foodpanda for Busines (Perkhidmatan Eksklusif Untuk Pelanggan Korporat)


foodpanda Malaysia pada 10 Mac 2022 telah mengumumkan pelancaran foodpanda for Business, yang merupakan perkhidmatan eksklusif untuk pelanggan korporat, yang membolehkan elaun pekerja, memberi akses kepada katering, diskaun eksklusif, e-baucar serta pakej pekerja yang boleh disesuaikan, dan juga langganan pandapro. Semuanya akan disokong oleh pengurus akaun dan pasukan perkhidmatan pelanggan yang berdedikasi setiap hari dari pukul 9 pagi hingga 6 petang.

Mengulas lanjut mengenai tawaran terbaharu ini, Jay Ar Juan, Pengarah Komersial, foodpanda Malaysia berkata, matlamatnya adalah untuk memberi nilai kepada perniagaan dengan fleksibiliti dan kebebasan untuk menyesuaikan pakej kepada pekerja mereka mengikuti keperluan masing-masing. “Sebagai sebuah organisasi yang berada di platform korporat sendiri, kami mengambil maklum tentang kemudahan dan fleksibiliti yang boleh ditawarkan kepada organisasi lain. Kami juga melihat peluang untuk jabatan sumber manusia syarikat untuk menggunakan foodpanda for Business dalam organisasi mereka untuk mengeluarkan insentif pasukan, pakej penjagaan atau sebagai sambutan untuk ahli baharu.”

 

Menu Katering Istimewa

foodpanda business

Dengan foodpanda for Business, pelanggan korporat boleh menikmati menu istimewa yang boleh disesuaikan, dengan pilihan katerer tempatan atau rakan kongsi restoran dengan harga minimum RM100. Tersedia di pelbagai lokasi, majikan juga berkemampuan untuk memilih pelbagai sajian masakan dengan harga yang berpatutan. Bagaimanapun, ia perlu dirancang terlebih dahulu, sekurang-kurangnya 2 hari lebih awal.

 

Sistem Elaun

Direka bentuk dengan mengambil kira kewangan dan belanjawan, foodpanda for Business membenarkan para pelanggan membayar hanya untuk kredit yang terpakai, dan akses kepada pilihan penggunaan elaun dahulu, dan bayar kemudian. Perniagaan juga akan mempunyai pilihan untuk menetapkan masa, hari atau lokasi tertentu. Bukan itu sahaja! Elaun harian, mingguan, bulanan atau sehari sahaja boleh ditentukan untuk para pekerja, dan semua butiran serta transaksi pembelian boleh dijejaki dalam invois bil bulanan. Kakitangan juga boleh menikmati 10% diskaun tidak terhad korporat untuk jumlah pesanan RM50 dan ke atas untuk vendor terpilih, selain baucar diskaun yang tersedia–tetapi jangan lupa untuk membuat pesanan berkumpulan untuk menikmati kod diskaun dan kecekapan rakan penghantar.

 

E-Baucar dan Pakej yang boleh Disesuaikan

Baucar elektronik yang boleh disesuaikan tersedia dalam bentuk kod baucar yang unik. Sah dalam tempoh 3 bulan, ia boleh ditebus melalui kedua-dua platform pengguna dan perniagaan. Selain itu, perniagaan juga diberi akses kepada pakej yang disesuaikan seperti pakej penjagaan, hamper, hadiah perayaan dan hadian selamat datang dengan foodpanda for Business.

 

Langganan Bulanan pandapro

Selain itu, perniagaan juga akan dapat menikmati faedah luar biasa dengan langganan bulanan pandapro, seperti diskaun eksklusif sebanyak 15% dan lebih daripada diskaun biasa untuk penghantaran di restoran rakan kongsi terpilih, 12 penghantaran percuma setiap bulan untuk pesanan melebihi RM25, diskaun tambahan 5% untuk pesanan Pick-Up, dua baucar diskaun 20% untuk pandamart dan pesanan Shop melebihi RM45 (terhad kepada RM10) dan rebat 25% untuk bil dine-in di restoran rakan kongsi yang terpilih.

 

foodpanda Pick-Up dan pandamart

Dengan foodpanda for Business, pengguna juga boleh menikmati diskaun antara 15 hingga 20% apabila memilih Pick-Up,dan harga kompetitif bagi barangan di pandamart seperti minuman, makanan ringan, barangan pembersihan dan dobi, barangan keperluan rumah serta barangan penjagaan kesihatan.

Tunggu apa lagi? Proses pendaftaran adalah mudah dan hanya semudah 3 langkah. Pertama, mulakan perjanjian dengan cop dan tandatangan rasmi syarikat. Kemudian, sediakan senarai pekerja yang anda ingin jemput pada platform korporat. Akhir sekali, sediakan akaun dengan peraturan pesanan, lokasi dan kekerapan. Kini, anda sudah bersedia untuk pesanan pertama anda.

Untuk maklumat lanjut mengenai foodpanda for Business, boleh e-mel kepada [email protected]

 

Mengenai foodpanda

foodpanda adalah peneraju platform makanan atas talian di Asia yang berazam untuk membawa pelbagai jenis makanan, barangan keperluan dan banyak lagi kepada para pengguna dengan pantas dan mudah. Dengan kecanggihan teknologi dan operasi yang cemerlang, foodpanda telah menerajui perkembangan quick-commerce (q-commerce) di seluruh rantau ini dengan kerjasama rakan niaga, termasuk pandamart – perkhidmatan pembelian barangan runcit di atas talian yang memberikan lebih banyak pilihan di sebalik jutaan pilihan penghantaran makanan yang lain. foodpanda beroperasi di lebih daripada 300 bandar dalam 11 pasaran di Asia Pasifik – Singapura, Hong Kong, Thailand, Malaysia, Pakistan, Taiwan, Filipina, Bangladesh, Laos, Kemboja, dan Myanmar. foodpanda dimiliki oleh Delivery Hero, peneraju industri penghantaran makanan seluruh dunia.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.foodpanda.com.

 

MENGENAI DELIVERY HERO 

Delivery Hero berada di 39 negara daripada 45 negara di mana ia beroperasi di Eropah, Amerika Latin, Asia, Timur Tengah dan Afrika Utara. Delivery Hero juga mengendalikan perkhidmatan penghantarannya sendiri terutamanya di lebih 600 bandar diserata dunia. Syarikat ini beribu pejabat di Berlin, Jerman dan mempunyai lebih daripada 27,000 kakitangan. Delivery Hero disenaraikan di dalam Bursa Saham Frankfurt dan menjadi sebahagian daripada indeks DAX (Deutscher Aktienindex) terkemuka pada tahun 2020. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.deliveryhero.com

Leave a Comment