Coway Bekerjasama Dengan Universiti Malaya Untuk Pusat R&D Antarabangsanya Yang Pertama Di Malaysia


Pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) antarabangsa pertama Coway bakal dibuka di Malaysia! Dalam usaha untuk mengukuhkan komitmennya untuk menjadi Syarikat Best Life Solution, Coway Malaysia bekerjasama dengan salah satu institusi pengajian tinggi paling berprestij di Malaysia – Universiti Malaya (UM), dengan aspirasi untuk meneruskan penyelidikan dalam menyediakan penyelesaian yang mengubah kehidupan di luar penjagaan.

Dengan termeterainya memorandum persefahaman (MOU) yang ditandatangani antara dua organisasi terkemuka ini untuk kerjasama Akademik-Industri, pusat R&D canggih ini akan ditempatkan di UM, dengan pelbagai makmal untuk menjalankan penyelidikan kualiti air dan tidur. Coway Malaysia berhasrat untuk memanfaatkan kepakaran profesor dan pelajar dari fakulti Kejuruteraan dan Sains untuk terus mempelopori inovasi teknologinya. Menerusi pusat R&D ini, Coway Malaysia boleh menjalankan penyelidikan yang lebih mendalam tentang cara menambah baik produknya, dengan mengambil kira keperluan rakyat Malaysia. Di samping itu, kerjasama ini juga bakal membuka peluang bagi latihan amali, khidmat rundingan, penajaan, penubuhan makmal dan banyak lagi.

“Ini merupakan kemudahan R&D pertama kami di luar Korea Selatan dan kami sangat teruja untuk melihat rancangan kami kini menjadi kenyataan. UM adalah rakan kongsi yang terbaik untuk kerjasama ini kerana misi mereka untuk menimba ilmu baharu dan menyemai pembangunan pemimpin masa depan adalah sejajar dengan semangat ‘Cowayian’ kami. Saya berbangga untuk menyatakan bahawa Coway Malaysia juga merupakan syarikat peralatan rumah Korea yang pertama yang bekerjasama dengan UM dalam perkongsian unik ini dan kami berharap ini akan membuka jalan bagi pelbagai peluang inovatif pada masa depan. Di Coway, kami mengutamakan penyelidikan dan pembangunan kerana kami hanya mahu memberikan yang terbaik kepada pelanggan. Coway percaya kepada inovasi berterusan demi kehidupan lebih baik sambil kami berusaha untuk menyediakan penyelesaian di luar penjagaan. Dengan pusat R&D ini terletak secara strategik di Malaysia, kami akan dapat memberi tumpuan untuk menghasilkan peralatan rumah terbaik khas untuk rakyat Malaysia,” kata Kyle Choi, Pengarah Urusan Coway Malaysia.

Beliau menambah  bahawa menerusi MOU ini, Coway juga berusaha untuk meningkatkan kesefahaman antara kedua-dua pihak seperti peluang pekerjaan dan latihan amali bagi graduan UM serta pertukaran ilmu antara pakar-pakar industri dari Korea Selatan dan Malaysia.

Pusat R&D pertama Coway telah ditubuhkan pada tahun 1993 dan bertempat di Taman Penyelidikan Universiti Kebangsaan Seoul di Seoul, Korea Selatan. Ia merupakan salah satu pusat R&D terbesar di dunia, dilengkapi dengan 182 peranti dan peralatan canggih.  Kemudahan tersebut juga telah menerima pensijilan oleh Persatuan Kualiti Air (WQA) di Amerika sebagai Makmal Ujian Diiktiraf yang memberi tumpuan menjalankan ujian kecekapan dan keselamatan.

Dengan penubuhan pusat R&D keduanya, Coway Malaysia yakin dengan komitmen sepenuhnya untuk menjalankan penyelidikan dan inovasi tempatan di luar Korea Selatan. Salah satu daripada pelbagai isu yang Coway Malaysia rancang untuk memfokuskan penyelidikannya ialah kualiti air di Malaysia.

“Coway berinovasi untuk hidup yang lebih indah. Seperti UM, Coway mempunyai misi untuk memperkasakan generasi masa depan dan terus memperkenalkan inovasi hebat yang boleh membantu menyelidik dan menyediakan indeks kualiti air dan corak tidur. Kami berharap untuk memperbaiki alam sekitar dan kehidupan setiap komuniti di Malaysia melalui ini,” kata Victor Kim, Ketua Bahagian R&D, Coway Malaysia.

“Kami mengalu-alukan peluang untuk bekerjasama dengan Coway Malaysia, yang sentiasa bertekad untuk mengubah kehidupan dan menjadikan negara kita lebih indah dengan produk-produk inovatif mereka. Semua pelajar dan profesor kami sememangnya teruja dengan kemudahan R&D yang bakal dibuka di UM dan menantikan peluang menarik ini untuk berkongsi dan bertukar pengetahuan dengan pakar-pakar industri dari Korea Selatan. Ini adalah sejajar dengan misi UM untuk menambah pembelajaran dan ilmu pengetahuan menerusi penyelidikan dan pendidikan berkualiti demi kepentingan negara dan kemanusiaan. Bagi mencapai matlamat ini, kami mempergiatkan usaha untuk menaikkan nama universiti menerusi proses pengantarabangsaan, kerjasama dan pakatan dengan industri strategik dan pihak-pihak berkepentingan,” kata Prof. Ir. Dr. Abdul Aziz Abdul Raman, Timbalan Naib Canselor (Pembangunan), Universiti Malaya.

Untuk maklumat lanjut mengenai Coway Malaysia, layari www.coway.com.my

Leave a Comment