Bantuan e-Tunai Belia Rahmah


Apa itu e-Tunai Belia Rahmah ?

e-Tunai Belia Rahmah adalah inisiatif kerajaan Malaysia untuk memberikan bantuan kewangan kepada golongan belia yang berusia antara 18 hingga 20 tahun, yang berkelayakan dan menepati kriteria yang ditetapkan. Pada tahun 2023, ia telah dijenamakan semula kepada eBeliaRahmah.

Inisiatif ini pernah diperkenalkan dengan nama e-Tunai Belia Rahmah dan e-Pemula.

Bila tarikh bayaran bantuan e-Tunai Belia Rahmah?

Pemberian bantuan e-wallet sebanyak RM200 kepada pelajar universiti di seluruh negara akan dimulakan pada bulan Jun 2023.

Boleh rujuk penulisan terbaru mengenai eBelia Rahmah dan ambil perhatian kepada syarat kelayakan eBelia Rahmah.

Boleh guna e-Wallet apa untuk terima e-Tunai Belia Rahmah?

Sebelum ini, terdapat beberapa penyedia perkhidmatan e-dompet yang terlibat dalam inisiatif ini seperti BigPay, GrabPay, ShopeePay, dan Touch ‘n Go eWallet.

Namun, pada tahun 2023, hanya ada 3 penyedia sahaja yang dilantik kerajaan iaitu Setel, Boost dan Touch n Go.

Apa kebaikan e-Tunai Belia Rahmah untuk masa akan datang?

Inisiatif e-Tunai Belia Rahmah ini bakal meningkatkan lagi penggunaan e-dompet di kalangan masyarakat Malaysia dan menggalakkan lebih banyak anak-anak untuk menggunakan teknologi pembayaran digital.

Para penyedia perkhidmatan e-dompet juga akan mendapat manfaat dari inisiatif ini dengan meningkatkan jumlah pengguna dan transaksi mereka.

Diharapkan inisiatif ini akan membawa kebaikan kepada semua pihak dan mempercepat transformasi digital dalam industri pembayaran di Malaysia.

Leave a Comment