Kelas SEO Malaysia (Belajar Rank #1 Google Guna WordPress)

Kelas SEO Malaysia

Kalau kau orang Malaysia, kau sebenarnya boleh belajar dan ikut kelas SEO Malaysia. Masalahnya, tak ramai yang buka kelas kerana mungkin takut orang lain lebih pandai dari dia.

Kelas SEO Malaysia untuk siapa?

Kelas SEO ini untuk siapa-siapa sahaja. Kalau kau orang Malaysia, tapi berada di United Kingdom, pun boleh join. Kalau kau berada di Indonesia, pun boleh join.

Cuma priority ialah pada orang Malaysia.

Secara ringkasnya, sesiapa sahaja orang Malaysia boleh masuk kelas SEO ini asalkan penulisan yang dibuat dalam blog adalah dalam Bahasa Melayu.

Ilmu itu milik Allah. Lebih banyak kita kongsi, lebih banyak yang Allah akan beri.

Aku tak tahu banyak, tapi aku boleh ajar. Harap-harap, ilmu yang aku nak kongsi ini akan dapat beri manfaat.

 

Kalau kelas SEO, mesti guna WordPress?

WordPress adalah platform terbaik kalau kau nak ranking #1 di Google, lebih-lebih lagi dalam Bahasa Melayu. Tidaklah sesukar untuk rank dalam Bahasa Inggeris.

Ada caranya.

Aku boleh tunjukkan.

Cuma kau mesti tahu cara nak buat blog dahulu.

Itu syarat pertama. Kalau sudah ada blog, itu lebih mudah.

 

Kenapa buat kelas macam ini?

Aku tahu ramai orang nak belajar, tapi tak tahu nak belajar di mana. Kalau ada sekalipun di EventBrite atau Peatix, caj adalah tak masuk akal.

Yang lain-lain, kau tak akan jumpa punya.

 

Apa syarat nak belajar SEO dengan kau?

Aku tak letakkan syarat yang besar. Asalkan kau sudah setup blog guna WordPress, itu sudah memadai. Aku tak nak tolong orang yang tak nak tolong diri sendiri. Belajar dahulu cara nak beli domain dan setup server hosting sendiri dahulu.

 

Kelas SEO ini percuma?

Untuk 3 orang pertama, ia percuma. Kalau cukup 3 orang, kita akan duduk di Starbucks dan aku tunjukkan caranya.

Aku ajar, percuma. Air kopi Latte atau Cappucino, kau bayar sendiri.

Tapi kalau kau dari syarikat atau agensi kerajaan yang nak kursus SEO, itu aku kena caj. Dan aku tak boleh nak belanja Starbucks. Syarikat atau agensi kau kena buat teh o’ panas.

Apa-apa pun, isi dulu borang ini:

 

Akhir kalam

Demi memartabatkan Bahasa Melayu, aku sanggup buat kelas SEO untuk orang Malaysia. Aku tak mahu tengok lagi konten sampah yang keluar dalam carian aku.

Kalau boleh, aku nak lebih banyak lagi ilmu tersebar dalam Bahasa Melayu.

Adakah kau sudi nak join aku? Kau bersedia?