Bayaran Gaji Penjawat Awam


Bayaran gaji penjawat awam merupakan satu perkara yang penting dan sering ditunggu-tunggu setiap bulan. Penjawat awam yang memainkan peranan penting dalam menjalankan tugas-tugas kerajaan dan memastikan kelancaran pentadbiran negara pasti mahukan bayaran gaji mereka diberi perhatian khusus.

Ini sangat penting kerana penjawat awam juga mahu memastikan kebajikan mereka terjaga dan dapat melakukan tugas dengan cemerlang. Jadi, ini adalah perkongsian berkenaan tarikh dan bayaran gaji penjawat awam.

Tarikh bayaran gaji penjawat awam 2023

Untuk tahun 2023, jadual dan tarikh pembayaran gaji bulanan untuk penjawat awam adalah seperti berikut:

BulanTarikh GajiHariTarikh Khas
Januari 202317 JanuariSelasaTahun Baru Cina pada 22 dan 23 Januari (Ahad dan Isnin)
Februari 202324 FebruariJumaat
Mac 202324 MacJumaat
April 202314 AprilJumaatHari Raya Puasa pada 22 dan 23 April (Sabtu dan Ahad)
Mei 202319 MeiJumaatHari Pesta Kaamatan pada 30 dan 31 Mei (Selasa dan Rabu)
Jun 202323 JunJumaatHari Gawai pada 1 dan 2 Jun (Khamis dan Jumaat) dan Hari Raya Haji pada 29 dan 30 Jun (Khamis dan Jumaat)
Julai 202325 JulaiSelasa
Ogos 202325 OgosJumaat
September 202325 SeptemberIsnin
Oktober 202325 OktoberRabu
November 202324 NovemberJumaatHari Deepavali pada 12 November (Ahad)
Disember 202319 DisemberSelasaHari Krismas pada 25 Disember (Isnin)

Pukul berapa gaji kerajaan masuk?

Pasti ramai yang nak tahu, gaji penjawat awam masuk pukul berapa bukan? Untuk makluman, waktu duit gaji kerajaan masuk mungkin berbeza-beza bergantung pada bank yang digunakan oleh penjawat awam.

Ada yang gaji masuk pada waktu pagi iaitu 9.00 pagi. Ada juga yang masuk pada waktu tengahari seperti 12.00 tengahari dan juga waktu petang sekitar 4.00 pm.

Walau bagaimanapun, tarikh duit gaji masuk tetap sama mengikut apa yang telah digazetkan oleh kerajaan.

Kenapa gaji penjawat awam diawalkan?

Selalunya gaji penjawat awam akan diawalkan bersempena perayaan Hari Raya Aidilfitri. Ini adalah satu inisiatif kerajaan untuk membantu penjawat awam melakukan persiapan raya.

Ini termasuk membeli bahan makanan, pakaian baru dan sebagainya.

Selain itu, penjawat awam juga biasanya perlu balik ke kampung halaman mereka untuk beraya bersama keluarga, yang mungkin memerlukan kos perjalanan.

Oleh itu, dengan mengawalkan gaji, mereka akan mempunyai wang yang cukup untuk melakukan semua persiapan tersebut.

Ini juga merupakan salah satu cara kerajaan untuk menghargai jasa penjawat awam dan memberikan sedikit bantuan kewangan kepada mereka sempena perayaan.

Macam mana nak dapatkan penyata gaji kerajaan?

Untuk mendapatkan e-Penyata Gaji kerajaan daripada ANM, ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Buka laman web rasmi ‘Sistem e-Penyata Gaji & Laporan‘ di https://e-penyatagaji-laporan.anm.gov.my
  2. Klik pada “Pengguna Baru? Daftar Disini” jika anda pengguna baru.
  3. Anda perlu mendaftar dengan mengisi maklumat yang diperlukan.
  4. Jika anda sudah mendaftar, masukkan ID Pengguna dan Kata Laluan anda.
  5. Sekiranya berjaya log masuk, klik pada “e-Penyata Gaji” untuk melihat penyata gaji anda.
  6. Anda boleh memilih bulan dan tahun yang anda mahu lihat penyata gajinya.
  7. Selepas itu, klik “Papar” dan penyata gaji anda akan dipaparkan.
  8. Anda juga boleh memuat turun dan mencetak penyata gaji anda untuk kegunaan masa depan.
  9. Selesai

Catatan: Pastikan anda mempunyai capaian internet yang stabil dan menggunakan pelayar web seperti Google Chrome, Mozilla Firefox atau Safari untuk mengakses laman web tersebut.

Categories ANM

Leave a Comment