Cara Semak Baki Loan Kereta RHB


Tiap-tiap bulan kereta dah bayar, tapi sampai hari ini masih lagi tak tahu berapa balance pinjaman yang tinggal dengan bank. Tak apa, jangan risau. Di sini kami ada sediakan cara semak baki loan kereta RHB anda.

Jom baca perkongsian kami.

Cara semak baki loan kereta RHB secara online

Kalau nak check balance pinjaman kenderaan anda, anda boleh saja lakukannya secara online sama ada melalui laman web RHB online banking atau aplikasi RHB Mobile Banking.

Langkah-langkah semakan pula adalah sama saja.

Ikuti panduan seperti di bawah:

  1. Layari laman web RHB online banking di logon.rhb.com.my atau buka aplikasi RHB Mobile Banking di telefon pintar anda.
  2. Halaman utama untuk log masuk ke laman web atau aplikasi RHB online banking tersebut akan dipaparkan.
  3. Seterusnya, sila Login ke akaun anda seperti biasa.
  4. Laman utama profil atau akaun RHB online banking anda akan terpapar.
  5. Kemudian, lihat di bahagian menu yang tertera dan tekan pada bahagian Account.
  6. Di situ akan terpapar beberapa pilihan akaun RHB anda dan anda perlu klik pada Loans.
  7. Selepas itu, baki loan kereta RHB Bank anda akan dipaparkan.
  8. Selesai.

Namun begitu, bagi mereka yang ingin menyemak secara online melalui laman web atau aplikasi RHB. Anda perlulah mendaftar akaun RHB online banking dan memuat turun aplikasi tersebut di Google Play Store atau Apple App Store terlebih dulu.

Tambahan lagi, bila dah ada akaun RHB online banking ini. Lebih mudahlah untuk semak baki akaun RHB online. Hanya di hujung jari saja dah boleh tahu berapa jumlah duit dalam akaun anda yang ada.

Semak baki loan kereta RHB di cawangan

Anda tak ada akaun RHB online banking? Tak apa. Anda cuba semak baki loan kereta di cawangan RHB Bank.

Langkah-langkahnya seperti berikut:

  1. Pastikan anda membawa apa-apa saja dokumen pengenalan diri seperti IC atau yang berkaitan pinjaman anda.
  2. Pergi ke mana-mana cawangan RHB Bank berhampiran anda.
  3. Ambil nombor giliran dan tempat duduk anda.
  4. Tunggu sehingga nombor giliran anda dipanggil.
  5. Apabila nombor anda sudah dipanggil, terus pergi ke kaunter urusan yang telah dinyatakan.
  6. Beritahu tujuan anda untuk semak baki loan kereta.
  7. Kemudian, kakitangan bertugas akan meminta segala butiran diri atau maklumat yang diperlukan untuk memproses permintaan anda.
  8. Berikan maklumat tersebut.
  9. Tunggu seketika.
  10. Jika tiada sebarang masalah, baki loan kereta RHB anda akan dimaklumkan.
  11. Sila catat atau rekod jika perlu.
  12. Tamat.

Check balance pinjaman melalui panggilan telefon

Kalau anda tak ada internet dan tak rajin nak buat semakan baki loan kereta anda secara fizikal. Bolehlah guna panggilan telefon untuk ketahuinya.

Ikuti panduan ini:

  1. Hubungi talian 03-9206-8118 iaitu Bahagian Khidmat Pelanggan RHB.
  2. Jika panggilan anda sudah dijawab, beritahu nama dan tujuan anda untuk semak loan kereta.
  3. Panggilan anda akan disambungkan ke pegawai berkaitan.
  4. Tunggu seketika.
  5. Apabila panggilan anda sudah disambungkan, perkenalkan diri dan nyatakan tujuan anda sekali lagi.
  6. Anda akan diminta untuk membuat pengesahan beberapa maklumat tentang diri anda dan butiran lain untuk memproses permintaan anda.
  7. Tunggu seketika.
  8. Jika tiada apa-apa masalah, baki loan kereta anda akan diberitahu.
  9. Sila catat atau rekod jika perlu.
  10. Selesai.

Sekadar makluman, cara semak baki loan kereta RHB ini adalah sama seperti bila anda nak semak baki pinjaman RHB yang lain seperti personal loan atau segala yang berkaitan dengan loan RHB.

Andai kata anda masih ada masalah berkenaan loan kereta atau hal-hal lain yang berkenaan RHB. Anda boleh terus dail talian bantuan seperti yang telah kami nyatakan di atas.

Akhir kata

Kami berharap perkongsian ini dapat menjadikan urusan perbankan anda berjalan lancar terutamanya bila anda nak tahu baki loan kereta RHB anda dari semasa ke semasa.

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment