Cara Buat Hibah (Adakah Sama Seperti Wasiat Harta?)


Soal pembahagian harta ini sebenarnya ada bermacam-macam cara. Namun, ia bukanlah sesuatu yang mudah. Silap langkah, boleh terjadi perang dunia ketiga. Salah satu jalan yang boleh diambil untuk membahagikan harta benda ialah dengan cara buat hibah.

Tetapi, apa hibah itu sebenarnya? Adakah hibah itu seperti wasiat?

Mesti terdapat banyak persoalan tentang hibah yang bermain di fikiran anda sehingga kini. Sehubungan itu, artikel kali ini akan memberikan penjelasan kepada anda mengenai hibah dan cara buat hibah. Sebelum anda pergi dengan lebih lanjut, ketahui dahulu serba sedikit tentang hibah.

Apa itu hibah?

Hibah merupakan:

  • Pemberian harta benda atau hak milik si pemilik dengan seikhlas hati dan sepenuh kasih sayang kepada sesiapa yang diinginkannya semasa hidup tanpa sebarang balasan.
  • Sebagai hadiah kepada ahli keluarga atau mereka yang dipilih untuk menerima hadiah itu semasa si pemberi masih hidup.
  • Harta yang diberikan kepada orang-orang tertentu semasa masih hidup dan tidak tertakluk kepada pembahagian secara faraid.

Berapakah jenis hibah yang ada?

Hibah terbahagi kepada 3 jenis iaitu:

  • Hibah Mutlak
  • Hibah Amanah
  • Hibah Bersyarat

Cukup dulu penjelasan ringkas mengenai hibah. Sekarang, mari teruskan kepada tajuk utama iaitu cara buat hibah.

Izinkan kami berkongsi.

Cara buat hibah

Berikut merupakan cara buat hibah yang dapat kami senaraikan untuk anda.

1. Ketahui sebab nak buat hibah

Pertama-tama memang kena tahu dahulu cara buat hibah ini perlu ada dasar atau sebab apa nak buat hibah. Memang dengan sebab kasih sayang nak berikan kepada orang tertentu atau sebaliknya. Anda juga perlu peka dengan keadaan anda pada ketika itu.

Membuat hibah ini boleh jadi digalakkan sekiranya anda tergolong dalam kategori yang ada anak perempuan sahaja, ada anak angkat dan mereka yang tidak mempunyai pewaris anak lelaki untuk membuat faraid. Terdapat banyak lagi faktor yang boleh diambil kira untuk buat hibah.

Tetapi, kategori yang kami nyatakan tadi adalah kategori yang disarankan untuk buat hibah. Ini untuk memudahkan urusan pembahagian harta anda di kemudian hari.

Orang kata, sediakan payung sebelum hujan.

 

2. Kenal pasti siapa sebagai penerima hibah

Selepas dah pasang niat nak buat hibah dan tahu atas sebab apa nak buat hibah. Sila kenal pasti dengan baik tentang siapa yang anda ingin jadikan sebagai penerima hibah anda. Dalam indeks ini, anda haruslah peka dan jelas tentang siapa penerimanya supaya proses hibah ini menjadi lebih mudah.

Satu lagi, supaya proses ini dapat dijalankan dengan adil dan tidak menyusahkan waris yang lain dalam urusan pembahagian harta.

Kalau boleh, pilihlah orang yang anda rasa mampu menjaga harta pemberian anda dengan baik atau kepada orang yang anda kasihi dan ingin mereka meneruskan kehidupan dengan lebih baik melalui pemberian anda. Sebagai contoh, memberi hibah kepada anak angkat anda kerana harta anda tidak boleh di faraid kepada bukan waris.

 

3. Tentukan jenis harta untuk dihibah

Anda perlu tahu jenis harta yang ingin anda tentukan untuk dijadikan hibah kerana terdapat beberapa kategori harta yang tidak boleh dihibahkan. Antara harta yang boleh dihibahkan adalah hartanah, Tabung Haji tanpa penamaan, syarikat, ASB dan lain-lain.

Untuk lebih jelas dan mendapatkan maklumat lanjut tentang jenis harta yang boleh dihibah. Kami sarankan anda untuk merujuk kepada pakar atau mereka yang mempunyai ilmu dalam bidang pembahagian harta. Hal ini supaya tidak terjadi kesalah fahaman.

 

4. Buat hibah melalui jenis hibah yang ingin digunakan

Seperti yang kami telah nyatakan di awal artikel tadi. Terdapat tiga jenis hibah yang boleh anda pilih untuk gunakan. Tiga jenis hibah tersebut adalah hibah mutlak, amanah dan bersyarat. Jenis-jenis hibah ini juga mempunyai proses yang berbeza untuk dilaksanakan.

Hibah mutlak adalah pemberian serta merta daripada penghibah kepada penerima. Seterusnya, hibah amanah. Hibah amanah ialah pemberian secara terus daripada penghibah kepada penerima namun penerima masih belum cukup umur atau berkelayakan untuk menerima.

Oleh itu, pihak berwajib akan memegang amanah bagi harta tersebut sehingga penerima sudak layak atau mencapai had umur. Ketiga ialah hibah bersyarat yang bermaksud penghibah memberikan harta kepada penerima semasa hidup tetapi disertakan dengan syarat tertentu yang dipersetujui oleh kedua belah pihak.

 

5. Tentukan tempat untuk buat hibah

Tempat untuk buat hibah ini bermaksud tempat yang anda pilih untuk membantu anda melaksanakan proses hibah tersebut. Namun, pilihlah tempat yang mengikut kemampuan anda. Zaman sekarang terdapat banyak tempat yang boleh anda pilih untuk buat hibah seperti di syarikat amanah, peguam sivil, peguam syariah, badan berkanun dan agensi kewangan.

Memandangkan dah banyak pilihan tempat yang boleh dipilih. Kos, caj dan pembayaran pun berbeza-beza. Jadi, buatlah pilihan yang bijak supaya proses buat hibah itu tidak membebankan anda.

Yang penting cari sampai jumpa yang bersesuai dengan bajet dan keperluan anda.

 

6. Rujuk pihak yang lebih arif

Apa-apa pun yang kita nak buat dalam dunia ini tetapi kita tidak tahu. Kita haruslah merujuk pada orang yang ada ilmunya. Begitu juga tentang cara buat hibah.

Kalau nak buat hibah dengan betul, silalah buat kajian, research atau rujuk terus kepada mereka yang memang mempunyai ilmu dalam bidang ini. Anda harus tahu bahawa urusan harta benda ini bukan boleh dibuat main. Ia melibatkan banyak pihak dan akan dipertanggungjawabkan serta dipersoal kelak.

So, tak usah ambil enteng perkara begini.

Kalau terpaksa berhabis banyak masa dan tenaga untuk mendapatkan kepastian tentang cara nak buat hibah ini tak apa. Sekurang-kurangnya anda tidak tersalah langkah dan main redah sahaja. Bila dah jumpa dengan pakar, senanglah nak tahu proses dan cara buat hibah dengan lebih jelas.

 

7. Pastikan ada bukti dan saksi

Ini adalah penting untuk dipastikan supaya tidak akan terjadi perkara berbangkit oleh pihak yang lain. Jika anda membuat hibah secara lisan, pastikan anda mempunyai hitam putih seperti surat bertulis sebagai bahan bukti dan rujukan.

Pastikan ianya mendapat persetujuan daripada penghibah dan penerima. Selain itu, saksi juga adalah diperlukan semasa proses anda ingin membuat hibah. Ia adalah sebagai pengesahan berlakunya proses hibah antara dua pihak tersebut dan sumber yang sahih.

 

Akhir kata

Kesimpulannya, nak buat hibah memang nampak mudah tetapi langkah untuk melaksanakannya perlu dilakukan dengan teliti. Jadi, sampai di sini sahaja perkongsian kami kepada anda tentang hibah dan cara buat hibah. Kami berharap ianya dapat membantu memberikan sedikit gambaran untuk anda di luar sana.

Semoga urusan anda juga dipermudahkan.

Ingatlah bahawa urusan yang melibatkan harta benda dan hak milik seseorang ini adalah amanah yang harus dijalankan dengan baik sesuai dengan tuntutan agama. Kalau tidak tahu, carilah ilmu.

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment