ADMC Dan BTMC Mengedarkan Bubur Lambuk Untuk Komuniti B40


Ramai rakyat Malaysia tidak sabar-sabar untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri 2022, lebih-lebih lagi dengan COVID-19 yang sudah masuk ke fasa endemik. Mengambil semangat Hari Raya Aidilfitri 2022, Ara Damansara Medical Centre (ADMC) dan  Bukit Tinggi Medical Centre (BTMC) tidak mensia-siakan peluang untuk ‘memberi’ kepada komuniti dengan masakan tradision bubur lambuk yang popular di bulan Ramadan.

Dua hospital ini bertemu masyarakat di sekitar dan mengedarkan bubur lambuk. Ini adalah selari dengan strategi kelestarian Ramsay Sime Darby Health Care’s (RSDH) RSD Cares yang memberikan fokus kepada pembinaan komuniti yang lebih kuat dan sihat.

ADMB mengedarkan 2,000 bubur lambuk di 15 lokasi sekitar Ara Damansara. Antara penerimanya ialah keluarga B40, balai polis, balai bomba, masjid, sekolah dan pejabat-pejabat korporat yang berhampiran.

Di Klang, BTMC mengedarkan 600 bubur lambuk kepada keluarga berpendapatan rendah, sekolah, pejabat dan lain-lain di 45 lokasi terpilih.

Miranda Harumal, Ketua Pegawai Eksekutif ADMC berkata, “Saya teruja melihat doktor dan pekerja perubatan di ADMC bekerjasama dalam merealisasikan inisiatif RSD Cares yang peduli dengan komuniti setempat. Kami memberikan mereka juadah berbuka puasa yang semestinya sihat. Acara tahunan ini adalah sebahagian daripada komitmen hospital untuk terus berinteraksi dengan masyarakat”

Inisiatif CSR ini direalisasikan dengan sokongan Syarikat Beras Faiza dan NGO AraCare.

Tahun ini, penerima bubur lambuk meningkat kepada 2,600 berbanding 1,600 pada tahun lepas. SOP yang ketat tetap dipatuhi semasa acara berlangsung.

Leave a Comment