eoperasi.moe.gov.my (Login & Kemaskini Maklumat Peribadi KPM)


Selain SPLKPM, guru-guru juga perlu gunakan sistem eOperasi di laman eoperasi.moe.gov.my untuk kemaskini Maklumat Peribadi.

1. Login e-Operasi untuk kemaskini Maklumat Peribadi di eoperasi.moe.gov.my

Selepas berjaya masuk eOperasi KPM, lihat menu di sebelah kiri. Semua guru mesti buat semakan dan pengesahan Maklumat Guru yang berkenaan sahaja seperti berikut:

  • Maklumat Peribadi
  • Maklumat Pasangan
  • Maklumat Sejarah Akademik
  • Maklumat Akademik
  • Maklumat Sijil Kemahiran (SKM)
  • Maklumat Subjek Diajar Semasa
  • Maklumat Sejarah Ikhtisas
  • Maklumat Ikhtisas
  • Maklumat Perkhidmatan
  • Maklumat Tarikh Perkhidmatan
  • Maklumat Sejarah Perkhidmatan
  • Maklumat Sejarah Pengalaman Mengajar
  • Maklumat Elaun
  • Maklumat Kokurikulum
  • Maklumat Isytihar Harga
  • Cetakan Maklumat Keseluruhan

Jika ada maklumat yang tidak tepat dan perlu buat pembetulan, sila update dengan memberitahu Penolong Kanan 1 di sekolah masing-masing. Setiap guru juga wajib membuat pengesahan data masing-masing melalui sistem e-Operasi.

 

2. Login e-Operasi untuk semak maklumat vaksinasi COVID-19 di eoperasi.moe.gov.my

Bagi memastikan maklumat vaksinasi COVID-19 adalah tepat, sila buat semakan seperti langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web rasmi eOperasi di sini: https://eoperasi.moe.gov.my
  2. Klik Maklumat Peribadi
  3. Klik Sila semak maklumat berikut:
    • ID MySejahtera (MySJ ID)
    • Adakah Anda Sudah Divaksin Untuk COVID-19
    • Tarikh Daftar
    • Tarikh Telah Disuntik Dos Pertama
    • Tarikh Telah Disuntik Dos Kedua
    • Jenis Vaksin COVID-19 (contohnya AstraZeneca-Oxfor / Pfizer dan lain-lain
  4. Hanya pentadbir (Pengetua atau Penolong Kanan) yang boleh update

 

3. Lupa ID dan password eOperasi?

Jika anda tidak ingat langsung atau terlupa ID dan password eOperasi, sila berhubung dengan admin sekolah masing-masing.

 

Akhir kata

Diharapkan agar perkongsian berkenaan eoperasi.moe.gov.my ini akan memudahkan lagi urusan pengemaskinian maklumat peribadi anda.

Categories MOE

Leave a Comment