foodpanda HomeChef: Platform Untuk Tukang Masak Dari Rumah


Semenjak dua tahun lepas, peningkatan perniagaan dari rumah semakin ketara disebabkan pandemik. Ramai individu terpaksa meneroka dan mencari jalan alternatif untuk menjana pendapatan tambahan. Oleh kerana itu, foodpanda, perkhidmatan penghantaran atas permintaan terkemuka, telah melancarkan inisiatif HomeChef untuk menyediakan platform kepada HomeChef (tukang masak dari rumah) untuk menjana pendapatan terus dari dapur sendiri.

Dengan pelancaran  terbaharu di bawah kempen Selera Homemade ini, para pengguna kini boleh menikmati pelbagai sajian terbaik dari dapur HomeChef  di Malaysia melalui platform foodpanda.

Mengulas mengenai inisiatif ini, Jay Ar Juan, Pengarah Komersial, foodpanda Malaysia berkata, “HomeChef  mempunyai dua matlamat utama; yang pertama, kami melihat  potensi untuk memberi peluang pendapatan kepada rakyat Malaysia yang merupakan tukang masak yang menakjubkan tetapi tidak mempunyai modal untuk membuka kedai, tetapi mampu memasak dari dapur rumah sendiri. Seterusnya, adalah untuk memenuhi keinginan para pelanggan kami dengan menawarkan hidangan yang baru dimasak di dapur rumah HomeChef ke pintu rumah mereka. Kami juga mahu bekerjasama dengan para HomeChef ini untuk mengembangkan perniagaan mereka untuk mencapai matlamat keusahawanan peribadi mereka.”

Sebahagian besar HomeChef foodpanda memulakan perniagaan mereka setelah kehilangan sumber pendapatan utama semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan antara tahun 2020 hingga 2021. Oleh itu, foodpanda menyalurkan usaha untuk membantu mereka bukan sahaja mengekalkan tetapi juga membantu meningkatkan ekonomi tempatan.

Tambah beliau, “Selain menyediakan platform untuk menjual produk masing-masing dan menjangkau pangkalan pengguna yang lebih luas, foodpanda juga menubuhkan pasukan khas untuk membantu memantau pertumbuhan, pemasaran dan operasi perniagaan HomeChef. Program latihan dan pelbagai inisiatif telah disediakan dengan niat untuk meningkatkan lagi kemahiran F&B dan pengetahuan perniagaan mereka melalui kursus-kursus keselamatan makanan, pembungkusan berkesan, idea pemasaran, dan pelaksanaan serta persembahan makanan. Mereka juga mempunyai pengalaman dalam bidang kulinari dan telah menghadiri Kursus Latihan Pengendali Makanan (LPM) oleh Kementerian Kesihatan, yang bermaksud mereka mematuhi sepenuhnya SOP yang ditetapkan.”

Lebih daripada 4,000 HomeChef tersedia di seluruh negara, rakyat Malaysia kini mempunyai akses kepada pelbagai jenis hidangan yang dimasak di rumah, termasuk kegemaran tempatan, sajian antarabangsa, pencuci mulut, bakeri,  dan banyak lagi dengan hanya beberapa sentuhan. Antara HomeChef kegemaran ramai termasuk Ming Kitchen, Chef Arm Kitchen, Nasi Lemak Bonda, Waffle Yummy dan Oliver’s Pasta.

Sama ada individu yang ingin menjual makanan masakan sendiri dan menjana pendapatan tetap, atau ingin untuk menunjukkan kemahiran kulinari mereka, semuanya boleh dilakukan terus dari dapur rumah sendiri. Bakal Home Chef dialu-alukan untuk memohon menjadi sebahagian daripada inisiatif foodpanda yang semakin berkembang di HomeChefs. Kami ingin bekerjasama dengan HomeChef yang bersemangat, komited untuk menyajikan makanan berkualiti tinggi, berdedikasi untuk mengembangkan perniagaan mereka, dan pastinya menawarkan menu yang menarik. Pasukan foodpanda akan membimbing mereka melalui proses tertentu dan menyokong mereka dalam membangunkan menudan mengoptimumkan perniagaan mereka, sambil menghubungkan mereka dengan para pelanggan di platform foodpanda. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi [email protected]

Untuk meraikan dan menyokong Home Cook Heroes kami, nikmati diskaun 30% untuk semua pesanan HomeChef  dari 19 hingga 30 April dengan kod promo ‘HOMECHEF’!

 

Mengenai foodpanda

foodpanda adalah peneraju platform makanan atas talian di Asia yang berazam untuk membawa pelbagai jenis makanan, barangan keperluan dan banyak lagi kepada para pengguna dengan pantas dan mudah. Dengan kecanggihan teknologi dan operasi yang cemerlang, foodpanda telah menerajui perkembangan quick-commerce (q-commerce) di seluruh rantau ini dengan kerjasama rakan niaga, termasuk pandamart – perkhidmatan pembelian barangan runcit di atas talian yang memberikan lebih banyak pilihan di sebalik jutaan pilihan penghantaran makanan yang lain. foodpanda beroperasi di lebih daripada 300 bandar dalam 11 pasaran di Asia Pasifik – Singapura, Hong Kong, Thailand, Malaysia, Pakistan, Taiwan, Filipina, Bangladesh, Laos, Kemboja, dan Myanmar. foodpanda dimiliki oleh Delivery Hero, peneraju industri penghantaran makanan seluruh dunia.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.foodpanda.com.

 

MENGENAI DELIVERY HERO

 Delivery Hero berada di 39 negara daripada 45 negara di mana ia beroperasi di Eropah, Amerika Latin, Asia, Timur Tengah dan Afrika Utara. Delivery Hero juga mengendalikan perkhidmatan penghantarannya sendiri terutamanya di lebih 600 bandar diserata dunia. Syarikat ini beribu pejabat di Berlin, Jerman dan mempunyai lebih daripada 27,000 kakitangan. Delivery Hero disenaraikan di dalam Bursa Saham Frankfurt dan menjadi sebahagian daripada indeks DAX (Deutscher Aktienindex) terkemuka pada tahun 2020. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.deliveryhero.com

Leave a Comment