Cara Menghilangkan Kurap Dengan Cepat (Pada Kulit, Leher & Kepala)


Apabila bila anda terlihat individu lain yang mempunyai kurap, pasti akan terlintas dalam fikiran anda “Janganlah sampai aku kena jangkit dengan kurap”. Namun, adakah benar kurap boleh merebak melalui jangkitan? Teruskan membaca artikel kerana kami bukan sahaja berkongsi punca penyakit kurap, tetapi cara menghilangkan kurap dengan cepat pada kulit, leher, kepala dan paha.

Apa itu kurap?

Kurap adalah panggilan untuk penyakit kulit ini dalam Bahasa Melayu. Nama lain dalam Bahasa Inggeris bagi masalah berkaitan kulit ini adalah โ€˜ringwormโ€™. Ia adalah sejenis jangkitan kulat yang boleh berlaku kepada mana-mana individu.

Dalam bahasa perubatan pula, kurap turut dipanggil sebagai โ€˜tineaโ€™.

 

Bahagian badan yang boleh dijangkiti kurap

Beberapa bahagian badan yang cenderung berisiko untuk dijangkiti kurap adalah seperti bahagian kulit kepala, kemaluan, kaki, rambut dan kuku. Jangkitan kurap ini biasanya kerap berlaku kepada individu yang mempunyai masalah sistem imunisasi yang lemah.

Antara contoh individu yang berkemungkinan untuk menghidapinya adalah seperti individu dewasa berusia, kanak-kanak, individu yang mengalami masalah kegagalan buah pinggang, kencing manis, AIDS dan HIV. Boleh baca lanjut di akhbarย TheStar.

Walaupun nama lain kurap adalah โ€˜ringwormโ€™ tetapi penyakit ini tidak mempunyai kaitan langsung dengan cacing. Ia mendapat gelaran tersebut disebabkan bentuk yang terhasil setelah dijangkiti kurap.

Punca penyakit kurap

Kurap berlaku disebabkan jangkitan sejenis kulat (fungi) yang dikenali sebagai โ€˜dermatophyteโ€™. Terdapat tiga jenis โ€˜dermatophyteโ€™ yang dikenal pasti sebagai punca kurap iaitu:

  • Trichophyton
  • Microsporum
  • Epidermophyton

Diagnosis bagi masalah kulit ini akan diberikan bergantung kepada bahagian badan yang dijangkiti. Sebagai contoh, sekiranya bahagian kaki yang dijangkiti, ia akan dipanggil โ€˜tinea pedisโ€™, sering kali terjadi kepada atlet.

Manakala sekiranya bahagian yang dijangkiti adalah alat sulit, ia dikenali sebagai โ€˜tinea crurisโ€™. Umumnya, jangkitan kurap ini tetap berpunca daripada kulat โ€˜dermatophyteโ€™, walaupun pelbagai nama lain diberikan.

Jika anda mungkin tertanya-tanya bagaimana jangkitan boleh berlaku, hakikatnya, ia sebenarnya amat mudah dan ia boleh terjadi kepada sesiapa sahaja.

Dan jika sudah dijangkiti, pastikan tahu cara menghilangkan kurap, agar tidak berjangkit pada orang lain.

 

Sentuhan

Cara mudah dijangkiti adalah melalui sentuhan.

Ia boleh terjadi antara sentuhan kulit dari kulit sesama manusia bagi individu yang sudah dijangkiti atau dengan haiwan yang berkurap mahupun sebarang objek yang mempunyai kulat (fomites) di atasnya.

Masalah ini juga boleh berjangkit secara autoinokulasi iaitu melalui jangkitan daripada bahagian lain pada badan seseorang individu yang sama.

Sebagai contoh situasi, kulat mungkin menjangkiti bahagian badan apabila digaru dengan kuku jari yang sudah dijangkiti kulat.

 

Kongsi barang

Tahukah anda, menggunakan barangan seperti sikat, pakaian, tuala individu dijangkiti atau sekadar permukaan yang disentuh oleh mereka seperti dinding atau pintu, turut boleh menyebabkan anda cenderung berisiko untuk dijangkiti.

Menakutkan bukan?

 

Pakaian

Keadaan kulit yang lembap disebabkan pemakaian baju yang diperbuat daripada fabrik yang tidak menyerap peluh dan keadaan iklim yang lembap dan panas juga boleh menggalakkan pertumbuhan jangkitan kurap.

Malahan memegang tanah yang kotor dengan kerap juga berisiko untuk dijangkiti kurap.
Beberapa simptom umum yang biasa berlaku adalah seperti ruam, kulit menjadi kering, bersisik atau kemerah-merahan, bisul, gatal-gatal, keguguran rambut (botak), rambut rosak, kelemumur, kuku bertukar warna kuning atau hitam serta berkeruping.

Ruam yang terjadi disebabkan kurap biasanya tampak seakan plak asimetri bersisik yang timbul atas permukaan kulit. Ruam ini selalunya berwarna kemerah-merahan, dengan bahagian tengah yang kelihatan lebih cerah berbanding sempadannya (border) yang lebih gelap.

Bentuk ini dipanggil โ€˜central clearingโ€™ dan disebabkan itu penyakit kurap ini turut dikenali sebagai โ€˜ringwormโ€™.

Terdapat juga keadaan di mana timbulnya bisul-bisul kecil yang mengandungi air di sekeliling ruam selain daripada bintik-bintik merah di bahagian tengah.

Walaupun bagaimanapun, bukan semua ruam kurap mempunyai tanda seperti ini.

 

Pantang larang penyakit kurap

Apa yang perlu dilakukan sekiranya anda dijangkiti kurap?

Jika anda atau mungkin terdapat ahli keluarga yang dijangkiti kurap, berikut adalah beberapa cara dan kaedah yang perlu dan boleh dilakukan untuk mencegah masalah kesihatan ini daripada merebak.

Antaranya ialah:

Cara mengatasi kurap, jangan menggaru

Anda mungkin berasa gatal pada bahagian yang dijangkiti tersebut. Tetapi perkara yang paling anda perlu hindari adalah menggaru bahagian yang gatal itu. Memang rasa sedap bila garu.

Namun, jika benar-benar ingin sembuh, cara menghilangkan kurap ialah dengan tidak menggaru. Tahanlah sedikit rasa gatal itu.

Perbuatan menggaru ini boleh mengakibatkan jangkitan ini merebak ke bahagian lain. Ia boleh berlaku sama ada melalui air nanah daripada bisul kecil yang pecah mahupun daripada bahagian kulit yang tersedia dijangkiti.

 

Untuk mengatasi kurap, elakkan kelembapan

Pastikan anda membersihkan badan dengan sebaiknya dan selepas mandi, keringkan bahagian yang dijangkiti.

Ini kerana kelembapan boleh menggalakkan pertumbuhan kulat dan perkara ini perlu dielakkan.

Barangan peribadi seperti tuala dan pakaian harian harus ditukar dengan lebih kerap dan dicuci dengan baik. Hindari daripada berkongsi dengan individu lain.

 

Cara mengubati kurap, sila berjumpa doktor

Jika secara tiba-tiba anda terlihat ruam atau simptom lain yang disebutkan di atas berlaku, segera untuk berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan rawatan.

Jika dibiarkan, ia berkemungkinan akan membesar dan menjangkiti bahagian badan yang lain.

 

Cara menghilangkan kurap, dengan ubat

Kaedah untuk megubati masalah kurap ini kebiasaannya adalah dengan menggunakan ubat-ubatan yang dibekalkan oleh doktor. Ia adalah bergantung kepada luas kawasan yang dijangkiti, kurap yang berulang atau yang tidak sembuh selepas menerima rawatan pertama.

 

Bahagian kecil

Jika bahagian yang dijangkiti kurap adalah kecil atau terhad pada satu kawasan, penggunaan ubat sapu krim akan diberikan. Antara contoh ubat yang akan diberikan adalah seperti โ€˜clotrimazoleโ€™, โ€˜miconazoleโ€™, โ€˜terbinafineโ€™, atau โ€˜amorolfineโ€™.

Ia perlu disapu pada bahagian dijangkiti selama untuk beberapa kali sehari dalam tempoh 2 hingga 4 minggu bergantung kepada ubat.

 

Bahagian besar

Bagi bahagian jangkitan yang lebih besar, atau merebak serta tidak berjaya dirawat dengan ubat krim, makan ubat dalam bentuk pil atau kapsul akan diberikan.

Sebagai salah satu cara mengatasi kurap yang efektif, ubat yang mungkin akan diberikan adalah โ€˜itraconazoleโ€™ dan โ€˜terbinafineโ€™.

Ubat oral ini perlu diambil untuk tempoh masa yang lebih panjang, bermula dari 1 bulan hingga ke 6 bulan. Ia bergantung kepada bahagian badan yang terlibat.

Pastikan anda mendapatkan nasihat dan penjelasan daripada doktor atau pakar perubatan mengenai kesan sampingan ubatan serta elakkan daripada mengambil sebarang ubatan tanpa arahan daripada doktor.

 

Cara menghilangkan kurap, dengan petua semulajadi

Jika anda ingin mencuba kaedah semula jadi untuk merawat masalah kurap anda, tanpa ubat, berikut terdapat beberapa cara yang boleh anda cuba.

 

Hilangkan kurap guna bawang putih

Setakat ini tidak bukti yang dapat mengesahkan tentang keberkesanan kaedah ini. Tetapi bawang putih dipercayai dapat mengatasi masalah kuman seperti โ€˜Candidaโ€™, โ€˜Torulopisโ€™, โ€˜Trichophytonโ€™ dan โ€˜Cryptococcusโ€™.

Cara untuk mempraktikkan kaedah ini adalah dengan menghancurkan bawang putih bersama minyak zaitun atau minyak kelapa. Kemudian sapukan pada bahagian yang dijangkiti. Biarkan selama 2 jam. Selepas itu, pastikan anda membasuhnya dengan bersih. Ulangi kaedah ini 2 kali sehari sehingga sembuh.

 

Cara menghilangkan kurap dengan sapu cuka epal

Bahan ini bersifat antibakteria. Anda boleh merendamkan kapas putih ke dalam cuka dan kemudian sapukan ia kepada bahagian kulit yang dijangkiti.

Ulangi kaedah ini untuk 3 kali sehari sehingga sembuh.

 

Sapu aloe vera (daun lidah buaya)

Kaedah sapu gel aloe vera ialah salah satu cara menghilangkan kurap yang popular.

Tumbuhan ini sememangnya baik untuk kulit. Ini kerana ia mengandungi sifat antikuman, antibakteria, antivirus serta berperanan sebagai antiseptik yang baik. Ia amat sesuai untuk digunakan untuk mengubati semua jenis masalah kulit.

Untuk menggunakan ubatan semula jadi ini, sapukan gel lidah buaya pada bahagian badan yang dijangkiti. Ulang selama 3 atau 4 kali sehari.

 

Cara mengatasi kurap guna minyak kelapa

Minyak ini dipercayai boleh membunuh kuman pada kulit manusia. Anda boleh menggunakan minyak kelapa sekurang-kurangnya 3 kali sehari dengan menyapu pada bahagian terlibat.

Tetapi, sekiranya selepas menggunakan kaedah-kaedah yang disebutkan di atas ini, muncul gejala seperti bengkak, kemerahan atau lain-lain, anda dinasihatkan untuk tidak meneruskan kaedah ini.

 

Akhir kata

Jangan pandang remeh tentang masalah kurap. Gatal bila kena kurap, tak sama dengan gatal badan.

Kurap merupakan satu masalah kulit yang boleh menjangkiti sesiapa dengan mudah. Jadi jika anda mempunyai masalah ini, jangan memandang ia sebagai satu masalah remeh. Ikuti sahaja cara menghilangkan kurap yang kami kongsikan ini.

Ambil langkah-langkah yang perlu untuk mengubati dan mengatasi masalah ini. Jangan disebabkan anda, individu lain juga turut dijangkiti!

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment