Senarai Stesen TV (TV Channel) di Malaysia

Malaysia TV Channel

Bercakap mengenai Malaysia TV channel, iaitu keadaan stesen TV di Malaysia – sememangnya sekarang lebih banyak berbanding dulu. Namun, dengan kehadiran Astro, sedikit sebanyak menggugat kedudukan TV percuma. Izinkan kami berkongsi.

Malaysia TV Channel (Percuma)

Di bawah Radio Televisyen Malaysia (RTM)

Yang percuma buat masa ini hanyalah yang di bawah kerajaan Malaysia:

  • TV1
  • TV2
  • TV Okey (Yang boleh ditonton melalui Astro)

 

Di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

Stesen TV ini adalah separa kerajaan.

  • TV ALHijrah

 

Di bawah Media Prima Berhad

Stesen TV di bawah Media Prima Berhad adalah dalam kategori TV swasta. Syarikat ini adalah satu-satunya syarikat swasta yang mengendalikan beberapa rancangan TV di Malaysia, yang percuma untuk rakyat.

  • TV3
  • ntv7
  • 8tv
  • TV9

Malaysia TV Channel (Berbayar)

Tidak dinafikan, Astro adalah syarikat yang paling diminati ramai kerana kualiti gambar yang cantik dan jelas.

  • Astro

 

Stesen TV Malaysia (Lain-lain)

Stesen TV satelit percuma

  • NJOI

 

Tiada lagi siaran TV analog

Mengikut sumber Utusan, penutupan siaran analog televisyen akan dilakukan secara berperingkat. Ia bakal membolehkan pengguna beralih ke siaran TV digital myFreeview sepenuhnya. Sehingga kini terdapat 15 saluran televisyen dan enam saluran radio yang boleh didapati menerusi myFreeView.

Malaysia merupakan negara ketiga di rantau ASEAN yang akan menjalankan penutupan siaran TV analog selepas Brunei serta Singapura, yang telah menutup siaran TV analog mereka sepenuhnya dan bersiaran TV Digital masing-masing pada 31 Dis 2017 dan 1 Jan 2019.

Yang tidak mampu

Jangan risau jika anda tidak boleh menonton TV lagi jika tiada Astro. Untuk pengetahuan, MYTV akan mengagihkan dua juta set dekoder percuma kepada penerima Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSH) terutama golongan isi rumah B40.

Namun, bagi mereka yang ingin membeli set dekoder ini, ia dijual pada harga RM187 sama ada dibeli secara dalam talian atau wakil penjual sah yang disenaraikan menerusi laman sesawang yang sama.

Dengan adanya inisiatif baru ini, rakyat akan dapat menikmati kualiti siaran dan bunyi yang lebih baik. Malah penambahbaikan ini dijangka akan dapat merapatkan jurang digital bagi membolehkan akses kepada maklumat yang sama antara penduduk luar bandar dan bandar.

Senarai Blog Makanan Sedap di Malaysia (Best, Menarik & Halal)

Blog makanan sedap di Malaysia

Ada beberapa situasi, kita memerlukan cadangan untuk tempat makan sedap di sesuatu lokasi. Apa yang kita buat? Selalunya, hanya Google dan baca satu persatu. Penat bila cuba baca review yang bermacam-macam.  Apa guna pergi tempat menarik di Malaysia, kalau tidak makan sekali bukan? Maka izinkan kami senaraikan beberapa blog makanan sedap di Malaysia yang pastinya best, menarik dan halal.

 

MySelera

Ada banyak lokasi yang disenaraikan di MySelera. Cuma sudah agak lama tidak dikemaskini. Maka, tidak pasti samada masih relevan atau tidak.

 

Hazman Fadzil

Ini antara blog otai yang sudah lama bertapak di Malaysia. Beliau juga selalu masuk TV dan surat khabar. Sayangnya, lama juga sudah tidak dikemaskini.

 

Vocket Makan

Di sini, banyak review tentang kedai yang jarang orang masuk dan hipster.

 

 

Akhir kata

VulcanPost ada menulis tentang Malaysian Food Blogger yang mempunyai review yang bagus. Cuma masalahnya di sini, ia bercampur-campur antara yang halal atau tidak. Sebagai seorang Muslim, mencari yang halal itu wajib. Sedap itu yang kedua.

Apa-apa pun, semoga senarai ini dapat membantu anda. Dan semoga kenyang dan bersyukur selalu.

Jika ada blog makanan sedap di Malaysia yang lain yang anda tahu, mohon kongsikan di ruangan komen.

Senarai Blog Tempat Menarik di Malaysia (Melaka, Selangor, Penang dll)

Blog tempat menarik di Malaysia

Ada terlalu banyak blog di Malaysia yang menyenaraikan tempat menarik di Malaysia. Kadang-kadang blog ini senaraikan tempat yang sama. Sampai tak terbaca. Apabila kita Google, mesti carian akan menunjukkan blog-blog ini. Jadi, izinkan kami senaraikan beberapa blog tempat menarik di Malaysia yang kami rasakan menyenaraikan tempat yang unik.

 

Maisinggah

Selain berkongsi tempat menarik di Malaysia, laman ini juga membantu pembaca untuk mendapatkan penginapan yang berhampiran dengan lokasi. Semua tempat menarik di serata negeri seperti Melaka, Selangor, Pulau Pinang dan lain-lain disenaraikan.

Layari laman web Maisinggah di sini.

 

Caridestinasi

Sama juga seperti di atas, laman ini berkongsi hotel atau lokasi tempat penginapan yang berhampiran dengan tempat menarik tersebut. Antara hotel atau homestay tersebut, adalah cadangan dari Airbnb, Agoda dan Booking.com.

Layari laman web Caridestinasi di sini.

 

Tempat menarik mengikut ranking negeri yang popular:

Tidak semua negeri adalah popular dan menjadi tumpuan pelancong. Namun, kami dapati ada sesetengah negeri yang memang menjadi tumpuan terutamanya musim cuti sekolah.

  1. Selangor
  2. Melaka
  3. Pulau Pinang
  4. Perak
  5. Johor
  6. Terenganu

 

Tempat menarik mengikut ranking bandar/lokasi yang popular:

Sama seperti di atas, tidak semua bandar juga adalah popular dan menjadi tumpuan pelancong. Namun, kami dapati ada sesetengah lokasi yang memang menjadi tumpuan terutamanya musim cuti sekolah.

  1. Kuala Lumpur
  2. Shah Alam, Selangor
  3. Kuala Selangor, Selangor
  4. Bandar Hilir, Melaka
  5. Ayer Keroh, Melaka
  6. Georgetown, Penang
  7. Ipoh, Perak
  8. Langkawi, Kedah
  9. Alor Setar, Kedah
  10. Arau, Perlis
  11. Bukit Tinggi, Pahang
  12. Bentong, Pahang

 

 

Akhir kata

Sebenarnya, dua laman ini sahaja sudah mencukupi untuk mendapat idea untuk bercuti. Rujuk satu-satu dan buat perancangan dengan betul. Jangan hanya ikut apa yang viral secara-membabi-buta. Pastikan research dahulu dan ikut bajet sendiri.

Kalau sudah ada tempat menarik, jangan lupa cari tempat makan sedap pula. Kami akan tambah lagi senarai ini dari semasa ke semasa.