Semarakkan Semangat Perayaan Bersama foodpanda


Sempena Hari Raya Aidilfitri yang semakin hampir, foodpanda Malaysia bersedia menyemarakkan suasana perayaan dengan pelbagai tawaran hebat dan penjimatan untuk dinikmati bersama rakan-rakan dan keluarga. Platform penghantaran makanan terkemuka ini bersedia untuk sentiasa memberi perkhidmatan kepada rakyat Malaysia dengan cara yang lebih mudah dan kos efektif untuk menghantar makanan dan barangan keperluan harian mereka terus ke depan pintu rumah sambil menikmati masa berkualiti bersama orang tersayang.

Mengulas mengenai tawaran menarik ini, Sayantan Das, Pengarah Urusan foodpanda Malaysia berkata, “Salah satu daripada keindahan musim perayaan ini ialah peluang meluangkan masa bersama orang tersayang sambil menikmati sajian yang enak selepas sebulan berpuasa. Bagaimanapun, ramai terpaksa bersusah-payah dan bersesak-sesak di pasar raya dan pusat membeli-belah untuk mendapatkan barangan keperluan Hari Raya. Tahun ini, dengan tawaran menarik dan hebat dari kami, serta hanya beberapa sentuhan hujung jari, para pengguna boleh mendapatkan barangan yang dipesan terus ke depan pintu rumah secara mudah.”

Berikut disenaraikan beberapa tawaran dan promosi istimewa yang boleh rakyat Malaysia nikmati di foodpanda, foodpanda Shops dan pandamart, kesemuanya boleh diakses melalui aplikasi:

 

Restoran

  • Soul Brew

Dapatkan Frappe Mango Matcha menyegarkan dari Soul Brew untuk rasa manis dan masam buah tropika yang diadun dengan matcha premium dan biji coklat. Mencari sesuatu yang berbeza? Jangan lupa mencuba Puding Strawberi Crème Frappe yang boleh dinikmati bila-bila masa.

 

  • Taco Bell

Panggilan kepada para penggemar makanan Mexico! Taco Bell mempunyai sajian istimewa untuk semua. Nikmati potongan 30% apabila anda membeli Chicken Lovers Bundle, yang mengandungi Crunchwrap Supreme, Chicken Quesadilla, dua Kickin’ Chicken Taco dan dua Cheesy Nachos pada harga RM42 sahaja.

Selain itu, terdapat juga potongan 32% untuk Family Fiesta . Dengan hanya RM42, para pengguna boleh mendapatkan Chicken Quesadilla, Grilled Soft Burrito, dua Cheesy Nachos, dua Taco Supreme dan dua Chocodillas.

 

  • KFC

Mengidam Bebola Cempedak tetapi tidak tahu di mana untuk mendapatkannya? KFC menawarkan 5 biji Bebola Cempedak yang ranggup dan manis pada harga RM8.49 sahaja, hanya di foodpanda. Nikmati hidangan keemasan ini apabila anda mendambakan snek minum petang yang sempurna.

 

foodpanda Shops

Jangan risau, foodpanda pastinya tidak akan ketinggalan untuk menyertakan beberapa barangan eksklusif Raya khas di foodpanda Shops juga.

 

  •  Lotus’s Stores (M) Sdn Bhd

Dapatkan sajian Raya anda yang lazat dengan Sinar Handmade Cornflakes Delight 200g dan Sinar Handmade Chocolate Amaretti 250g dari rangkaian kedai Lotus di foodpanda.

 

  • The Food Merchant

Boleh didapati di foodpanda, nikmati kurma Premium Jericho Medjoul 1kg dan pek Jumbo kurma Organik Medjool dari The Food Merchant sepanjang Hari Raya.

 

  • Mydin

Jika anda seorang yang gemar mencari snek untuk dimakan, cuba Myrasa Festive CookiesBiskut Semperit Bandung 300g dan Biskut Semperit Susu 300g dari Mydin tanpa rasa menyesal dan pastinya ia akan memberi senyuman.

 

  • Sam’s Groceria

foodpanda Malaysia berbangga dapat menyediakan pelbagai jenis pilihan untuk para pelanggan dan ini terbukti dengan Orinice Festive Cookies – Biskut Semperit 350g dan My Bizcuit Festive Cookies – Black Forest 220g dari Sam’s Groceria. Apa tunggu lagi? Dapatkan aplikasi anda dan pesan sekarang!

 

  • Everrise (Malaysia Timur)

Terdapat sesuatu yang disediakan untuk semua, termasuk mereka yang tinggal di kawasan Timur! Dapatkan kurma segar Shamin Mazafatt 600g 12s dan Lamar Data Ajwa L 250g dan ia pastinya membuatkan anda inginkan lebih.

 

pandamart

Jangan lepaskan peluang sekali seumur hidup untuk mendapatkan Coca Cola Raya Bersama, Coke x pandamart Raya Cookies! Selain itu, pastikan anda berbuka puasa dengan Coca-Cola Zero Sugar yang menyegarkan dan nikmati diskaun 20% untuk tawaran Mix and Match. Inilah peluang anda untuk menebus makanan seperti:

  • Mangkuk tingkat Warisan Bonda 2 tingkat – Rendang Tok + Ketupat Palas (6 biji)
  • Mangkuk tingkat Warisan Bonda 2 tingkat – Rendang Ayam + Ketupat Palas (6 biji)
  • Warisan Bonda Keloria (10s) dengan 3 jenis sos (1 Kicap Manis, 1 keju) 1 set
  • Warisan Bonda Satay Ayam (6 cucuk) 380g

 

pandapro

Pelan langganan eksklusif foodpanda, pandapro, kini boleh didapati di lebih daripada 350 restoran rakan kongsi di Lembah Klang dan lebih daripada 650 di seluruh Malaysia.

Inilah peluang anda untuk menjamu selera di salah satu daripada 5 restoran terbaik untuk menikmati diskaun 25%

  • Dave’s Deli
  • Penyetpenyet.com
  • Syed Bistro
  • Santan
  • Nasi Kukus Tonggek

 

Selain itu, berikut adalah beberapa pilihan untuk makan di restoran yang terletak di Lembah Klang yang menawarkan potongan 25% untuk ahli pelanggan pandapro.

  • Pier 12 (Bukit Bintang)
  • The Majapahit (Mont Kiara)
  • Dar Al-Arab Gourmet Restaurant (Sunway Pyramid)
  • The Straits Estate @ VE Hotel & Residences (Bangsar South)
  • The Sultani @ Flamingo Hotel (Ampang)

 

Jika ini belum cukup menggembirakan, tonton Strim secara Langsung foodpanda Raya Open House 2022 di Facebook pada 12 Mei 2022 untuk lebih banyak kejutan. Nantikan untuk mengetahui lebih lanjut!

Untuk maklumat lebih lanjut tentang tawaran dan kod promosi terkini, sila layari foodpanda.my/contents/deals.

Leave a Comment