BPR Semakan 2021 (Check Bayaran & Rayuan BPR Fasa 3)


Untuk makluman, terdapat tiga jenis semakan BPR yang anda boleh lakukan di portal bpr.hasil.gov.myย iaituย penerimaan permohonan,ย kelulusan dan yang paling penting sekali ialah berkenaan bayaran Bantuan Prihatin Rakyat.

Izinkan kami berkongsi tentang BPR Fasa 3.

1. Tarikh bayaran BPR Fasa 3

Untuk makluman, tarikh pembayaran BPR Fasa 3 (yang dikenali dengan Keluarga Malaysia Fasa 3) and dikreditkan ke dalam akaun bank masing-masing bermula 28 September 2021 secara berperingkat.

Bukan itu sahaja, mana-mana pemohon yang lulus rayuan BPR akan menerima bayaran pada tarikh ย yang sama iaitu 28 September 2021.

Bayaran ini akan diberikan kepada 3.6 juta pemohon yang layak.

 

2. Semakan status pembayaran BPR di bpr.hasil.gov.my

Walaupun LULUS, anda perlu check status samada duit sudah dimasukkan ke dalam akaun bank atau tidak. Anda masih lagi perluย check status bayaran BPRย melalui portal BPR.

Ikuti langkah-langkah seperti di bawah:

  1. Login BPR melalui pautan ini: https://bpr.hasil.gov.my/Account/Login
  2. Masukkan nombor MyKad
  3. Klik SEMAK
  4. Sekiranya tidak ada apa-apa masalah, anda akan berjaya masuk ke dalam MyBPR
  5. Tekan butang Semakan Status
  6. Jika anda berstatus LULUS:
    1. Anda akan dapat lihat paparan lain bahagian pertama iaituย BPR
    2. Ada butang Maklumat BPR. Boleh muat turun maklumat tersebut.
    3. Amaun Keseluruhan BPR Diterima, contohnya RM800.00
    4. Anda juga akan dapat lihat paparan lain bahagian kedua iaituย Jadual Bayaran
    5. Ada butang Maklumat Bayaran BPRย yang anda boleh download
    6. Jika tidak, boleh lihat paparan maklumat dakan Jadual Bayaran seperti berikut:
      • Tarikh Kredit
      • No. Pengenalan Akaun Dikredit
      • Fasa
      • Jumlah Dikredit
      • Status Kredit
      • Nama Bank
      • No Akaun
      • Kod Tidak Berjaya
      • Nombor Siri
      • Tarikh Tunai
  7. Pastikan Status Kredit dalam Jadual Bayaran adalah Berjaya Kredit
  8. Jika Status Kredit dalam Jadual Bayaran adalah Gagal Kredit,ย sila dapatkan No Baucer BPR untuk buat penunaian di kaunter BSN
  9. Selesai

 

3. Semakan pengkreditan BPR ke bank

Bagi penerima yang bakal menerima bayaran BPR, ada kemungkinan duit tidak masuk ke dalam akaun atas masalah berikut:

  • Anda tersalah memasukkan nombor akaun
  • Anda memasukkan nombor akaun orang lain
  • Anda memasukkan nombor akaun yang tidak aktif lagi

Walau bagaimanapun, jika semuanya berjalan lancar, duit akan dimasukkan ke bank-bank tempatan berikut:

  • Maybank
  • BSN
  • Bank Islam
  • RHB Bank
  • Ambank
  • Agro Bank
  • Hong Leong Bank
  • Affin Bank
  • Bank Rakyat
  • CIMB Bank
  • Bank Muamalat
  • Public Bank
  • Alliance Bank

 

4. Semakan rayuan BPR

Bagi anda yang membuat rayuan BPR kerana mendapat status TIDAK LULUS, anda juga boleh buat semakan untuk status terkini.

Kod TIDAK LULUS adalah seperti di bawah:

KOD TIDAK LULUS ALASAN
KOD 05 Tidak layak dalam kategori bujang
KOD 07 Anda atau pasangan anda gaji melebihi lebih Rm4 ribu sebulan
KOD 09 Gaji anda lebih dari RM2,000 sebulan
KOD 12 Anda didapati menjadi pengarah syarikat atau pemegang saham
KOD 13 Pasangan anda didapati menjadi pengarah syarikat atau pemegang saham
KOD 34 Anda didapati sudah tidak tinggal di Malaysia pada ketika ini

5. Semakan status penerimaan permohonan BPR

Bagi sesiapa yang telah buat permohonan BPR dan jugaย mengemaskini BPR untuk update status terkini, sila pastikan bahawa permohonan tersebut telah diterima oleh LHDN.

Ikuti langkah-langkah di bawah:

  1. Log Masuk BPR melalui pautan ini: https://bpr.hasil.gov.my/Account/Login
  2. Masukkan nombor MyKad
  3. Klik SEMAK
  4. Sekiranya tidak ada apa-apa masalah, anda akan berjaya masuk ke dalam MyBPR
  5. Seterusnya, klik PETI MEL > SURAT > PERMOHONAN BPR 2021
  6. Anda akan dapat melihat paparan yang menunjukkan permohonan berjaya dihantar dan diterima.

Sekiranya anda adalah pemohon baru BPR Hasil yang belum pernah daftar BSH, BPN dan BPN 2.0, silaย daftar BPR. Pastikan tarikh pendaftaran dan permohonan masih lagi dibuka.

 

6. Semakan status kelulusan BPR

Apabila permohonan BPR anda diterima, itu bukan bermakna anda akan lulus bantuan ini secara automatik. Anda masih lagi buatย semakan BPR 2021 lulus atau tidak melalui portal LHDN online di ย bpr.hasil.gov.my

Ikuti langkah-langkah untuk buat semakan permohonan BPR seperti di bawah:

  1. Login BPR melalui pautan ini: https://bpr.hasil.gov.my/Account/Login
  2. Masukkan nombor MyKad
  3. Klik SEMAK
  4. Sekiranya tidak ada apa-apa masalah, anda akan berjaya masuk ke dalam MyBPR
  5. Tekan butang Semakan Status
  6. Semak samada anda berstatus LULUSย atauย TIDAK LULUS

Jika LULUS, sila baca artikel di bawah ini untuk melihat status pengkreditan BPR pula.

Jika GAGAL, sila baca bagaimana cara untuk buat rayuan BPR.

5. BPR Login (Direct Link)

Ikuti langkah-langkah yang ringkas utuk log masuk di bawah:

  1. Layari pautanย Log Masuk Bantuan Rakyat di sini: https://bpr.hasil.gov.my/Account/Login
  2. Masukkan No MyKadย anda
  3. Pastikan No MyKadย yang dimasukkan adalah dalam 12 digit
  4. Isikan tanpa tanda sempang (-) atau dashย 
  5. Contohnya, jika Nombor MyKad ialah 890202-11-5355, masukkan 890202115355
  6. Tekan butang Semak
  7. Selesai

 

Akhir kata

Diharapkan agar perkongsian berkenaan semakan BPR ini akan memudahkan lagi urusan anda.

Semoga bermanfaat.

Categories BPR

13 thoughts on “BPR Semakan 2021 (Check Bayaran & Rayuan BPR Fasa 3)”

  1. Kenapa tidak membuat semakan gaji melalui baset sahaja supaya kita lebih tahu banyak pendapatan bawah rm4000 kebawah golongan yang susah semenjak wabak berlaku dan berilah peluang untuk membuat rayuan untuk permohonan

    Reply
  2. LULUS Fasa 3 Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021. . Wpn dh dpt mesej lulus. Hingga skarg duit belum masuk lg melalui BSN. Biasanya cept je. Melalui semakin ttg maklumt bayaran dicatit dlm proses pengkreditan. Tlong bg pencerahan. Terima kasih

    Reply
  3. masalah saya ialah….akaun bank yg didaftarkan sudah tidak aktif lagi….bila tarikh bayaran untuk mengambil wang secara tunai di bank bsn…sekian terima kasih….

    Reply

Leave a Comment