Bagi ibu bapa yang ingin memasukkan anak-anak mereka ke prasekolah KPM, kami ada kongsikan cara untuk mendaftar di eprasekolah.moe.gov.my. Anda juga boleh ketahui cara semak keputusan kemasukan prasekolah di sini.
1. Cara daftar eprasekolah.moe.gov.my
- Layari eprasekolah.moe.gov.my.
- Tekan Daftar Pengguna.
- Masukkan butiran berikut:
- Nama penuh
- No. MyKad
- No. telefon
- Kata laluan
- Sahkan kata laluan
- Soalan keselamatan
- Jawapan
- Tekan Simpan.
- Pendaftaran Pengguna Selesai akan dipaparkan.
Anda sudah boleh login untuk meneruskan urusan anda.
Peringatan:
- Sila pastikan katalaluan disimpan di tempat yang selamat bagi tujuan permohonan dan penyemakan.
- Sila tekan butang LOG KELUAR bagi tujuan keluar dari sistem ini apabila selesai sesi.
2. Cara log masuk eprasekolah.moe.gov.my
- Layari eprasekolah.moe.gov.my.
- Masukkan no. kad pengenalan dan kata laluan.
- Tekan Log Masuk.
- Anda boleh memilih urusan anda. Antara urusan yang boleh dibuat ialah:
- Kemaskini maklumat
- Carian institusi
- Status pendaftaran
- Semak permohonan
3. Permohonan kemasukan prasekolah KPM
Kaedah permohonan ke prasekolah boleh melalui dua cara iaitu:
- Dalam Talian
- Tempoh permohonan secara dalam talian bermula 1 Mac hingga 30 April tahun sebelumnya.
- Permohonan ini boleh dibuat melalui laman sesawang eprasekolah.moe.gov.my.
- Ibu bapa/penjaga yang telah mengemukakan permohonan secara dalam talian hendaklah mencetak borang permohonan tersebut.
- Borang ini perlu dihantar ke sekolah yang dimohon berserta dokumen-dokumen berkaitan. Borang dan dokumen tersebut perlu dikemukakan kepada pihak sekolah/institusi selewat-lewatnya pada 31 Mei.
- Manual pengguna boleh dimuat turun daripada laman sesawang eprasekolah sebagai panduan.
- Manual
- Tempoh permohonan secara manual bermula 1 Mac hingga 31 Mei tahun sebelumnya.
- Ibu bapa/penjaga boleh mengambil borang permohonan di sekolah yang ingin dimohon.
- Pihak sekolah/institusi mesti mencetak borang permohonan kemasukan dari laman sesawang Sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan (SMPK).
- Borang permohonan yang lengkap diisi berserta dokumen-dokumen berkaitan hendaklah dihantar ke sekolah yang dimohon.
4. Semak keputusan permohonan prasekolah KPM
Anda boleh mula memohon keputusan bermula 5 Ogos 2021. Semakan ini boleh dibuat melalui dua cara iaitu:
- Dalam talian
- Semakan boleh dibuat melalui laman web eprasekolah.moe.gov.my
- Manual
- Semakan boleh dibuat melalui sekolah yang dimohon
Bagi rayuan permohonan:
- Ibu bapa/ penjaga boleh mengemukakan rayuan melalui laman eprasekolah.moe.gov.my dalam tempoh dua minggu selepas keputusan diumumkan.
- Bagi ibu bapa yang mengemukakan permohonan secara manual, rayuan boleh dikemukakan sama ada di sekolah yang dimohon atau pejabat pendidikan daerah (PDD) / jabatan pendidikan negeri (JPN) bagi negeri yang tiada PPD.
- Keputusan rayuan boleh disemak mulai 10 September (tertakluk kepada pindaan).
- Bagi rayuan secara manual, semakan keputusan boleh dibuat di tempat rayuan dihantar. Ibu bapa/ penjaga juga akan dimaklumkan oleh pihak sekolah yang berkenaan bagi rayuan yang berjaya.
Akhir kata
Semoga perkongsian kami membantu para ibu bapa / penjaga di luar sana untuk memohon anak mereka ke prasekolah KPM.
Jika anda mempunyai anak atau kenalan yang ingin mendapatkan result STPM, kami ada kongsikan cara check Result STPM 2021.