Beaconhouse Pre-School Kini Dibuka Di Gamuda Gardens


The Beaconhouse Group pada 23 Mac 2022 telah mengumumkan pelancaran Beaconhouse Pre-School Gamuda Gardens. Ini adalah rangkaian sekolah mereka yang terkini di Malaysia yang secara asasnya lebih fokus pada pembelajaran berasaskan permainan atau play-based learning.

Ini adalah satu usahasama di antara Gamuda Land dan juga The Beaconhouse Group. Untuk makluman, sekolah Beaconhouse Pre-School Gamuda Gardens yang pertama sekali dibina di dalam komuniti setempat.

Alister Bartholomew, Regional Director dari The Beaconhouse Group berkata, “Kami sangat gembira dengan usahasama ini dengan Gamuda Land kerana matlamat kami adalah sama iaitu menuju ke arah kemajuan mapan untuk generasi masa hadapan. Di Beaconhouse, kami sangat menitikberatkan tentang penjagaan alam sekitar kepada kanak-kanak sejak mereka kecil lagi. Kami juga merasakan bahawa lokasi sekolah baru ini sangat ideal kerana suasana hijau di sekeliling.”

Larissa Chan, Executive Director dari Gamuda Land pula berkongsi, “Dari segenap aspek tempat tinggal, pendidikan, rekreasi dan banyak lagi, kami meletakkankan kesemua kriteria ini dalam satu tempat. Kami bina satu komuniti yang membolehkan masyarakat berhubung antara satu sama lain dan tidak dilupa dengan alam sekitar. Ini adalah antara sebab kami sangat-sangat mengalu-alukan kehadiran pelajar-pelajar cilik Beaconhouse Pre-School yang bakal belajar dalam suasana pembelajaran kondusif terhadap alam sekitar. Dengan adanya Beaconhouse Pre-School, ia bukan hanya memberi manfaat kepada penghuni Gamuda Gardens sahaja, malahan kepada masyarakat setempat.”

Beaconhouse Pre-School Gamuda Gardens kini masih lagi dalam fasa pertama. Dalam fasa kedua nanti, akan ada fasiliti lengkap yang lain seperti padang bola sepak, kolam renang dan gelanggang bola keranjang. Bukan itu sahaja, pelajar-pelajar di sini juga bakal menerima manfaat daripada fasiliti lengkap yang lain seperti pusat sukan, bilik muzik, studio menari dan juga studio drama.

Untuk maklumat lanjut berkenaan Beaconhouse Group of Schools mahupun Beaconhouse Pre-School Gamuda Gardens, sila layari www.beaconhouse.edu.my

Leave a Comment