MIFFest Bekerjasama Dengan Samsung Malaysia Electronics


Sidang media Malaysia International Film Festival (MIFFest) dan Golden Global Awards (MGGA) telah berlangsung dengan jayanya 29 Mac 2022 di Dadi Cinema, Pavilion KL. Pada pelancaran itu, festival itu mengumumkan acara-acara untuk 5th MIFFest, termasuk kerjasama dengan Far East Film Festival (FEFF) di Itali, Pertandingan Filem Pendek anjuran Samsung Malaysia Electronics, dan MIFFest Project Market yang julung kali diadakan. 

Duta MIFFest En. Bront Palarae mengatakan bahawa beliau amat gembira dan berasa bangga untuk menjadi duta 5th Malaysia International Film Festival. Sidang media ini dihadiri penonton yang penuh bintang, dengan ramai artis dan pengarah tempatan Malaysia hadir untuk menyokong sidang akhbar itu. Pelakon termasuk Hairul Azreen, Henley Hii, Lim Mei Fen, Joey Leong, Debbie Goh, Tong Bing Yu, dan pengarah Kabir Bhatia, Adrian Teh, Chong Keat Aun, dan pembikin-pembikin filem lain.

MIFFest telah mengumumkan beberapa acara yang menarik. Antara satulah kerjasama pertama antara MIFFest dan FEFF di Udine, Itali, telah mendapat banyak perhatian dari seluruh dunia. Melalui kerjasama dan pertukaran ini, kedua-dua festival berharap dapat mencetus api baharu dalam industri filem dan televisyen Timur dan Barat. MIFFest turut mengambil kesempatan untuk menghantar beberapa filem tempatan ke 24th FEFF dan filem Adrian Teh “The Assistant” dipilih untuk tayangan perdana dunia pertandingan itu.

MIFFest secara aktif berusaha untuk menemui filem tempatan terbaik di Malaysia, di samping secara proaktif merekrut pembuat filem dan produksi berbakat dari seluruh dunia. MIFFest Projeck Market (MPM) 2022 akan diadakan pada 12 – 13 Julai 2022, dengan Wu Ke-Xi (pelakon), Keoh Chee Ang (Penerbit) dan Vijay Munisamy (Penerbit Eksekutif) dalam panel juri. Sunstrong Entertainment, Jazzy Pictures dan LOMO Pictures akan menyertai MPM sebagai Rakan Produksi. Salah satu projek yang paling berpotensi berpeluang  untuk dihasilkan oleh Rakan-Rakan Produksi tersebut.

Tambahan pula, skrip terbaik antara lima projek akan dipilih dan menerima RM10,000 lagi oleh Sunstrong Entertainment sebagai dana produksi.

Pengerusi MIFFest Joanne Goh berkata, “MIFFest Project Market diadakan supaya karya terbaik Malaysia dapat ditemui oleh antarabangsa, mereka tidak harus berhenti untuk menghasilkan karya filem yang baik kerana kekangan kewangan.” MIFFest Project Market (MPM) juga dipandang tinggi oleh pembikin filem tempatan Malaysia.

“Menemui karya dan pembikin filem yang cemerlang adalah misi kami di MIFFest. Selain MIFFest Project Market, kami juga akan bekerjasama dengan Samsung Malaysia Electronics untuk mengadakan pertandingan filem pendek.” Joanne Goh berharap dapat merangsang penyertaan orang ramai yang berminat untuk menjalani penggambaran menerusi pertandingan ini.

Tema pertandingan filem pendek adalah “Borderless With Nightography”, peserta patut menghantar kandungan cerita mereka dengan mengikuti tema dan elemen yang disediakan. MIFFest dan Samsung Malaysia Electronics akan bekerjasama untuk memilih 22 cerita teratas, Galaxy S22 Ultra akan disediakan kepada pasukan-pasukan ini untuk pembikinan filem pendek. Tiga filem pendek yang terbaik akan ditayangkan di pawagam terpilih semasa 5th MIFFest.

Menurut laporan, MIFFEst dan MGGA telah menerima lebih daripada 100 filem penghantaran dari Perancis ,China, Itali, Iran, Korea, USA, Thailand, Jepun,  Malaysia dan negara-negara lain. Festival itu juga telah mengesahkan bahawa ia akan berlangsung dari 10 hingga 15 Julai tahun ini, manakala majlis MGGA akan berlangsung pada 16 Julai.

Untuk maklumat lanjut tentang 5th MIFFest dan MGGA 2022, sila layari miffest.com.my.

Leave a Comment