Cara Mengatasi Obesiti (Masalah Badan Gemuk Melampau)


Individu yang mengalami masalah kegemukan dan obesiti  sering berdepan dengan stigma negatif masyarakat sekeliling. Individu obesiti berkemungkinan berasa kurang berkeyakinan apabila berada dalam lingkungan awam dan berasa malu dengan penampilan diri, disebabkan oleh pandangan umum terhadap bentuk tubuh mereka. Namun, sebelum kita berbicara dengan lebih lanjut mengenai cara mengatasi obesiti kanak-kanak dan orang dewasa di Malaysia, adakah anda benar-benar memahami maksud obesiti?

Apa itu obesiti?

Apa itu obesiti? Definisi obesiti adalah keadaan di mana terdapat kandungan lemak badan berlebihan yang membahayakan kesihatan.

Ramai orang yang gemuk atau berlebihan berat badan berisiko tinggi mengalami masalah kesihatan seperti penyakit jantung, diabetes, hipertensi, dan strok.

Obesiti dan berat badan berlebihan adalah dua konsep yang berbeza. Berat badan berlebihan ialah keadaan berat terlalu berat berbanding ketinggian bukan sahaja disebabkan lemak yang banyak, tetapi juga boleh disebabkan oleh otot yang banyak atau kandungan air di dalam badan. Kedua-dua keadaan ini mempunyai impak yang serius kepada kesihatan.

Penyakit obesiti kini sangat biasa di kebanyakan negara maju. Kira-kira satu pertiga daripada individu dewasa Amerika

Syarikat dan satu perempat daripada orang dewasa UK sekarang telah ditentukan secara perubatan mempunyai obesiti. Walau bagaimanapun, obesiti adalah keadaan perubatan yang kompleks yang dipacu oleh faktor genetik, alam sekitar dan sosial.

Boleh baca lebih lanjut tentang berapa BMI yang sepatutnya di WHO.

Punca obesiti

Apakah punca yang boleh membuatkan anda terjebak ke dalam permasalahan kesihatan ini? Setiap orang boleh menjadi obes dan sukar untuk menurunkan berat badan jika dia tidak mempunyai diet yang seimbang dan senaman yang mencukupi. Obesiti disebabkan oleh terlalu banyak kalori yang diserap. Sesetengah orang naik berat badan dan tidak mengetahui punca sebenarnya.  Antara beberapa punca-punca obesiti seperti:

Punca obesiti #1: Genetik

Di mana ibu bapa yang membawa genetik obesiti cenderung untuk mengakibatkan anak-anak mudah naik berat badan

Punca obesiti #2: Masalah psikologi

Masalah ini sering menyebabkan wujudkan keinginan untuk makan apabila menghadapi tekanan stres

Punca obesiti #3: Budaya

Keadaan ini melibatkan aspek sosial di mana masyarakat sekeliling menggalakkan untuk makan banyak. Ia mungkin sesuatu yang dianggap pelik bagi sesetengah individu. Namun percayalah, terdapat budaya seperti ini dalam dunia yang anda diami.

Terdapat beberapa faktor lain yang cenderung untuk meningkatkan risiko untuk anda mengalami obesiti, antaranya adalah:

  • Gaya hidup
  • Tabiat pemakanan yang tidak sihat
  • Berhenti merokok
  • Tidak mendapat tidur yang mencukupi
  • Penggunaan ubat tertentu
  • Usia
  • Masalah sosial dan ekonomi
  • Masalah kesihatan

 

Obesiti di kalangan kanak-kanak

Jangan terkejut kerana jumlah obesiti dalam kalangan kanak-kanak juga kian meningkat dari hari ke hari. Situasi ini tidak wajar dipandang remeh kerana mereka yang menghidapi masalah kesihatan ini berisiko menghidapi masalah ‘inferiority complex’ atau berkaitan dengan kurang keyakinan diri serta mempunyai pergerakan yang terhad.

Tambahan itu lagi, kanak-kanak obesiti lebih mudah diserang penyakit kronik seperti diabetes dan masalah kardiovaskular.

Kanak-kanak obesiti berisiko untuk menghidapi masalah kesihatan seperti masalah kolesterol tinggi, penyakit jantung, masalah berkaitan tulang, masalah pernafasan seperti asma dan apnea tidur, masalah kulit seperti infeksi fungus, jerawat serta ruam dan diskriminasi sosia.

Ini akhirnya menjadi punca kepada hilangnya keyakinan diri sekaligus menjejaskan prestasi akademik dan keupayaan bersosial mereka. Ini juga merupakan keburukan obesiti pada kesihatan sosial kanak-kanak.

Cara mengatasi obesiti

Jika anda mempunyai anak yang mengalami masalah obesiti, atau anda sendiri yang mengalami masalah berat badan melampua ini, anda perlu sentiasa mengingatkan mereka bahawa anda sentiasa bersamanya.

Berikut adalah langkah mengatasi obesiti untuk dijadikan panduan.

Langkah #1: Tukar persepsi

Cara mengatasi obesiti yang paling utama ialah persepsi. Persepsi kanak-kanak terhadap diri mereka sendiri selalunya akan berdasarkan kepada persepsi ibu bapa mereka.

Jika anda lebih bersikap terbuka untuk menerima mereka seadanya, mereka akan berasa lebih tenang.

 

Langkah #2: Katakan bahawa obesiti itu penyakit

Selain dari tukar mindset, cara mengatasi obesiti ialah dengan berkomunikasi tentang kesan buruknya.

Berbincanglah mengenai situasi tersebut dengan anak anda.

Pastikan mereka faham bahawa obesiti merupakan satu keadaan atau penyakit yang mampu mendatangkan pelbagai kesan negatif yang lain.

 

Langkah #3: Satu keluarga perlu berubah

Biarkan mereka tahu bahawa anda akan sedaya upaya membantunya.

Mula menukar diet keluarga anda dan bersama-sama buat rutin senaman bagi membantu anak anda mengawal berat badan serta membesar dengan sihat adalah antara cara untuk mengatasi obesiti kanak-kanak.

Langkah #4: Sediakan menu diet

Cara mengatasi obesti yang seterusnya tidak banyak berbeza dari untuk kuruskan badan.

Anda perlu sediakan makanan diet sendiri kerana itu adalah lebih baik dari asyik membeli di luar.

Manakala bagi individu dewasa yang mengalami masalah kesihatan, antara langkah-langkah menangani obesiti adalah dengan melakukan diet.

Dietitian dan doktor boleh membantu merancang diet yang rendah lemak, rendah kalori.

 

Langkah #5: Selalu bersenam

Bersenan ialah salah satu cara mengatasi obesiti yang paling sukar untuk direalisasikan.

Ramai yang rasa malas untuk keluarkan peluh.

Ingat baik-baik, senaman merupakan cara yang berkesan, program pemantauan kendiri boleh membantu mencegah sebarang komplikasi penyakit.

 

Langkah #6: Makan ubat

Beberapa jenis ubat (stimulan) yang boleh membantu mengurangkan berat badan dan mengakibatkan kesan sampingan.

Guna cara ini selepas melakukan diet yang seimbang dan senaman, ambil ubat di bawah pengawasan doktor anda.

 

Langkah #7: Tukar gaya hidup

Gaya hidup yang aktif, berserta senaman yang kerap dan makan diet yang sihat adalah cara yang paling selamat untuk turun berat badan dan meningkatkan tahap kesihatan anda.

Turun berat badan dengan perlahan-lahan akan membantu anda menghalang naik berat badan selepas ini.

Ini kerana terdapat kemungkinan jika anda dapat menurunkan berat badan dengan segera dengan pengambilan sebarang ubat kurus, anda berkemungkinan akan cenderung untuk naik berat badan sekiranya anda berhenti mengambil ubatan tersebut.

Langkah #8: Pendedahan peringkat sekolah

Kanak-kanak banyak menghabiskan masa di sekolah.

Sekiranya ada program kesihatan yang dapat memberikan pendedahan tentang bahaya obesiti, ini sangat-sangat membantu.

 

Kesan obesiti pada kanak-kanak

Emosi

Emosi kanak-kanak mudah tercalar jika selalu diejek gemuk oleh kawan-kawan.

 

Rasa tidak yakin

Kanak-kanak juga jadi tidak yakin pada diri sendiri.

 

Akhir kata

Jika anda bimbang dan khuatir bahawa anda berkemungkinan untuk berdepan risiko obesiti, pastikan anda tidak mengambil mudah soal aspek penjagaan pemakanan, tabiat harian yang tidak sihat seperti merokok dan pastikan anda turut melakukan aktiviti fizikal secara tetap dan teratur.

Jemput baca cara untuk kuruskan badan dan senaman untuk kurangkan berat badan yang cukup mudah.

Ini pastinya dapat membantu anda menghindari kesan obesiti yang mungkin akan memudaratkan kesihatan anda.

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment