Cappadocia Sangat Menakjubkan Dalam Setiap Musim Di Turki


Cappadocia adalah satu destinasi yang tak akan dapat dilupakan kerana ia adalah satu kombinasi alam dan sejarah yang menawan hati sejak ratusan tahu. Topografi kawasan yang tercipta dek hakisan lava dan abu daripada gunung berapi yang tidak lagi aktif akan memukau pelancong dengan struktur luar biasa seperti “fairy chimney” dan juga bandar bawah tanah yang diukir daripada batu.

Cappadocia juga popular sejak dari dahulu lagi sebagai tempat membiakkan kuda dan dikenali sebagai “Land of Beautiful Horses”. Dengan tarikan seperti ini, Cappadocia menjanjikan percutian yang tidak akan dapat dilupakan!

Bagi suku pertama tahun 2022, Cappadocia merekodkan jumlah pengunjung yang sangat tinggi. Muzium dan tapak arekologi dikunjungi oleh 305,275 pelancong dalam 3 bulan pertama 2022. Ini adalah peningkatan sebanyak 54% daripada suku pertama tahun 2021.

Lihat pemandangan Cappadocia daripada atas, tidur di dalam gua

Antara cara terbaik untuk melihat lanskap Cappadocia yang indah ialah dengan menaiki hot air balloons atau belon udara panas. Belon cantik berwarna-warni ini biasanya akan mula dinaiki dan dilepaskan ke udara seawal jam 5 pagi waktu tempatan. Selalunya, ia akan dilepaskan daripada kampung Göreme.

Bagi yang menaiki belon udara panas ini, mereka akan dapat menikmati keindahan Pigeon Valley, Zemi Valley, Love Valley dan PasabaÄŸ Monks Valley serta cerobong dan batuan-batuan yang termasuk dalam lanskap Cappadocia. Janga lupa bawa kamera!

Bagi pelancong yang ingin merasai kehidupan seperti penduduk Cappadocia asli, anda boleh merasai pengalaman tidur di hotel gua. Bilik-bilik yang diukir daripada gua ini tampak mewah dan moden. Walau bagaimanapun, nilai sejarah masih lagi diterapkan di sini. Selepas penat melihat sekeliling Cappadocia, hotel gua ini adalah salah satu cara untuk merehatkan badan dan minda.

Suasana Romantik di Land of Fairy Tales

Dengan lanskap yang seakan-akan cerita dongeng, Cappadocia adalah satu destinasi popular majlis perkahwinan dan juga untuk pasangan pengantin baru berbulan madu. Pasangan pengantin dan jemputan memilih Cappadocia kerana adanya hotel butik, makanan yang sedap-sedap dan yang paling utama; hot air balloons atau belon udara panas.

Kebanyakan pasangan pegantin baru akan menaiki belon udara panas ini bagi mengingati detik indah perkahwinan mereka. Ada juga menaiki belon udara panas ini bagi mengingati tarikh perkahwinan mereka.

Leave a Comment