Bantuan Ibu Bersalin Sarawak


Bantuan Ibu Bersalin Sarawak (BIB) adalah inisiatif Kerajaan Negeri Sarawak yang menyediakan bantuan tunai sebanyak RM450.00 kepada setiap ibu berstatus โ€˜K’ atau isteri kepada pemegang kad pengenalan berstatus โ€˜K’ yang melahirkan anak.

Bantuan ini bertujuan untuk membantu keperluan ibu selepas melahirkan anak, seperti pemakanan sihat dan penjagaan diri semasa tempoh berpantang. Bantuan ini bermula pada tahun 2020 dan terbuka kepada semua bangsa, agama, dan status sosio-ekonomi.

Macam mana kaedah permohonan Bantuan Ibu Bersalin Sarawak ini?

Permohonan Bantuan Ibu Bersalin (BIB) boleh dibuat melalui:

  1. Online di laman web iSarawakCare. Maklumat lanjut: isarawakcare.sarawak.gov.my
  2. Manual di mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian/Daerah, Pejabat Daerah, Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Sarawak, atau Pejabat Urus Setia Bantuan Ibu Bersalin, MASJA II (Kuching sahaja). Borang Permohonan boleh dimuat turun di pautan http://bit.ly/borangbib2023

Apa maklumat penting pemohon Bantuan Ibu Bersalin perlu tahu?

  1. Permohonan ini hanya terbuka kepada ibu yang melahirkan bayi mulai tahun 2020.
  2. Permohonan ini sah hanya untuk tempoh enam (6) bulan dari tarikh anda memohon. Sekiranya tiada dokumen lengkap yang diterima dalam tempoh tersebut, permohonan akan ditolak secara automatik tanpa sebarang notifikasi dihantar.
  3. Permohonan yang tidak lengkap dari segi dokumen tidak akan diproses.

Untuk semakan status Bantuan Ibu Bersalin, hubungi kami melalui WhatsApp +6014-6881398 (mesej sahaja) atau rujuk dalam aplikasi iSarawakCare.

Untuk pertanyaan lain, sila hubungi Urus Setia Bantuan Ibu Bersalin (BIB) melalui e-mel: [email protected]

Maklumat lanjut boleh didapati di iSarawakCare.

Apa syarat kelayakan Bantuan Ibu Bersalin?

Syarat dan kriteria yang melayakkan seseorang itu boleh memohon Bantuan Ibu Bersalin adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Ibu pemegang kad pengenalan Sarawak berstatus โ€˜K’ atau isteri kepada pemegang kad pengenalan Sarawak berstatus โ€˜K’
  3. Melahirkan di Sarawak atau di luar Sarawak
  4. Pendaftaran bermula pada usia kandungan 22 minggu sehingga 3 bulan selepas bersalin

Apa dokumen yang diperlukan untuk mohon Bantuan Ibu Bersalin ini?

Dokumen yang perlu disediakan dalam permohonan Bantuan Ibu Bersalin adalah seperti berikut:

  1. Salinan kad pengenalan pemohon (depan & belakang)
  2. Salinan kad pengenalan suami/penjaga (depan & belakang)
  3. Salinan sijil perkahwinan jika permohon bukan berstatus ‘K’
  4. Salinan rekod kesihatan ibu mengandung (muka hadapan)
  5. Salinan muka hadapan buku akaun/penyata akaun
  6. Salinan nota discaj/sijil lahir bayi

Soalan Lazim Bantuan Ibu Bersalin Sarawak

Apakah Bantuan Ibu Bersalin (BIB)?

Bantuan Ibu Bersalin (BIB) merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Sarawak yang menyediakan bantuan tunai sebanyak RM450.00 kepada setiap ibu yang melahirkan anak kelahiran Sarawak.

Apakah syarat-syarat kelayakan untuk memohon BIB?

Warganegara Malaysia, ibu berstatus โ€˜K’ atau isteri kepada pemegang kad pengenalan berstatus โ€˜K’, melahirkan di Sarawak atau di luar Sarawak, dan usia kandungan telah mencapai 22 minggu dan ke atas.

Apakah dokumen-dokumen yang diperlukan untuk memohon BIB?

Salinan kad pengenalan pemohon dan suami/penjaga, sijil perkahwinan (jika bukan berstatus ‘K’), rekod kesihatan ibu mengandung, penyata akaun bank pemohon, dan pengesahan doktor/ nota discaj/sijil lahir bayi.

Bagaimana saya boleh memohon BIB?

Permohonan boleh dibuat secara online melalui aplikasi iSarawakCare atau secara manual di pejabat-pejabat yang berkaitan.

Berapa kali saya boleh memohon BIB?

Anda boleh memohon setiap kali melahirkan anak dengan syarat dalam tempoh 3 bulan selepas bersalin.

Berapa hari yang diperlukan untuk memproses permohonan saya?

Sekurang-kurangnya 14 hari waktu bekerja tertakluk kepada kelengkapan dokumen.

Saya sudah bersalin, adakah saya masih layak memohon?

Anda masih layak jika dalam tempoh 3 bulan selepas bersalin.

Adakah saya layak jika mengalami keguguran selepas memohon BIB?

Anda layak jika usia kandungan mencapai 22 minggu dan ke atas serta mempunyai pengesahan daripada pegawai perubatan.

Kalau saya keguguran pada usia kandungan 1 bulan, adakah saya layak untuk mendapat BIB?

Tidak layak kerana usia kandungan tidak mencapai 22 minggu dan ke atas.

Kalau saya tak ada akaun simpanan persendirian, adakah saya boleh guna akaun suami atau penjaga untuk menerima BIB?

Anda harus memohon kepada Setiausaha Tetap, KPWK untuk mendapat kebenaran menggunakan akaun suami atau penjaga.

Siapakah yang perlu saya hubungi untuk mengetahui maklumat lebih lanjut mengenai BIB?

Sila hubungi +6082-442050 (Isnin hingga Jumaat, 8.30 pagi hingga 5.30 petang) atau e-mel ke [email protected]

Leave a Comment