Cara Baca Oximeter (Wajib Ada, Untuk Check Kadar Oksigen Normal)


Sekiranya anda tidak tahu bagaimana cara baca Oximeter, mari ketahuinya melalui artikel kami kali ini.

Semenjak negara kita dilanda virus Covid-19, telah banyak inisiatif yang diambil untuk membendung wabak itu dari terus berjangkit.

Terkini, alat bacaan oksigen iaitu Pulse Oximeter telah hampir diwajibkan ada di semua rumah bagi membaca kadar oksigen di dalam badan seseorang. Walau bagaimanapun, tidak semua orang tahu bagaimana cara untuk baca Oximeter dengan betul.

Izinkan kami berkongsi.

1. Apa itu Pulse Oximeter dan fungsinya?

Sebelum kita pergi dengan lebih lanjut, pastikan anda tahu apakah itu Pulse Oximeter dan juga fungsinya.

  • Pulse Oximeter merupakan satu peranti perubatan.
  • Ia digunakan untuk mengukur kadar oksigen di dalam badan.
  • Penggunaan Pulse Oximeter boleh menyelamatkan nyawa anda.

 

2. Cara baca Oximeter dengan betul, tepat dan tertib

Berikut merupakan cara baca Oximeter yang telah dikongsikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Mari ikuti cara-caranya di bawah:

  1. Tanggalkan pewarna kuku atau kuku palsu sekiranya ada.
  2. Panaskan tangan dengan menggosokkan kedua tapak tangan jika berasa sejuk.
  3. Berehat sekurang-kurangnya lima minit sebelum melakukan pengukuran.
  4. Letakkan tangan anda di dada pada paras jantung.
  5. Kekalkan tangan anda pada paras tersebut.
  6. Hidupkan Pulse Oximeter.
  7. Pasang di jari tengah atau telunjuk pada tangan yang berada di dada anda.
  8. Kekalkan posisi tangan anda dengan Pulse Oximeter sekurang-kurangnya satu minit atau sehingga bacaan menjadi stabil.
  9. Hanya catatkan bacaan tertinggi jika bacaan tidak berubah selama lima saat.
  10. Selesai.

PERHATIAN

  • Pastikan setiap bacaan dan cara baca Oximeter dilakukan dengan berhati-hati.
  • Pengukuran dan hasil bacaan perlu dicatat tiga kali sehari dan perlu dilakukan pada masa yang sama setiap hari.
  • Lakukan pengukuran tambahan jika anda merasakan berlaku perubahan dalam kesihatan anda.

 

3. Apakah bacaan normal paras oksigen dalam badan?

Untuk makluman anda, bacaan normal bagi paras oksigen di dalam badan seseorang adalah antara 95%-99%.

Jika paras bacaan oksigen di dalam badan anda lebih rendah daripada bacaan normal, sila hadir ke klinik atau hospital berdekatan untuk rawatan lanjut.

 

4. Dimanakah boleh mendapatkan Pulse Oximeter?

Mesti ada di antara anda yang masih tertanya-tanya dekat mana boleh dapatkan Pulse Oximeter ini. Jawapan bagi persoalan ini adalah Pulse Oximeter boleh didapati di mana-mana drugstore atau farmasi berdekatan anda.

Anda juga boleh membelinya dari Shopee atau Lazada. Namun, pastikan ianya original dan berpatutan dengan harga yang ditawarkan. Elakkan diri dari menjadi mangsa penipuan. Jadilah pembeli dan pengguna yang bijak.

 

5. Maklumat lanjut bacaan Oximeter

Jika anda ingin mengetahui cara baca Oximeter dengan lebih lanjut atau mempunyai sebarang pertanyaan lain untuk diajukan.

Anda boleh mendapatkan maklumat yang sahih daripada Portal Myhealth Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan mengikuti akaun Facebook Myhealth KKM di sini: https://www.facebook.com/myhealthkkm/.

 

Akhir kata

Semoga perkongsian ini dapat membantu mereka yang ingin tahu cara baca Oximeter dengan tepat. Sama-sama kita mencegah dan mengambil langkah awal sebelum terlambat.

Sediakan alat-alat keperluan perubatan di rumah anda khususnya Oximeter yang amat diperlukan pada musim wabak ini bagi mempermudahkan kehidupan seharian anda.

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment