Setiap kali lalu kedai llao llao, teringin nak rasa tetapi tak tahu nak order macam mana. Takut nanti salah cara order llao llao ni tak sedap pula.
Siapa si penakut itu? Mesti yang tengah baca artikel ini bukan?
: )
Kenapa perlu tahu cara order Llao Llao?
Perkara paling utama yang menyebabkan ramai tak berani dan takut nak order Llao Llao ialah MALU.
Malu kena gelak
Malu kena kutuk
Malu nampak macam orang bodoh yang tak tahu order.
Khusus untuk orang yang kurang keyakinan diri.
Takut mahal pun sama juga. Takut-takut duit tak cukup pula.
Tenang-tenang sahaja. Boleh ikuti langkah-langkah yang kami kongsi ini untuk naikkan lagi keyakinan diri anda.
Cara order Llao Llao
llao llao atau sebutannya yao-yao ini memang sedap jika anda peminat yogurt. Llao llao ini sebenarnya frozen yogurt dan bukanlah aiskrim. Namun, ramai yang beranggapan ia adalah aiskrim.
Jangan terkejut pula jika anda makan terasa masam-masam. Cara nak order llao llao ini pun senang sahaja sebenarnya. Anda tidak perlu takut dengan harganya kerana harganya sudah ditetapkan, bukan order baru timbang.
Jom baca cara order llao llao, selepas ini baru confident nak pergi order.
1. Nak order Llao Llao, kena pilih saiz cawan dulu
Ada 5 pilihan saiz, dan harganya bergantung kepada saiz. Setiap saiz ada kiraan topping-nya sendiri:
- Petitllao – 1 topping (RM7.45)
- Small – 1 topping (RM12.45)
- Medium – 3 toppings (RM12.45)
- Large – 3 toppings (RM19.45)
- Sanum – 3 fruits, 2 crunches, 1 sauce (RM18.45)
2. Kemudian, pilih topping
Dah pilih saiz cawan, pilih topping pula. Jumlah topping bergantung kepada saiz cawan anda tadi. Terdapat 3 jenis topping iaitu:
Crunches
Ala-ala biskut seperti Lotus Crashed Caramel Biscoff, Oreo Crumb, Chips Ahoy, Crunchball dan Almond Crocanti. Kebiasaannya orang akan pilih Caramel Biscoff dan Almond Crocanti.
Sauces
Sauces di sini memang menjadi pilihan. Antara sauces yang ditawarkan ialah Mango Sauce,ย Ovalmatine, Black Chocolate Sauce, Chococrock, Lotuss Biscoff Cookie Sauce dan Honey. Antara pilihan orang ramai ialah Chococrock dan Hazelnut.ย
Fruits
Fruits ini buah-buahan. Terdapat banyak pilihan seperti anggur, strawberi, kiwi, mangga, dragonfruit dan pelbagai jenis lagi. Top 3 pilihan ialah strawberi, mangga dan dragonfruit.
Kalau anda nak tambah topping lagi, tiada masalah. Anda hanya perlu membayar RM2.50 untuk 1 topping.
3. Baru bayar di kaunter cashier Llao Llao
Dah sudah pilih semua, bolehlah anda buat pembayaran. Harga bergantung pada saiz cup anda tadi dan jika anda ada membuat penambahan topping.
Kombinasi Llalo Llao apa yang sedap?
Lain orang lain tekak. Tak sama. Sebab itu bab combo ini kena rasa sendiri.
Walau bagaimanapun, perkongsian daripada Miss YYC berpendapat bahawa beliau suka comboย yogurt bersaiz medium denganย 3 topping iaitu:
- Caramelized Cookies Sauce
- Biscoff Cookies (untuk crunch)
- Biskut Filipinoยฎย (untuk crunch)
Datang masa promosi setiap Rabu
Senang sahaja kan cara order llao llao ni sebenarnya. Kalau anda nak jimat lagi, anda boleh ke cawangan Llaollao ini pada hari Rabu. Setiap Rabu, mereka akan membuat promosi 11% dari pukul 1 petang sehingga 7 petang.
Masa lunch hour bolehla singgah kan.
Akhir kata
Kami harap selepas anda baca cara order llaollao ini, anda boleh order sendiri tanpa fikir panjang. Pilih sahaja recommendation kami untuk kali pertama. Semoga perkongsian kami ini dapat membantu anda.
Kalau anda masih berkira-kira untuk order sendiri, jangan risau. Anda juga boleh beli menggunakan foodpanda. Kami ada kongsikan cara order foodpanda untuk anda.
Semoga bermanfaat!
TERIMA KASIH.