Cara Menghilangkan Bekas Jerawat (Pada Kulit Muka, Dengan Cepat)


Bagi kebanyakan lelaki dan wanita yang mengalami masalah parut jerawat, niat untuk menjalani kehidupan seharian tanpa sebarang parut jerawat di muka selalunya membawa kepada pembelian krim dan ubat untuk menghilangkan masalah tersebut. Apabila ada bekas jerawat merah atau hitam, tentu sekali tidak selesa. Pasti ke sini untuk mencari cara menghilangkan bekas jerawat dengan cepat.

Walaupun kadangkala ubat dan krim yang digunakan ini memberikan kesan pantas kepada pemulihan wajah anda, namun ianya juga dapat memberikan kesan buruk jangka panjang kepada wajah anda. Lebih-lebih lagi, produk yang tidak disahkan dan tidak mendapat pengiktirafan KKM.

Cara menghilangkan bekas jerawat

Untuk pergi ke klinik dan berjumpa dermatologist, kosnya mahal. Ada juga yang pakai masker, tetapi tidak selesa. Sebab itu ramai yang beralih kepada cara tradisional.
Bagi lelaki dan wanita yang inginkan wajah yang bersih daripada bekas jerawat, berikut kami senaraikan 7 langkah semulajadi yang boleh anda cuba untuk mendapatkan wajah yang lebih bersih.

Cara menghilangkan bekas jerawat dengan lidah buaya

Gel lidah buaya segar merupakan sumber vitamin yang berkesan untuk membantu menyembuhkan dan memudarkan parut. Lidah buaya adalah lembut jadi anda tidak perlu risau akan kulit yang rosak atau gatal ketika anda menyapunya di muka.

Kulit anda juga dapat menjadi lebih lembap terima kasih kepada ciri hidrasinya yang terkandung dalam lidah buaya. Banyak krim dan gel juga telah dikeluarkan bagi memudahkan anda untuk mendapatkannya di kedai atau pasaran biasa.

Untuk kesan yang lebih efektif dan pantas, sapukan gel di bekas jerawat anda dan biarkannya sekurang-kurangnya 30 minit sebelum anda basuh.

Minyak kelapa

Minyak kelapa merupakan pelembap kulit semulajadi yang juga mengandungi beberapa unsur pemulihan.  Urutkan satu sudu teh minyak kelapa pada muka anda dan biarkannya supaya ia diserap masuk.

Anda tidak perlu basuh minyak tersebut kerana ia mempunyai vitamin dan asid lemak yang penting bagi meningkatkan kesihatan kulit anda selama mana anda memakainya. Walaubagaimanapun, sekiranya anda berasa tidak selesa kerana rasa berminyak pada wajah anda, anda boleh biarkannya selama 30 minit sebelum anda mencucinya.

Cara menghilangkan bekas jerawat dengan minyak zaitun

Lebih mahal sedikit daripada minyak kelapa, tetapi kesannya lebih bagus dalam melembapkan muka. Penggunaannya, sama dengan cara guna minyak kelapa. Hanya urutkan minyak zaitun pada muka supaya ia boleh menyerap ke dalam.

Timun

Timun merupakan bahan terkenal dalam rawatan muka. Sayur ini bukan sahaja memberikan hidrasi yang tinggi pada kulit anda, malah juga mengandungi vitamin A, vitamin C, dan magnesium yang amat diperlukan bagi meningkatkan kesihatan kulit anda.

Penggunaannya juga mudah. Hanya potongkan timun ini dalam potongan nipis dan letakkannya pada bekas jerawat anda. Selepas 30 minit, buangkan kepingan timun tersebut dan bilas dengan air sejuk. Anda boleh ulang setiap hari sekiranya perlu.

Cara menghilangkan bekas jerawat dengan madu

Satu lagi bahan pelembap semulajadi yang dapat menghilangkan bekas jerawat adalah madu. Dapatkan madu semulajadi, bukan yang diproses di kilang untuk kesan yang lebih berkesan.

Untuk menggunakannya, ambil satu sudu teh madu dan urutkannya pada bekas jerawat anda. Biarkan selama 30 minit sebelum anda membasuhnya. Ulang rawatan ini sekali bagi setiap dua atau tiga hari.

Lemon

Jus lemon merupakan asid hidroksi- alfa (AHA) yang boleh digunakan untuk memudarkan parut, memulihkan dan menyegarkan kulit.

Perah jus lemon tersebut ke dalam mangkuk dan gunakan putik kapas untuk menyapu jusnya pada kawasan bekas jerawat anda. Anda boleh campurkannya dengan air jika kulit anda sensitif terhadap jus ini.

Ubi Kentang

Ubi kentang kaya dengan vitamin dan mineral dimana ianya sangat berguna untuk pemulihan kesihatan kulit anda. Potongkan ubi kentang tersebut dalam bentuk potongan nipis dan letakkannya pada permukaan bekas jerawat anda.

Anda juga boleh gunakan potongan yang lebih tebal dan urutkannya pada bekas jerawat anda untuk kesan yang lebih pantas. Bagi hasil yang lebih baik, tinggalkan potongan kentang tersebut pada wajah anda selama 15 minit sebelum anda membasuh muka anda dengan air suam.

Vitamin E

Kaedah yang paling mudah untuk menggunakan vitaminn E bagi menghilangkan parut dan bekas jerawat anda adalah dengan membeli vitamin E yang berbentuk kapsul dan menebuknya supaya minyak vitamin E tersebut dapat disapu pada permukaan bekas jerawat anda.

Sapukan minyak tersebut secara langsung pada bekas jerawat anda atau campurkannya bersama pelembap harian anda untuk menghilangkan bekas jerawat tersebut dengan lebih pantas.

Akhir kata

Dengan adanya bahan-bahan semulajadi yang telah disenaraikan di atas, wajah anda kini boleh kelihatan lebih bersih dan cerah tanpa perlu risau akan kesan buruk akibat penggunaan krim dan ubat yang mungkin akan merosakkan lagi kulit wajah anda.

Tips ini bukan hanya boleh digunakan untuk menghilangkan jerawat di muka dan hidung, ia boleh juga digunakan untuk bekas jerawat di badan, belakang badan dan juga punggung. Diharapkan agar cara menghilangkan bekas jerawat ini benar-benar dapat mengatasi permasalahan kulit muka yang dihadapi.

Jemput baca cara menghilangkan eyebag juga.

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment