ePangkat Login epangkat.moe.gov.my


Apa itu ePangkat?

ePangkat ialah sistem yang memberikan maklumat berkaitan kenaikan pangkat yang fleksibel untuk keperluan seluruh warga pendidik atau Kementerian Pendidikan Malaysia.

Ia juga dilaksanakan dengan tujuan memudahkan proses semakan kenaikan pangkat dan mengemaskini maklumat terbaru yang berkenaan.

Cara login epangkat.moe.gov.my

Buka laman web rasmi ePangkat di sini: https://epangkat.moe.gov.my

  1. Lihat pada bahagian LOG MASUK
  2. Isi No. Kad Pengenalan
  3. Isi Kata Laluan
  4. Tekan Log Masuk
  5. Selesai

Apa perlu buat kalau ada masalah log masuk ePangkat?

Bagi sebarang masalah berkaitan kata laluan, sila kemukakan ke alamat emel [email protected] atau [email protected]

Perlu daftar ePangkat ke?

Untuk menggunakan sistem ePangkat, anda perlu mendaftar terlebih dahulu.

  1. Layari laman web rasmi ePangkat di sini: https://www.epangkat.moe.gov.my
  2. Pada bahagian LOG MASUK, klik butang Belum Berdaftar?
  3. Seterusnya, isikan maklumat pada ruangan Daftar ID Pengguna seperti:
    Nombor Kad Pengenalan
    Kata Laluan
    Kata Laluan (Taip Semula)
    Alamat Emel
  4. Tekan Hantar
  5. Tamat

*Perhatian! Sistem ini hanya boleh diakses sepenuhnya oleh warga pendidik atau Kementerian Pendidikan Malaysia sahaja

Tak boleh login sebab terlupa kata laluan?

Sekiranya anda tidak dapat log masuk, sila hubungi pihak ePangkat yang dimaklumkan seperti di atas untuk bantuan.

Categories MOE

Leave a Comment