pilihan makanan berasaskan tumbuhan atas sebab kesihatan dan/atau alam sekitar. Ini merupakan peluang yang terbaik untuk Growthwell Foods menghasilkan produk pemakanan berasaskan tumbuhan yang lebih mudah didapati bagi menyokong matlamat pengguna untuk mengamalkan gaya hidup yang lebih lestari,” kata Manuel Bossi, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Growthwell Foods. “Rangkaian pengedaran Country Farms Group yanghebat dan pengalamannya dalam produk-produk organik dan berasaskan tumbuhan menjadikan mereka rakan kongsi yang ideal untuk Growthwell Foods menembusi pasaran Malaysia. Kami teruja untuk mula melihat produk-produk kami di rak-rak jualan di Malaysia dan mempercepatkan peralihan kepada masa hadapan berasaskan tumbuhan,” tambah beliau.

Menyampaikan pelbagai pilihan berasaskan tumbuhan yang mudah didapati di Malaysia dengan rangkaian makanan berasaskan tumbuhan HAPPIEE!

Rangkaian produk makanan berasaskan tumbuhan HAPPIEE! yang dihasilkan oleh Pusat Inovasi dan Pengilangan R&D Growthwell Foods dikhususkan untuk membolehkan para pengguna mendapatkan pelbagai pilihan berasaskan tumbuhan dengan menyediakan rangkaian alternatif berasaskan tumbuhan yang mampan dan berkhasiat tinggi sebagai ganti kepada makanan laut dan ayam, tanpa perlu mengorbankan rasanya.

Jenama tersebut menampilkan rangkaian makanan laut yang dihasilkan daripada Konjac; sebuah ramuan yang secara semula jadinya bebas kolesterol, tinggi serat dan rendah kalori, yang turut boleh menurunkan paras gula dalam darah dan mengurangkan paras kolesterol, serta rangkaian ayam berasaskan soya yang menyerupai rasa dan tekstur daging ayam sebenar.

Produk-produk makanan berasaskan tumbuhan HAPPIE! berikut akan boleh didapati di pasaraya- pasaraya AEON terpilih menjelang akhir bulan Jun 2022:

    • HAPPIEE! Fishiee Sticks
    • HAPPIEE! Fishiee Patties
    • HAPPIEE! Chickiee Popcorn
    • HAPPIEE! Chickiee Nuggets

Dengan versatiliti yang membolehkan ia digunakan dalam sebarang hidangan dan dihasilkan agar boleh dinikmati di mana sahaja, makanan berasaskan tumbuhan HAPPIEE! sesuai untuk para pengguna dan chef, melengkapi sebarang pengalaman menjamu selera di restoran atau di rumah untuk semua rakyat Malaysia.

Selain boleh didapati di pasaraya, makanan berasaskan tumbuhan HAPPIEE! juga akan boleh didapati untuk pengedaran perkhidmatan makanan di Malaysia bermula suku ketiga tahun 2022. Kumpulan- kumpulan restoran dan para chef yang ingin memasukkan kebaikan makanan-makanan berasaskan tumbuhan HAPPIEE! ke dalam menu mereka boleh terus menghubungi Country Farm Organics atau Growthwell Foods.

 

Mengenai Growthwell Foods

Growthwell Foods mengkhususkan kepada penyediaan pemakanan berasaskan tumbuhan untuk cita rasa Asia. Mengadunkan budaya makanan yang unik dengan pelbagai nutrien berasaskan tumbuhan, Growthwell Foods mencipta sistem makanan yang berkhasiat dan lebih lestari untuk semua. Growthwell Foods menawarkan portfolio meluas produk-produk untuk para pelanggan dan perkhidmatan makanan. Jenama HAPPIEE! merangkumi alternatif untuk makanan laut yang berasaskan konjac dan alternatif kepada ayam yang berasaskan soya. Jenama Gomama menawarkan pilihan-pilihan berasaskan tumbuhan untuk hidangan Asia seperti dim sum dan gyoza.

Growthwell Foods juga telah memperoleh saham majoriti dalam ChickP, syarikat pertama di dunia yang berjaya mengasingkan 90% kepekatan protein kacang kuda. Produk-produknya dikilangkan di rangkaian pengeluaran berskala besar automatik sepenuhnya yang pertama di Singapura untuk produk-produk berasaskan tumbuhan. Memanfaatkan kuasa pemakanan berasaskan tumbuhan, Growthwell Foods meneruskan inovasi dalam misi untuk menyampaikan khasiat kepada 1 bilion manusia dengan pelbagai alternatif berasaskan tumbuhan yang mudah didapati dan mampu dimiliki.

Dapatkan maklumat lanjut mengenai Growthwell Foods di:

Laman Web: https://growthwellfoods.com/
LinkedIn: https://www.linkedin.com/company/growthwell-foods/
E-mel: [email protected]

 

Mengenai Country Farms Group

Kumpulan Syarikat Country Farms membangunkan, menghasilkan dan memasarkan pelbagai makanan kesihatan berkualiti tinggi, produk kesejahteraan dan barangan pengguna yang lebih-baik- untuk-anda serta rangkaian restoran berasaskan tumbuhan. Country Farms Group yang bermula sebagai perintis dalam industri makanan organik selama 23 tahun sejak ditubuhkan pada tahun 1998 memberi tumpuan khusus kepada matlamat utamanya, iaitu mempromosikan gaya hidup yang lebih sihat dengan menawarkan rangkaian produk kesejahteraan dan barangan pengguna yang berkualiti tinggi dan mudah didapati.

Sejak tahun 2018, usaha Country Farms Group untuk menambah nilai ke dalam kehidupan seharian para pelanggannya telah memacu syarikat tersebut untuk meneroka bidang Makanan Fungsian, Penawaran Berasaskan Penyelesaian dan Protein Berasaskan Tumbuhan, sebagai tambahan kepada produk-produk Organik dan Semula Jadi, yang memanfaatkan sains diet makanan dan kesejahteraan, menyampaikan pelbagai penyelesaian kesejahteraan dan fungsian kepada para pelanggan yang dihargainya.

Bagi mendukung prinsip ini, ia memastikan dengan teliti bahawa setiap produk yang dilabelkan dengan jenama-jenama utamanya iaitu Country Farm Organics, Nature’s Quest dan Signature Premium by CFO serta produk-produk hak eksklusif dan jenama agensi yang diedarkannya, telah melepasi keperluan pemeriksaan, keselamatan makanan dan diet saintifik yang tertinggi dan paling ketat. Kesemua fasilitinya mempunyai standard tertinggi di bawah ISO 22000:2005 dan pensijilan Halal, dan penawaran organiknya mematuhi akreditasi paling ketat yang diperakui oleh National Association for Sustainable Agriculture, Australia (NASAA) yang menepati standard International NOP dan EU.

Laman Web: https://CountryFarmOrganics.com
Facebook: https://www.facebook.com/CountryFarm.Organics
Instagram: @ CountryFarm.Organics
E-mel: [email protected]
Hashtag: #CountryFarmOrganics

 

Mengenai HAPPIEE!

Makanan yang baik membawa kegembiraan – pengalaman HAPPIEE!.

Produk-produk HAPPIEE! akan memuaskan sesiapa saja termasuklah mereka yang amat cerewet makan kerana rasanya yang enak, tekstur yang realistik, dan kuasa pemakanan berasaskan tumbuhan. Ia memberi tumpuan kepada mewujudkan perasaan yang positif dan menjadikan pilihan makanan berasaskan tumbuhan mudah didapati dan mampu dimiliki oleh para pengguna yang ingin mengamalkan gaya hidup yang lestari. Menampilkan rangkaian yang paling laris, HAPPIEE! Fishiee Sticks, alternatif kepada makanan laut yang dihasilkan daripada konjac yang tinggi kandungan serat dan rendah kalori. Rangkaian alternatif ayam seperti HAPPIEE! Chickiee Nuggets pula dihasilkan daripada soya. Sebagai salah satu jenama portfolio Growthwell Foods, kesemua produk HAPPIEE! dikeluarkan dari rangkaian pengeluaran berskala besar automatik sepenuhnya yang pertama di Singapura untuk produk-produk berasaskan tumbuhan. Ia juga sesuai untuk para chef yang ingin menawarkan pilihan berasaskan tumbuhan yang enak dalam hidangan-hidangan ciptaan mereka.

Untuk maklumat lanjut, layari:
Laman Web: https://happiee.com
Facebook: https://www.facebook.com/Happiee.MY
Instagram: @happiee.my

Leave a Comment