AIA ONE BILLION (Komitmen AIA Untuk Tingkatkan Tahap Kesihatan)


AIA Group Limited (“AIA” atau “Syarikat”; kod saham: 1299) hari ini mengumumkan pelancaran AIA One Billion, sebuah matlamat dan cita-cita berani untuk mencapai penglibatan satu bilion individu agar menjalani Kehidupan yang Lebih Sihat, Berpanjangan dan Bermakna menjelang tahun 2030. Sebagai sebuah syarikat insurans hayat dan kesihatan pan-Asia yang terbesar, AIA memulakan sebuah gerakan bagi memperbaiki dan meningkatkan tahap kesihatan dan kesejahteraan individu serta membantu mewujudkan masa depan yang lebih mampan dan lestari di Asia.

Ketua Pegawai Pemasaran AIA Group, Stuart A. Spencer berkata, “Selama lebih seabad, AIA telah berusaha untuk memberi impak positif dan signifikan kepada para pelanggan dan komuniti kami. Pelancaran AIA One Billionmemperluaskan lagi matlamat kami untuk membantu orang ramai untuk Hidup Lebih Sihat, Berpanjangan dan Bermakna yang bukan hanya tertumpu kepada pelanggan kami sahaja. AIA One Billion menggariskan komitmen AIA untuk melibatkan, mendidik dan memberi inspirasi kepada komuniti di seluruh Asia untuk meningkatkan tahap kesihatan fizikal, mental serta kesejahteraan alam sekitar disamping memperjuangkan inklusi kewangan.

Pandemik telah meningkatkan tahap kesedaran orang ramai tentang kepentingan kesihatan dan kesejahteraan. Namun populasi di Asia terus menyaksikan peningkatan dalam penyakit berkaitan gaya hidup yang menyumbang kepada lebih 70 peratus daripada jumlah keseluruhan kematian. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengeluarkan amaran bahawa perubahan iklim akan meningkatkan lagi kadar morbiditi dan kematian, terutamanya di rantau Asia. Adalah sangat penting untuk AIA memainkan peranan positif dan menerajui usaha dalam membantu komuniti menangani isu-isu tersebut.”

Ketua Pegawai Eksekutif AIA Malaysia, Ben Ng yang juga turut berkongsi sentimen yang sama berkata, “Dua tahun yang lalu telah mengubah cara kita menilai aspek kesihatan dan kesejahteraan. Sekarang merupakan masa yang sesuai untuk memastikan bahawa matlamat kami untuk memperkasakan kehidupan yang lebih sihat dan berkualiti benar-benar dapat memberikan impak kepada semua rakyat Malaysia. AIA Malaysia berbangga kerana dapat menjadi sebahagian daripada gerakan ini. Kami amat komited memainkan peranan dalam menyentuh kehidupan Satu Bilion individu bagi tempoh 8 tahun yang akan datang dan akan sentiasa berusaha membantu rakyat Malaysia mencapai aspirasi kesihatan dan kekayaan mereka.”

Menerusi pelbagai kerjasama, acara, program komuniti serta kempen, AIA One Billion akan merangkumi semua interaksi kami merentasi seluruh komuniti kami untuk melibatkan dan menggalakkan individu dari setiap lapisan masyarakat mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat dan pada masa yang sama dapat menjamin kelestarian alam sekitar. Sebagai langkah pertama untuk memulakan AIA One Billion, sebuah kempen media sosial serantau telah dilancarkan bagi menjemput orang ramai untuk sama-sama menyertai pejalanan ini (‘Join the Journey’). Duta-duta AIA di seluruh rantau termasuk Nicol David dari Malaysia akan turut serta menyokong inisiatif ini dan menyatukan komuniti untuk mengambil tindakan serta memacu perubahan tingkah laku positif yang meluas.

AIA berazam untuk menjadi peneraju global Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG).             AIA One Billiondibina atas strategi jangka panjang kami dalam mengubah pembangunan lestari komuniti kami serta menetapkan matlamat yang jelas, selaras dengan cita-cita kami untuk menjadi peneraju global ESG. Sebagai sebahagian daripada pelaporan ESGnya, AIA akan menjejak, menilai, dan melaporkan kemajuan berkaitan matlamatnya untuk mencapai penglibatan satu bilion individu untuk menjalani Kehidupan yang Lebih Sihat, Berpanjangan dan Bermakna menjelang 2030.

Maklumat lanjut mengenai AIA One Billion di aia.com/aiaonebillion

 

Mengenai AIA Malaysia

AIA Malaysia adalah sebahagian daripada AIA Group, kumpulan insurans hayat pan-Asia tersenarai awam terbesar dan bebas. Secara bersama, AIA Bhd., AIA PUBLIC Takaful Bhd., AIA General Berhad dan AIA Pension and Asset Management Sdn. Bhd. telah memberi perkhidmatan kepada rakyat Malaysia selama lebih dari 72 tahun.

Sebagai salah satu penyedia insurans dan takaful terkemuka di negara ini, AIA Malaysia menawarkan pelbagai penyelesaian konvensional dan patuh syariah yang inovatif dan komprehensif, merangkumi Perlindungan Hayat dan Kesihatan, Takaful Keluarga, Manfaat Pekerja, Motor, Kemalangan Diri, Gadai Janji, Insurans Komersial dan skim Persaraan yang memenuhi keperluan kesihatan, kekayaan dan perlindungan  pelanggannya di setiap peringkat kehidupan.

Menerusi rangkaian pusat perkhidmatan di seluruh negara, pasukan terlatih yang terdiri daripada lebih 2,600 kakitangan serta saluran pengedarannya yang pelbagai dan berdedikasi yang merangkumi pasukan agensi seramai 20,000 Perancang Hayat, rakan kongsi bank eksklusif, pasukan penjualan korporat dan broker, AIA Malaysia kekal komited untuk sentiasa bersama 4 juta pelanggannya; menyokong dan membantu mereka Hidup Lebih Sihat, Berpanjangan dan Bermakna.

 

Mengenai AIA

AIA Group Limited dan anak syarikatnya (keseluruhannya “AIA” atau “Kumpulan”) terdiri daripada kumpulan insurans hayat pan-Asia tersenarai awam terbesar dan bebas. Ia beroperasi di 18 pasaran – cawangan dan anak syarikat milik penuh di Tanah Besar China, Hong Kong SAR, Thailand, Singapura, Malaysia, Australia, Kemboja, Indonesia, Myanmar, New Zealand, Filipina, Korea Selatan, Sri Lanka, Taiwan (China), Vietnam, Brunei, Macau SAR, dan 49 peratus pegangan usaha sama di India.

Perniagaan yang kini dikenali sebagai AIA telah ditubuhkan di Shanghai lebih seabad yang lalu pada tahun 1919. Ia merupakan peneraju pasaran di rantau Asia (tidak termasuk Jepun) berasaskan premium insurans hayat dan memegang kedudukan utama di sebahagian besar pasarannya. AIA mempunyai jumlah aset bernilai $330 bilion dolar Amerika pada 30 Jun 2021.

AIA memenuhi keperluan simpanan dan perlindungan individu jangka panjang dengan menawarkan rangkaian produk dan perkhidmatan termasuk insurans hayat, insurans kemalangan dan kesihatan serta pelan simpanan. Kumpulan ini juga menyediakan manfaat pekerja, kredit hayat dan perkhidmatan persaraan kepada pelanggan korporat. Melalui rangkaian agensi, rakan kongsi dan kakitangan yang meluas di seluruh Asia, AIA memberikan perkhidmatan kepada lebih daripada 39 juta pemegang polisi individu dan lebih 16 juta ahli skim insurans berkelompok.

AIA Group Limited disenaraikan di Papan Utama, Bursa Saham Hong Kong di bawah kod saham “1299” dengan Resit Depositari Amerika (Tingkat 1) yang diniagakan pada pasaran kaunter (simbol ticker: “AAGIY”).

 

Leave a Comment