sto.imi.gov.my (Permohonan Temujanji Online Imigresen Malaysia)


Jika anda ingin buat urusan di Jabatan Imigresen Malaysia, anda perlu buat temujanji secara online terlebih dahulu di sto.imi.gov.my. Ini kerana anda tidak boleh datang ke kaunter seperti sebelum PKP.

Berikut ialah cara untuk buat temujanji imigresen secara online melalui sto.imi.gov.my untuk urusan seperti di bawah:

  • Program Rekalibrasi Tenaga Kerja
  • Program Rekalibrasi Pulang
  • Bahagian Pekerja Asing – Pembantu Rumah / Maid
  • Bahagian Pekerja Asing – Pelbagai Sektor (VDR)
  • Bahagian Pekerja Asing – Memo Periksa Keluar / COM & Pas Khas / SP
  • Bahagian Pekerja Asing – Permohonan Bayaran
  • Bahagian Visa, Pas & Permit – Permohonan Lanjutan Pas Lawatan Sosial Jangka Panjang

Lebih kurang sama dengan KWSP, perlu buat appointment melalui www.kwsp.gov.my/ms/janjitemu

Temujanji online sto.imi.gov.my

1. Cara mohon temujanji imigresen online

  1. Layari laman web rasmi Jabatan Imigresen Malaysia yang khas untuk Sistem Temujanji Online (STO) di sini: http://sto.imi.gov.my/e-temujanji/home.php
  2. Pilih JABATAN / DEPARTMENT
  3. Pilih BAHAGIAN / CAWANGAN / UNIT / BRANCH
  4. Pilih URUSNIAGA / TRANSACTION iaitu:
    • Bahagian Pekerja Asing – Pembantu Rumah / Maid
    • Bahagian Pekerja Asing – Pelbagai Sektor (VDR)
    • Bahagian Pekerja Asing – Memo Periksa Keluar / COM & Pas Khas/ SP
    • Bahagian Pekerja Asing – Permohonan Bayaran
    • Bahagian Visa, Pas & Permit – Permohonan Lanjutan Pas Lawatan Sosial Jangka Panjang
  5. Pilih TARIKH TEMUJANJI / DATE APPOINTMENT
  6. Untuk makluman, hanya tarikh yang ada kekosongan sahaja akan dipaparkan.
  7. Anda juga hanya boleh memilih hari yang aktif sahaja iaitu hari bekerja.
  8. Tarikh hujung minggu (Sabtu & Ahad) serta cuti umum tidak boleh dipilih
  9. Selepas pilih tarikh, tekan butang NEXT untuk mengisi profil pemohon
  10. Masukkan maklumat berikut:
    • NAMA PEMOHON
    • NO KP / IC / PASSPORT
    • ALAMAT / ADDRESS
    • BANDAR / CITY
    • POSKOD / ZIP CODE
    • NEGERI / STATE
    • NO TEELFON / TEL NO
    • EMEL / EMAIL
  11. Setelah semua maklumat diisi, tekang butang SUBMIT
  12. Akan keluar satu popup untuk pengesahan samada anda ingin menghantar permohonan ini; yang tertulis “ADAKAH ANDA PASTI UNTUK MENGHANTAR PERMOHONAN INI”
  13. Tekan butang OK
  14. Akan keluar satu lagi popup untuk memaklumkan bahawa permohonan sudah berjaya dihantar; yang tertulis “PERMOHONAN TEMUJANJI BERJAYA DIHANTAR, E-MEL MAKLUMAN BERJAYA DIHANTAR KEPADA PEMOHON”
  15. Tekan butang OK untuk teruskan.
  16. Slip temujanji STO akan dipaparkan
  17. Sila cetak dan bawa SLIP TEMUJANJI STO ini semasa temujanji

 

2. Terma dan syarat sebelum temujanji online di sto.imi.gov.my

  1. Tempahan melalui sistem ini adalah berdasarkan yang cepat didahulukan (first come first serve). Slot yang disediakan adalah terhad. Sekiranya tarikh dan slot masa yang dipilih telah penuh, sila buat pilihan lain
  2. Permohonan temujanji boleh dibuat seawal tiga(3) bulan sebelum tarikh temujanji dan tertakluk kepada kekosongan;
  3. Pilih Tarikh dan Slot masa mengikut waktu operasi/bekerja rasmi berdasarkan lokasi pilihan kerana terdapat perbezaan waktu kaunter bagi sesetengah Cawangan Jabatan Imigresen;
  4. Pemohon perlu berada di pejabat Imigresen sekurang-kurangnya 30 minit sebelum waktu temujanji. Pihak Imigresen berhak untuk membatalkan temujanji sekiranya lewat;
  5. Pemohon yang didapati sengaja menyalahgunakan sistem akan disekat;
  6. Pemohon hendaklah memastikan semua dokumen yang diperlukan adalah lengkap untuk tujuan penghantaran semasa temujanji;
  7. Notifikasi butiran temujanji akan diemel kepada pemohon, sila cetak dan bawa semasa temujanji.
  8. Pemohon adalah bertanggungjawab ke atas kesahihah maklumat yang diberikan melalui sistem. Jabatan Imigresen berhak membuat semakan lanjut dan pengesahan ke atas maklumat yang diberikan.
  9. URUSAN PEMBAYARAN ADALAH SECARA E-PAYMENT MENGGUNAKAN KAD ATM/DEBIT ATAU KAD KREDIT.
  10. Sila rujuk laman web rasmi jabatan di www.imi.gov.my untuk maklumat berkenaan dokumen berkaitan.

 

Maklumat lanjut sto.imi.gov.my

Sekiranya ada pertanyaan, sila hubungi Jabatan Imigresen Malaysia melalui Sistem Pertanyaan Online (SPO) di http://eapp.imi.gov.my/spo

 

Akhir kata

Kami menyambut baik inisiatif Jabatan Imigresen Malaysia dalam membendung wabak Covid-19 ini. Tambahan lagi, ada beberapa lagi urusan kerajaan yang kini dipermudahkan seperti mybayar.rmp.gov.my dan secure.kwsp.gov.my

Semoga lebih banyak perkhidmatan menarik akan muncul selepas ini.

113 thoughts on “sto.imi.gov.my (Permohonan Temujanji Online Imigresen Malaysia)”

  1. Nak dapat tareh temu janji untuk sambung visa ikot suami tapi tak dapat,visa dah nak mati dlm bulan ni🥲☺️

  2. 1. Daftar “Temujanji Online” di STO – http://sto.imi.gov.my/e-temujanji/home.php

    2. Datang awal dari tarikh temujanji untuk ambil borang-borang yg diperlukan di imigresen (tak perlu temujanji)

    3. Lengkapkan borang beserta akaun sumpah. Akuan sumpah dibuat di hadapan pesuruhjaya sumpah berdekatan.

    4. Tunggu hari temujanji. Hadir ke imigresen.

    5. Tunjuk slip temujanji & borang yg telah lengkap di isi.

    6. Terus berurusan di kaunter utk penyambungan visa.

    7. Bayaran dibuat setelah visa lulus/siap. kebiasaannya imigresen akan beri tarikh utk datang semula menuntut visa dan buat pembayaran melalui debit/kredit kad.

    harap membantu.

  3. 1. Daftar “Temujanji Online” di STO – http://sto.imi.gov.my/e-temujanji/home.php

    2. Datang awal dari tarikh temujanji untuk ambil borang-borang yg diperlukan di imigresen (tak perlu temujanji)

    3. Lengkapkan borang beserta akaun sumpah. Akuan sumpah dibuat di hadapan pesuruhjaya sumpah berdekatan.

    4. Tunggu hari temujanji. Hadir ke imigresen.

    5. Tunjuk slip temujanji & borang yg telah lengkap di isi.

    6. Terus berurusan di kaunter utk penyambungan visa.

  4. saya juga hadapi masalah sama sebelum ni. tiada kekosongan.
    kemudian sy masuk semula setiap hari dan dapat kekosongan utk 1 sept.
    sistem bru ok kot.

    sila cuba lagi layari sto utk temujanji.

    info dr kaunter, tiada masalah utk visa expired sementara waktu ini. sy juga diberitahu boleh trus menyambung visa sekiranya dpt tarikh dan jgn risau jika terlewat penyambungan mgkin sbb waktu pandemik.

  5. dah seminggu mencuba untuk dapatkan tarikh temujanji, masih tiada slot untuk membuat temujaji. sedangakan visa kakak ipar saya akan tamat pada tengah bulan ini. Apabila di hubungi mengunakan no telepon yang tertera di website, semua tidak pernah dijawap. Saya harap pihak tuan dpt menambah baik kemudahan temujanji ini dengan segera.

  6. Assalamualaikum Tuan Mohd Shukri
    Mohon bantuan tuan
    Saya ingin buat temujanji untuk buat penyelarasan Pasport pekerja saya,Pasport baru sampai dari Bangladesh Embassy.Bayaran lanjutan permit telah saya buat kepada myeg.
    Masaalah: Saya isi borang temujanji sto online.
    Tarikh yang penuh di paparkan. Saya cuba tekan butang untuk tarikh baru tapi sistem tidak function . Sudah seminggu saya cuba dan juga telepon ke imigresen tapi gagal. Mohon bantuan tuan segera.TK

  7. macam mana nak temu janji online. 2 bulan dah penuh slot aku dah coba semua tekan One by one date,tapi tak ada slot yang kosong. nak sambung visa ikut suami, bulan August visa aku dah tamat,and passport aku baru hari ini siap,i hope bulan November ini boleh sambung visa,

  8. Kalau untuk visa pas & permit
    Permohonan permit masuk pula macam mana iya cik😅sebab nak tamat tempoh dah 26 ni😞

  9. Sejak bulan lepas try semua tarikh penuh. Asalnya dah dpt bln 6 tapi lockdown pihak imigresen kata akan email untuk reschedul tarikh appoinment sampai bln 7 takde so bila nak buat online semula tarikh semua penuh sampai hujung bln 11. Telefon tak pernah dapat. Macam mana ni? Ada cara lain ke?

  10. Tu la. Selang 2 hari try kdg tiap hari still penuh xde kekosongan. Ok la kalau mereka faham. Sbb kata mrk nak bagi tarik semula melalui email bg yg dah ada temujanji masa lockdown tapi takde gak. Thanks the info

  11. Assalamualaikum tuan… Saya alnaib bin haji kadir pemegang imm13 IP-12091-13010
    Dan saya bekerja di kundasang ranau sabah.. Saya ingin memohon pendapat tuan sebab pasport saya telah luput pada tarikh 01/09/2021… Saya telah memohon temujanji online dengan pihak imigresen sandakan bermula dari bulan july{7) tetapi semua tarikh temujanji penuh sehingga lh ke tarikh 25/10/2021 saya telah berusaha siang dan malam utk mendapatkan tarikh utk memohon lanjutan imm13 saya…

  12. Saya alnaib bin haji kadir pemegang imm13 IP-12091-13010… Saya ingin memohon bantuan tuan puan dari pihak imigresen sandakan sabah… Sebab pasport saya imm13 yang bernombor IP-12091-13010 telah luput pada tarikh 1/9/2021 saya telah berusaha dari bulan 7 untuk memohon lanjutan pasport tapi semua tarikh yang di paparkan penuh.. Dan bila saya cuba jabatan imigresen seperti bahagian lahad datu/keningau/kota kinabalu ada pula kosong… Saya ada juga mencuba nasib dengan pihak imigresen kota kinabalu memohon temujanji online lulus tapi bila saya telefon pihak imigresen kotakinabalu… Pihak imigresen kota kinabalu cakap tidak boleh sebab pengeluar imm13 saya di keluarkan di jabatan imigresen sandakan… Pihak imigresen kota kinabalu menyuruh saya berusaha memohon lanjutan pas imm13 saya dengan pihak imigresen sandakan.. Tetapi saya sudah pun berusaha siang dan malam dan di bantu oleh isteri dengan menguna kan dua buah handphone untuk memohon temujanji online dengan pihak imigresen sandakan tetapi tetap juga penuh sehingga lh sekarang… Saya merayu supaya pihak jabatan imigresen dapat mempertimbangkan kesulitan yang saya alami… Sekiranya pihak jabatan imigresen sandakan sudi mendengar keluhan kami… Boleh sms atau call di no 01115221311 atau email saya di… [email protected]… Saya amat berterima kasih kepada pihak jabatan imigresen sabah malaysia…….

  13. Macam mana kita nak online tuan full trus ni. Pass saya luput pada 23.08.2020 lagi.tulung lah bagi ruang.tuan.

  14. Kenapa ya tuan slot temu janji full.saya cuba try banyak kali tak boleh juga.saya nak visa lanjutan.visa luput 25/10/2021

  15. Salam… Kerajaan boleh tak buat penambahan temujanji tu setiap jam 12am pagi dgn masa sebulan atau lebih? Had kan saja urusan individu setiap hari cth:50 sehari.. ini setiap hari jam 12am pagi cuma tambah sehari saja dalam sistem, bila kita log masuk dah penuh.. bukan sikit orang yang memohon.saya dah cuba memohon setiap jam 12pagi lebih 3 bulan tetap tak dapat juga.. jadi tolong lah upgrade sikit sistem tu.

  16. Assalamualaikum tuan/puan.saya nak renew visa mohon beri tarikh kekosongan utk saya dtg ke kompleks PKNS Sah Alam.

  17. Selamat pagi tuan & puan. Saya pemegang pas imm13 bernombor IP-12091-25593 yang telah tamat tempoh dari Februari 2021. Sudah mencuba berkali-kali mendaftar secara dalam talian tetapi seringkali penuh.

  18. Kak sudah dapat belum..masalah kakak sama seperti aku..aku bln 12 baru dapat bikin pasport..sedangkan visa dah tamat bulan 10..Ya allah pening nya

  19. Pada 21.12 2021. Passport kepada isteri saya tamat tempoh. saya telah buat temujanji untuk lanjutan melalui online. Tetapi Dari Bulan 10 Bulan 11 bulan12. Bulan 1.1.2022. sehingga Bulan 2.2.2022 masi tk Ada kosong. So saya nk buat MCM mna Tu, please

  20. Pada 21.12 2021. Passport kepada isteri saya tamat tempoh. saya telah buat temujanji untuk lanjutan melalui online. Tetapi Dari Bulan 10 Bulan 11 bulan12. Bulan 1.1.2022. sehingga Bulan 2.2.2022 masi tk Ada kosong. So saya nk buat ni
    saya harap tidak ada denda yang akan di keluarkan .

    Reply

  21. Aku susah dapatkan satu appointment, tunggu sampai appointment datang, official check semua ok, tapi ada satu masalah, kurang satu sumpah document tak boleh proceed, (penaja kena datang,tak boleh hantar wakil sebab boarder akan buka minggu depan, kena panggil penaja balik dari singapore, habis….
    Adui , nak dapatkan STO appoitment baru, 3 bulan nanti datang lagi sebab semua dah penuh, kena rebut pada jam sharp 12am, 10 minute habis, berapa orang nak buat ini, matilah macam ini, nanti akan overdue 4 bulan (1+3) …macam mana ini….kena fine ke?
    sekarang kena tunggu bulan Feb21, kalau tak lengkap lagi, tunggu 3 bulan lagi ke… (1+3+3…), adui… penaja di singapore ini nak minta balik tolong renew, boarder buka tutup, tutup buka, matilah macam ini. Fikirkanlah orang akan macam mana reserve appointment. Bagi slot seribu, 10 ribu pun tak cukup punya….fikirkan… orang akan reserve appoitment macam mana…,walk in lah bagi orang yang memang memerlukan, tolonglah, jangan macam ini

  22. Bagaimana ye sy dh bnyk kali buat online temu janji tarik semua full bln 1 smpi bln 3 tetap full juga smpi tarik visa sy pun dh mati itu pun x dpt juga mcm mna tu cik bgi info cik mcm mna cara nye dri dri

  23. Saya ingin membuat pembatalan temujanji Online, ada kesilapan pemilihan tarikh temujanji. Saya mendapat tarikh pada bulan May 2022 sedangkan tarikh luput visa pula pada bulan April 2022. Sila beri maklumbalas. Terima Kasih.

  24. Asslamualaikum,
    Tuan,
    Asmah Binti Tawakala
    Passport Jaminan Suami

    Saya telah memohon temujanji online dengan pihak imigresen Lahad Datu bermula dari bulan satu (1) tetapi semua tarikh temujanji telah penuh sehingga tarikh 21/2/2022 dan makluman untuk mendapatkan tarikh untuk memohon lanjutan jaminan pasport belum diberikan.
    Sekian dan terima kasih

  25. Saya ingin membuat temujanji online bagi memohon lanjutan visa mengikut suami.Bagaimana cara untuk membuat temujanji online yang terkini.Harap dapat membantu..

    Sekian,terima kasih

  26. Saya nak Sambung visa……sbulan awl bt temujanji…..tarikh full je….kol sampai bengkak jari pon xangkt….esok tepaksa pg jugak Terus Tanya pasal visa kat putrajaya….nak tunggu bln 6 br Ada kosong…visa pon mati😅

  27. saya hendak lanjutan pas social jangka panjang isteri saya tapi ta-boleh login.pas social jangka panjang expire 31/05/2022

  28. Salam sejahtera saya nak lanjut kan visa isteri saya perlu temujanji atau tidak ye tarikh visa tamat 25/10/2022 mohon bantuan ye

    Sekian terima kasih

  29. saya ada temu janji sto ..boleh ka saya pigi sebelum tarikh temu jnji tu? atau kena ikut jga tarikh temu janji?

Leave a Comment