Cara Daftar Tabung Haji Online


Rasanya macam tak lengkap kalau ada akaun Tabung Haji, tetapi tidak ada akaun thijari.com.my. Kalau anda ialah orang-orang lama yang masih ada buku Tabung Haji dan teringin untuk menggunakan perkhidmatan atas talian yang disediakan percuma, boleh rujuk cara daftar Tabung Haji online ini.

Izinkan kami berkongsi.

Sebelum daftar Tabung Haji, perlu sediakan apa?

Pertama sekali, anda mestilah sudah membuka akaun Tabung Haji.

Yang kedua, memandangkan tak semua orang ingat dan hafal nombor akaun, anda mestilah bersiap-sedia dengan nombor akaun Tabung Haji anda. Kalau ada buku Tabung Haji, letak di hadapan komputer sebelum memulakan proses pendaftaran.

Yang ketiga, pastikan nombor telefon bimbit anda yang didaftarkan di Tabung Haji masih lagi aktif. Sekiranya nombor yang didaftarkan adalah nombor lama, anda perlu tukar atau kemaskini kepada nombor telefon yang baru.

Kegagalan anda update nombor telefon yang baru bakal mengakibatkan permasalahan semasa proses registration nanti.

Cara daftar Tabung Haji online di thijari.com.my

Sekiraya semua syarat dan kriteria di atas dipenuhi, sila ikut langkah-langkah ringkas untuk mendaftar Tabung Haji online seperti di bawah:

  1. Layari laman web rasmi https://www.thijari.com.my
  2. Pilih bahasa di bahagian atas, samada Bahasa Malaysia atau English
  3. Untuk panduan ini, kami gunakan Bahasa Melayu sahaja
  4. Di bahagian Pendaftaran Kali Pertama, masukkan Butiran Pelanggan yang dikehendaki
  5. Masukkan nombor Kad Pengenalan Anda
  6. Masukkan Nombor Akaun Tabung Haji anda
  7. Klik Seterusnya
  8. Jika anda menerima ralat [HOST00096]: No telefon anda tiada dalam rekod TH. Sila hadir di mana-mana kaunter TH berdekatan; sila baca syarat seperti yang kami kongsikan di atas.
  9. Jika tiada ralat, ini bermakna nombor IC dan nombor akaun TH anda adalah sepadan.
  10. Isikan nombor telefon sekali lagi untuk pengesahan.
  11. Sila buat semakan dan pengesahan untuk nombor IC, nombor akaun Tabung Haji dan nombor telefon bimbit dengan memasukkan nombor TAC yang dihantar ke telefon bimbit anda.
  12. Jika tidak terima TAC, sila hubungi penyedia komunikasi anda
  13. Seterusnya, isikan butiran-butiran yang dikehendaki seperti Kata Nama, Kata Laluan, Nama Pengguna dan juga Negeri Terkini.
  14. Semak semula butiran yang dimasukkan tadi
  15. Klik Terima Terma & Syarat
  16. Pendaftaran THiJARI anda kini sudah selesai
  17. Kini anda sudah boleh menggunakannya dengan login menggunakan username dan password. Jadi penting untuk ingat kedua maklumat tersebut!

Selepas daftar Tabung Haji online, boleh buat transaksi apa?

Macam-macam anda boleh buat selepas buka akaun Tabung Haji secara online. Antara perkhidmatan yang ditawarkan di thijari.com.my adalah seperti berikut:

Daftar haji

Untuk pendeposit TH yang belum mendaftar haji, anda boleh berbuat demikian dengan melakukan pendaftaran haji melalui portal TH Online ini.

Semak pendaftaran haji

Pengguna boleh melakukan semakan status pendaftaran haji. Antara maklumat yang boleh diperolehi adalah seperti nombor daftar haji, tahun daftar haji dan tahun giliran haji.

Cetak slip pendaftaran haji

Anda boleh mencetak slip pendaftaran haji bagi memudahkan rujukan dan simpanan.

Cetak jadual penerbangan

Individu yang terpilih untuk menunaikan haji melalui TH boleh mencetak surat jadual penerbangan melalui portal online ini, mudah bukan?

Semak baki akaun

Boleh menyemak baki semasa di dalam akaun simpanan TH. Caranya adalah dengan mendaftar masuk, pilih menu Deposit dan pilih ‘Pertanyaan Baki’. Anda akan diminta untuk memilih senarai akaun di dalam TH anda dan klik ‘Semak’.

Transfer atau buat pindahan simpanan

Pindahan wang juga boleh dilakukan sama ada daripada akaun sendiri kepada akaun anak/jagaan, daripada akaun anak/jagaan kepada akaun sendiri dan daripada akaun sendiri kepada akaun pihak ketiga.

Semak penyata akaun

Dengan pendaftaran THiJARI, anda boleh menyemak penyata akaun simpanan untuk melihat pergerakan keluar masuk duit dan agihan pendapatan dividen dan bonus TH.

Kemaskini akaun

Portal Online ini juga boleh digunakan untuk menambah akaun TH anak/jagaan dan juga akaun pelaburan TH IPD-KWSP; serta perkhidmatan lain untuk sebarang penambahan akaun.

Buat favourite account

Anda boleh menyelenggara akaun-akaun TH yang sering digunakan untuk pindahan baki seperti akaun TH suami atau isteri, ibu bapa dan anak-anak.

Akhir kata

Kami sangat-sangat menyarankan agar anda daftar Tabung Haji online. Bukan sahaja mudah untuk semak baki, anda juga boleh buat pindahan ke akaun anak-anak.

Simpanan di Tabung Haji ini bukan untuk diri kita sahaja. Biarlah kita susah-susah menabung dari awal supaya urusan anak-anak menunaikan haji satu hari nanti dipermudahkan.

Semoga dipermudahkan urusan.

Leave a Comment