foodpanda Akan Beroperasi 24 Jam Sepanjang Ramadan 2022


foodpanda Malaysia, perkhidmatan penghantaran dalam talian terkemuka kembali lagi untuk menyambut bulan Ramadan dengan pelbagai pilihan yang menarik untuk masa terhad sahaja! Para pengguna kini boleh menikmati tawaran sukar ditolak sepanjang bulan April 2022 apabila membuat pesanan untuk hidangan berbuka puasa.

“Menjelang bulan Ramadan tahun ini, kami ingin menyemarakkan lagi semangat perkongsian dan kebersamaan di kalangan rakyat Malaysia. Daripada perisa eksklusif kepada kemudahan untuk mendapatkan barangan runcit untuk memasak sajian istimewa serta kegemaran Bazar Ramadan, kami ingin memastikan rakyat Malaysia boleh  menikmati dan meluangkan masa berkualiti bersama rakan-rakan dan keluarga sepanjang bulan Ramadan, selepas dua tahun tidak dapat bersama-sama. Kami sentiasa menjadi jenama yang memberi tumpuan pada menyebarkan kegembiraan, dan kami juga berharap untuk meneruskannya untuk beberapa tahun akan datang,” kata Sayantan Das, Pengarah Urusan foodpanda Malaysia.

Berikut adalah beberapa tawaran untuk masa terhad sahaja yang menarik bagi mereka yang ingin menikmati sepanjang bulan Ramadan:

  • Honest Bowl

Dapatkan Kari Ayam Hijau Thai istimewa bersama nasi, Kari Ikan Merah Thai dengan nasi lemak, nasi sambal paru atau nasi sambal udang sepanjang bulan Ramadan dari Honest Bowl. Juga boleh didapati adalah Kombo untuk 2, di mana para pengguna boleh memilih mana-mana 2 daripada hidangan terhad Ramadan ini dengan minuman, kurma dan berliner (donat berinti).

  • Starbucks

Minuman edisi terhad ini adalah khas untuk peminat strawberi. Tingkatkan pengalaman kopi Starbucks anda dengan Strawberry Dream Crème Frappuccino. Minumam Instagrammable ini bukan sahaja manis dan berbuah, tetapi ia diperbuat daripada lapisan Krim Vanila Frappuccino, Strawberi Dream dan diakhiri dengan taburan gula manik berwarna pastel di atasnya.

  • The Chicken Rice Shop

Tak tahu nak berbuka dengan apa? Nikmati rasa ayam yang lembut, berjus dan berperisa apabila anda memesan set Ayam Mubarak istimewa dari Chicken Rice Shop. Percayalah apabila kami berkata, anda tidak akan dapat yang lebih baik daripada ini!

  • Old Town

Hidangan Buka Puasa anda akan lebih hebat dengan Kombo Istimewa Ramadan dari Old Town. Jangan lepaskan peluang ini! Mereka juga memberi satu tin Kopi Hazelnut percuma dengan pesanan terpilih.

Nikmati sajian kegemaran rakyat Malaysia untuk berbuka puasa dengan hidangan yang ready-to-eat (RTE)  dari pandamart. Nikmati Warisan Bonda Pau Pau Bandung yang menyegarkan untuk berbuka puasa, Lekoria yang lazat dengan 3 sos berbeza, dan Satay Ayam, Lemak Salai Daging atau Paru Berempah dengan Nasi Putih dari Warisan Bonda. Untuk pengalaman nostalgia, Rendang Tok dan Ketupat palas juga boleh didapati dalam mangkuk tingkat (tiffin) pandamart eksklusif.

Mulai 1 April 2022, pandamart akan membuat penghantaran 24 jam di lokasi-lokasi terpilih. Anda boleh temui ini dan banyak lagi hanya di pandamart.

Bukan itu sahaja! Kami ada banyak lagi untuk anda nikmati di Shops juga. Lebihkan penjimatan anda dengan promosi berikut:

  • Lotus’s

Dengan pelbagai produk segar hingga barangan keperluan harian serta hadiah Ramadan dan Raya, nikmati diskaun sehingga 20% untuk barangan terpilih apabila anda membuat pesanan melalui foodpanda.

  • 7-Eleven

Merasa lapar ketika lewat malam? 7-Eleven kini boleh didapati di foodpanda selama 24 jam di negeri-negeri terpilih. Nikmati diskaun sehingga 35% untuk barangan terpilih termasuk minuman Dutch Lady, Skittles, Slurpee, Bubble Gum dan banyak lagi sepanjang Ramadan ini.

Dapatkan peluang untuk memenangi Pengering Rambut Dyson Supersonic, Nintendo Switch dan Cornell Hotpot Grill apabila anda #SpendAndWin di foodpanda Shops sepanjang bulan April ini. Untuk setiap 3 pesanan bernilai RM35 dan ke atas, para pelanggan layak untuk menebus satu penyertaan peraduan. Peraduan akan berakhir pada 30 April 2022 dan pengumuman para pemenang akan diumumkan pada 16 Mei 2022. Pada masa yang sama, pengguna juga berpeluang memenangi baucar foodpanda daripada peraduan mingguan di Facebook rasmi foodpanda.

Akhir sekali, jangan lepaskan peluang ke Bazar Ramadan foodpanda @ Stadium Perak dan nikmati pilihan dengan lebih 150 vendor tersedia sepanjang Ramadan ini. Jangan risau, jika anda lebih suka membuat tempahan pengambilan, hanya gunakan kod promo BUKAPUASA untuk menikmati diskaun 15% untuk semua pesanan.

Untuk membuat tempahan, kunjungi Bazar Ramadan foodpanda @ Stadium Perak.

Bermula 1 April, foodpanda akan beroperasi 24 jam di sekitar Lembah Klang, Johor, Pulau Pinang, Kelantan dan Terengganu. Waktu operasi di Sabah, Perak, Sarawak (Miri dan Kuching), Negeri Sembilan, Kedah, Melaka, Pahang dan Perlis akan bermula dari 7 pagi hingga 2 pagi setiap hari.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai promosi terkini dari foodpanda, sila layari laman web tawaran foodpanda.

Mengenai foodpanda

foodpanda adalah peneraju platform makanan atas talian di Asia yang berazam untuk membawa pelbagai jenis makanan, barangan keperluan dan banyak lagi kepada para pengguna dengan pantas dan mudah. Dengan kecanggihan teknologi dan operasi yang cemerlang, foodpanda telah menerajui perkembangan quick-commerce (q-commerce) di seluruh rantau ini dengan kerjasama rakan niaga, termasuk pandamart – perkhidmatan pembelian barangan runcit di atas talian yang memberikan lebih banyak pilihan di sebalik jutaan pilihan penghantaran makanan yang lain. foodpanda beroperasi di lebih daripada 300 bandar dalam 11 pasaran di Asia Pasifik – Singapura, Hong Kong, Thailand, Malaysia, Pakistan, Taiwan, Filipina, Bangladesh, Laos, Kemboja, dan Myanmar. foodpanda dimiliki oleh Delivery Hero, peneraju industri penghantaran makanan seluruh dunia.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.foodpanda.com.

 

MENGENAI DELIVERY HERO 

Delivery Hero berada di 39 negara daripada 45 negara di mana ia beroperasi di Eropah, Amerika Latin, Asia, Timur Tengah dan Afrika Utara. Delivery Hero juga mengendalikan perkhidmatan penghantarannya sendiri terutamanya di lebih 600 bandar diserata dunia. Syarikat ini beribu pejabat di Berlin, Jerman dan mempunyai lebih daripada 27,000 kakitangan. Delivery Hero disenaraikan di dalam Bursa Saham Frankfurt dan menjadi sebahagian daripada indeks DAX (Deutscher Aktienindex) terkemuka pada tahun 2020. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.deliveryhero.com

Leave a Comment