Semakan BKSS Bujang (Bantuan Khas Sarawakku Sayang)


Bagi pemohon yang berstatus belum berkahwin yang telah memohon Bantuan Khas Sarawakku Sayang sebelum ini, anda boleh buat semakan BKSS bujang.

Sedikit mengenai BKSS bujang

Beruntung betul rakyat Sarawak, terutama yang bujang.

Kenapa?

Jika anda bujang dan termasuk dalam golongan B40 di Sarawak, anda layak menerima Bantuan Khas Sayangku Sarawak.

Pembayaran duit BKSS akan dikreditkan ke akaun bank penerima setiap 15 haribulan setiap bulan.

Ia bermula pada 15 April 2020 hingga 15 September 2020. Ini bermakna, bulan Julai 2020 adalah bayaran keempat.

Pembayaran tunai sebanyak RM 250 yang akan dibayar selama 6 bulan ini akan memanfaatkan ramai rakyat Sarawak.

Yang lebih menarik lagi, penerima yang layak adalah terdiri dari penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) yang telah diluluskan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan tiada sebarang permohonan perlu dibuat.

Jadi, BKSS dapat, BSH pun dapat!

 

Syarat yang melayakkan mendapat BKSS

  1. Merupakan warganegara Malaysia dan menetap di Sarawak
  2. Merupakan penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020
  3. Berumur 21 tahun dan ke atas termasuk kategori warga emas (60 tahun dan ke atas)
  4. Pendapatan isi rumah adalah RM4,000 dan ke bawah
  5. Pendapatan kategori bujang adalah RM2,000 dan ke bawah

 

Semakan BKSS bujang secara online

Berikut ialah cara buat semakan BKSS bujang online.

  1. Layari laman web rasmi BKSS di sini: https://www.sarawak.gov.my/web/home/bkss_semak
  2. Masukkan Nombor Kad Pengenalan (MyKad)
  3. Pastikan tidak masukkan sempang (-) atau dash
  4. Contohnya, jika Nombor Kad Pengenalan 950505-13-4456, masukkan sahaja 950505134456
  5. Tekan butang Submit
  6. Anda akan dapat melihat status kelulusan BKSS bujang

 

Semakan bayaran BKSS bujang

Sebelum keluarkan duit BKSS, anda dinasihatkan untuk buat semakan pembayaran BKSS dengan melihat baki dalam akaun. Bimbang bila sudah ke ATM, tidak ada duit di dalam akaun.

Untuk maklumat yang lebih terkini, anda boleh sertai Facebook Group SARAWAKKU SAYANG di sini, yang sedang rancak membincangkan tentang BKSS.

 

Tarikh pembayaran BKSS

Di bawah ini ialah jadual dan tarikh pembayaran BKSS sehingga September 2020.

  • Bayaran 1: 15 April 2020 berjumlah RM250
  • Bayaran 2: 15 Mei 2020 berjumlah RM250
  • Bayaran 3: 15 Jun 2020 berjumlah RM250
  • Bayaran 4: 15 Julai 2020 berjumlah RM250
  • Bayaran 5: 15 Ogos 2020 berjumlah RM250
  • Bayaran 6: 15 September 2020 berjumlah RM250

 

Maklumat lanjut

Jika anda mempunyai apa-apa pertanyaan mengenai semakan dan pembayaran, boleh hubungi pihak BKSS di sini:

 

Akhir kata

Bagi yang belum berkahwin dan mendapat kelulusan BKSS bujang, bersyukurlah. Jika sudah lulus, bersabarlah sedikit dalam menunggu duit pembayaran BKSS dari kerajaan negeri Sarawak.

Tak kiralah anda guna bank BSN, Agro Bank, Maybank, CIMB dan apa-apa bank sekalipun, apabila ramai pemohon, anda perlu faham dengan proses pembayaran yang sedikit rumit dan akan mengambil masa.

Bagi yang tidak berjaya pula, jangan terlalu bersedih. Mungkin itu bukan rezeki kita. Kami harap, anda dapat bantuan BPN dan juga BSH.

Sama-sama berdoa agar hidup kita dipermudahkan dan sentiasa dimurahkan rezeki.

Semoga ada manfaat.

11 thoughts on “Semakan BKSS Bujang (Bantuan Khas Sarawakku Sayang)”

  1. Kenapa BKSS ni bagi mcm pilih bulu???ada yg dpat ada yg x dapat.bkn kh kya semua sama terjejas dgn masalah covid19 pada ketika ini?kalo kerajaan negeri nk bgi biat adil dan saksama????

    Reply
  2. Kenapa penerima bujang one off rm500 yang sebelum ni dapat then untuk yang baru BKSS 6.0 ini tak layak pula??? Apa ni?

    Reply
  3. Dah disamak tapi tak layak??? Tahun lepas pun rayuan dah lulus dan dikemaskini. Saya bujang (oku).
    Mohon penjelasan. Terima kasih

    Reply
  4. kenapa saya tak dapat bantuan bkss bujang dan saya cuba semak status nama saya tiada dalam senarai..saya nak tanya kenapa sebelum ni saya dapat bantuan bkss tp sekarang tak dapat pula sdgkn sy ni asal dari sarawak

    Reply
  5. tahun lepas lulus tp apasal tahun ni tak lulus.sedangkan tahun lepas penyakit ini tidaklah seteruk berbanding tahun ini di mana setiap hari purata kematian dan positif jangkitan terus meningkat..cuba pihak kerajaan sarawak jelaskan mengapa saya tak layak tahun ini,tahun dimana keadaan yang amat menjejaskan punca pendapatan dan sara hidup yang sukar bagi kami yang gaji kecil,dihentikan pekerjaan…saya nak makan apa..?makan pasir berlauk rumput..kerajaan sarawak tolonglah bersikap adil dan prihatin pada rakyat dan bukan sekadar yang dikata..

    Reply
    • kenapa saya tak dapat bantuan bkss bujang dan saya cuba semak status nama saya tiada dalam senarai..saya nak tanya kenapa sebelum ni saya dapat bantuan bkss tp sekarang tak dapat pula sdgkn sy ni asal dari sarawak

      Reply
  6. Saya membuat semakkan bkss bujang 0.6..20 september..tapi saya cek pegi bank tak ada tolong beri penjelasan bilakah bkss bujang 0.6 one off msuk bank

    Reply

Leave a Comment