Kelas SEO Malaysia (Belajar Rank #1 Google Guna WordPress)

Kelas SEO Malaysia

Kalau kau orang Malaysia, kau sebenarnya boleh belajar dan ikut kelas SEO Malaysia. Masalahnya, tak ramai yang buka kelas kerana mungkin takut orang lain lebih pandai dari dia.

Kelas SEO Malaysia untuk siapa?

Kelas SEO ini untuk siapa-siapa sahaja. Kalau kau orang Malaysia, tapi berada di United Kingdom, pun boleh join. Kalau kau berada di Indonesia, pun boleh join.

Cuma priority ialah pada orang Malaysia.

Secara ringkasnya, sesiapa sahaja orang Malaysia boleh masuk kelas SEO ini asalkan penulisan yang dibuat dalam blog adalah dalam Bahasa Melayu.

Ilmu itu milik Allah. Lebih banyak kita kongsi, lebih banyak yang Allah akan beri.

Aku tak tahu banyak, tapi aku boleh ajar. Harap-harap, ilmu yang aku nak kongsi ini akan dapat beri manfaat.

 

Kalau kelas SEO, mesti guna WordPress?

WordPress adalah platform terbaik kalau kau nak ranking #1 di Google, lebih-lebih lagi dalam Bahasa Melayu. Tidaklah sesukar untuk rank dalam Bahasa Inggeris.

Ada caranya.

Aku boleh tunjukkan.

Cuma kau mesti tahu cara nak buat blog dahulu.

Itu syarat pertama. Kalau sudah ada blog, itu lebih mudah.

 

Kenapa buat kelas macam ini?

Aku tahu ramai orang nak belajar, tapi tak tahu nak belajar di mana. Kalau ada sekalipun di EventBrite atau Peatix, caj adalah tak masuk akal.

Yang lain-lain, kau tak akan jumpa punya.

 

Apa syarat nak belajar SEO dengan kau?

Aku tak letakkan syarat yang besar. Asalkan kau sudah setup blog guna WordPress, itu sudah memadai. Aku tak nak tolong orang yang tak nak tolong diri sendiri. Belajar dahulu cara nak beli domain dan setup server hosting sendiri dahulu.

 

Kelas SEO ini percuma?

Untuk 3 orang pertama, ia percuma. Kalau cukup 3 orang, kita akan duduk di Starbucks dan aku tunjukkan caranya.

Aku ajar, percuma. Air kopi Latte atau Cappucino, kau bayar sendiri.

Tapi kalau kau dari syarikat atau agensi kerajaan yang nak kursus SEO, itu aku kena caj. Dan aku tak boleh nak belanja Starbucks. Syarikat atau agensi kau kena buat teh o’ panas.

Apa-apa pun, isi dulu borang ini:

 

Akhir kalam

Demi memartabatkan Bahasa Melayu, aku sanggup buat kelas SEO untuk orang Malaysia. Aku tak mahu tengok lagi konten sampah yang keluar dalam carian aku.

Kalau boleh, aku nak lebih banyak lagi ilmu tersebar dalam Bahasa Melayu.

Adakah kau sudi nak join aku? Kau bersedia?

Review Yoast SEO Premium Plugin untuk WordPress (2020)

Review Yoast SEO Premium plugin untuk Wordpress

Tak ramai orang Malaysia berkongsi review tentang Yoast SEO Premium plugin untuk WordPress. Kalau kita baca sekalipun, hanya nampak yang dalam Bahasa Inggeris.

Maka, izinkan aku berkongsi.

 

Apa itu Yoast SEO plugin?

Bagi yang baru berjinak-jinak dengan SEO, Yoast ini adalah satu plugin yang membolehkan blog kau ranking di Google.

Tapi bukanlah kau install dan tinggalkan begitu sahaja. Ada setting yang kau perlu buat.

Itu akan dikongsikan nanti.

 

Yoast SEO plugin biasa sudah cukup?

Sebenarnya, guna yang Yoast plugin biasa pun sudah cukup. Kau sudah boleh target keyword apa yang kau nak ranking.

Tapi, kalau kau mahu guna Yoast Premium, itu lebih baik.

 

Perlu ke upgrade?

Bagi sesiapa yang belum upgrade lagi, mesti kau terfikir banyak kali:

“Buat apa nak bayar sampai $89 kalau tak banyak beza antara yang biasa dan premium?”

“Kalau betullah yang premium ini hebat sangat, apa featuresnya?”

Jangan risau, kau tak keseorangan. Aku pun sama, pernah terfikir macam ini.

Aku di sini bukan nak berdebat tentang RankMath lebih bagus, All in One SEO lebih ringan dan lain-lain yang sama waktu dengannya.

Aku cuma mahu kongsi pengalaman aku. Lagipun aku tak pernah pakai plugin lain. Jadi, aku tak ada kredibiliti untuk komen.

Aku rasa, kau pun pernah baca, ada banyak features Yoast premium. Kau boleh Google untuk baca semua.

Cuma apa yang aku tulis ini, ialah apa features yang aku rasa berguna. Features yang lain-lain, aku tak pakai. Aku abaikan.

 

Beza Yoast biasa dengan Premium

Jadi apa perbezaan yang ketara antara Yoast plugin biasa dengan yang premium?

 

1. Focus keyphrase

Kalau yang biasa, cuma ada satu sahaja focus keyphrase. Itu yang bila kau mula nak optimizekan, nak kasi hijau semua lampu, kau main belasah sahaja masukkan keyword. Bila baca balik, nampak pelik.

Dengan premium, kau akan ada tambahan keyphrase synonym dan lagi tambahan untuk related keyphrase.

Contoh kau letak focus keyphrase iaitu main keyword sebagai “tips kurus”.

Dekat keyphrase synonym kau boleh letak “petua ramping”

Lagi related keyphrase, kau boleh letak lagi “kurus lelaki” “ramping perempuan”

Nampak tak?

Kau tak perlu stuff keyword “tips kurus” hanya untuk dapatkan lampu hijau. Kau boleh mix-and-match dengan keyword lain.

Jadi artikel kau akan nampak lebih natural.

 

2. Internal linking

Kau tahu kan, internal linking juga memainkan peranan untuk ranking keyword kau?

Kalau kau ada banyak backlinks power sekalipun, kalau tak ada internal linking, kau tetap tak akan dapat nombor satu.

Jadi apa perlunya Yoast internal linking?

Dengan adanya suggestion untuk kau add internal linking di sebelah kanan sidebar, kau tak perlulah garu kepala kau untuk ingat balik apa artikel yang berkaitan dengan artikel yang kau tengah tulis sekarang.

Yoast pandai ambil related article yang sesuai untuk dimasukkan.

Jimat masa kau.

 

3. Redirection

Kadang-kadang, kau tersilap letak URL permalinks. Bila kau ubah, kau kena edit balik 301 redirect guna plugin Redirection.

Leceh.

Tapi kalau dengan Yoast premium, setiap kali kau ubah, dia akan notify kau untuk redirect link lama ke link baru.

Lagi lagi, jimat masa kau.

 

Jadi perlu ke upgrade?

Yang aku nampak, perbezaan tidaklah ketara macam langit dengan bumi. Tidaklah obvious sangat.

Berbaloi ke?

Bergantung kepada keperluan kau. Kalau kau rasa SEO adalah penting untuk kelangsungan hidup kau, boleh sahaja melabur untuk beli.

Kalau kau rasa pakai Yoast biasa pun sudah okay, tak ada masalah.

Teruskan.

 

Akhir kalam

Sekian pendapat 20 sen aku tentang Yoast SEO premium plugin ini.

Terima kasih semua!