Cara Memilih Web Hosting Terbaik (Di Malaysia & Singapura)

Cara memilih web hosting terbaik

Aku tak mahu cerita panjang-panjang. Aku cuba nak ceritakan cara memilih web hosting yang terbaik, yang aku gunakan sendiri.

Cara memilih web hosting terbaik

Istilah terbaik itu berbeza-beza dengan setiap individu. Yang aku kata terbaik ini, adalah dari konteks diri aku sendiri.

Kau mahu ikut, silakan. Kalau kau mahu bantah dan kecam, silakan.

 

Mulakan dengan Shared Hosting

Ini hanya untuk orang yang baru mahu bertatih.

Kata kuncinya di sini, blog kau masih lagi belum ramai pelawat.

Kau boleh Google sendiri. Kau akan jumpa macam-macam jenis hosting yang ada.

Aku pun macam kau juga. Dulu mulakan dengan Shared Hosting sebab mudah untuk uruskan. Tambahan lagi, baru bermula.

Jadi banyak perkara perlu belajar. Kos juga tidak perlu terlalu tinggi.

Perlu aku ingatkan di sini, kau kena cari dan pilih penyedia Shared Hosting di Malaysia yang mempunyai support yang bagus.

Bila kau ada masalah, dia boleh tolong.

 

Belajar VPS Hosting

Ini pula untuk orang yang sudah mula terima ramai pelawat.

Kau pun rasa, blog kau sudah makin slow.

VPS ini adalah kependekan untuk Virtual Private Hosting. Dalam bahasa yang mudah, kau tak berkongsi resources macam Shared Hosting.

Dah nama pun Private, tentulah khas untuk kau sahaja.

Namun, ia masih lagi virtual kerana walaupun ia Private, ia masih lagi dalam server yang sama.

Aku tahu kau tak faham.

Aku pun rasa bersalah sebab tulis ini dan buat kau jadi lebih keliru.

Cuma apa yang aku mahu tekankan di sini, kau boleh cari dan pilih mana-mana penyedia VPS Hosting di Malaysia.

Aku tak ada cadangan sebab aku memang dah lama tak guna VPS Hosting dari Malaysia.

Ada sebabnya.

Kalau kau nak tahu, PM aku.

 

Guna web hosting Digital Ocean

Jadi, inilah alternatif yang aku guna.

Aku guna DO sebab ada server di Singapura. Dekat sedikit dengan Malaysia.

Kalau aku boleh gunakan bahasa teknikal, ping dan latency pun rendah.

Cuma aku tak suruh kau tukar terus Shared Hosting atau VPS Hosting dari Malaysia terus ke Singapura.

Tengok-tengok dulu apa ada di Digital Ocean.

Kalau kau rasa sesuai, boleh terus daftar.

 

Guna web hosting Linode

Sebelum aku guna DO, aku guna Linode. Lagipun, dulu DO belum wujud.

Entah macam-macam hosting aku guna; dari Rackspace, Softlayer, AWS dan macam-macam lagi, semuanya tak serasi.

Pada aku, Linode ini mempunyai kepantasan yang sangat laju.

Sama seperti DO, Linode mempunyai server di Singapura.

 

 

Akhir kalam

Cara memilih web hosting Malaysia

Apa yang aku kongsikan ini belum lagi termasuk dengan cara pilih domain terbaik untuk kau. Aku akan ulas dalam artikel yang lain.

Semoga dengan adanya cara memilih web hosting ini, akan memudahkan hidup kau menjadi seorang penulis blog yang tersohor.

Semoga bermanfaat.