Courts Mammoth merupakan nama yang tidak asing lagi dari kalangan rakyat Malaysia, terkenal dengan pelan ansuran secara bulanan yang ditawarkan bagi peralatan seperti perabot, perkakas elektrik dan bermacam lagi. Di sini, kami ingin berkongsi cara semak baki Courts Mammoth dengan tepat, Sebelum mebuat pembayaran, semak dahulu baki akaun Maybank anda sekiranya anda menggunakan Maybank untuk transaksi pembayaran.
1. Semak baki Courts Mammoth online melalui laman web
Bagi pelanggan yang telah membuat perjanjian bayaran secara ansuran bersama Courts Mammoth, berikut adalah cara semakan baki Courts Mammoth yang boleh anda rujuk:
- Layari laman web Courts Mammoth di https://www.courts.com.my/ atau klik pada pautan ini.
- Di halaman utama, klik pada butang Sign In.
- Seterusnya, bagi pengguna baru anda boleh mendaftar akaun dengan memilih New To Courts.
- Daftar akaun anda dengan mengisi beberapa maklumat peribadi.
- Maklumat yang diperlukan adalah nama, nombor telefon bimbit, alamat emel, kata laluan dan pengesahan kara laluan.
- Untuk tujuan keselamatan, anda perlu melengkapkan imej sekuriti captcha.
- Login ke akaun anda.
- Pergi ke My Order dan semak baki bayaran anda
2. Semak baki pinjaman Courts Mammoth melalui WhatsApp
- Anda boleh menghubungi ejen Courts Mammoth melalui WhatsApp.
- Klik pada pautan ini untuk diambungkan ke ejen mereka.
- Anda boleh meminta ejen untuk menyemak baki bayaran Courts Mammoth anda dengan memberikan nombor akaun.
- Sekiranya anda tidak mengingati no akaun anda, boleh minta daripada ejen dengan membuat pengesahan menggunakan nombor MyKad yang didaftarkan untuk perjanjian ansuran bulanan sebelum ini,
- Setelah pengesahan berjaya dilakukan, ejen akan menyatakan baki Courts Mammoth anda.
3. Check balance melalui emel
Pelanggan juga boleh menghubungi Courts Mammoth melalui emel. Untuk semakan, anda perlu memberikan beberapa butiran peribadi kepada pihak Courts Mammoth.
- Karang emel dan berikan maklumat seperti nombor IC yang didaftarkan bagi perjanjian bayaran secara snuran.
- Nyatakan tujuan emel yang dihantar,ย berikan maklumat peribadi untuk pengesahan,
- Hantarkan emel tersebut kepada [email protected].
- Emel anda akan dibalas dalam 1 hingga 2 hari waktu bekerja.
4. Ada masalah untuk semak baki?
Sekiranya semakan secara online anda gagal, anda boleh hubungi servis khidmat pelanggan Courts Mammoth di sini atau hubungi 03 3000 8998. Waku beroperasi mereka adalah seperti berikut
- Isnin hingga Ahad (termasuk cuti umum): 10 Pagi – 7 Petang
Akhir kata
Kami berharap agar perkongsian cara semakย baki Courts Mammoth ini dapat membantu urusan anda dalam membuat pembayaran ansuran bulanan anda.
Semoga bermanfaat.