Semakan i-Lestari Online (Check ilestari.kwsp.gov.my)


Bagi yang telah buat permohonan KWSP iLestari dengan i-Akaun sebelum ini, pastikan jangan lupa buat semakan i-Lestari KWSP juga. Anda perlu lihat status bayaran samada duit sudah masuk atau belum.

Cuma bagi yang masih belum mohon, boleh ikuti cara buat permohonan pengeluaran iLestari tanpa iAkaun yang terkini.

iLestari Semakan (ilestari.kwsp.gov.my)

Semakan status i-Lestari di ilestari.kwsp.gov.my

Kini, TANPA LOGIN i-AKAUN KWSP pun, anda boleh buat semakan status pengeluaran dan pembayaran i-Lestari.

Ikut langkah di bawah:

  1. Layari i-Lestari online di sini: https://ilestari.kwsp.gov.my
  2. Akan terpapar bahagian Semakan Status
  3. Masukkan Nombor MyKad seperti dalam kad pengenalan anda
  4. Masukkan Nombor Telefon Bimbit yang betul dan tepat
  5. Tick Saya bukan robot
  6. Akan keluar 16 petak gambar untuk dipilih
  7. Ikut arahan untuk pilih semua petak yang mengandungi sesuatu gambar yang ditentukan
  8. Contohnya: gambar lampu isyarat, lintasa pejalan kaki, gunung atau bukit dan lain-lain lagi
  9. Jika tidak ada gambar, klik langkau
  10. Pastikan pilihan semua selesai
  11. Klik Semak
  12. Anda akan dapat masuk melihat satus permohonan i-Lestari

Semakan status i-Lestari di bahagian e-Pengeluaran KWSP

Anda perlu login i-Akaun KWSP untuk semak duit KWSP sudah masuk atau belum.

  1. Login ke i-Akaun KWSP di sini: https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login
  2. Pastikan ini adalah login untuk Ahli
  3. Masukkan ID Pengguna
  4. Masukkan Kata Laluan yang didaftarkan
  5. Pilih Bahasa Melayu (BM) di bahagian atas kanan
  6. Klik Pengeluaran di bahagian menu di atas
  7. Klik e-Pengeluaran di bahagian menu sebelah kiri atas
  8. Anda akan nampak butiran berikut untuk lihat status i-Lestari KWSP:
    • No
    • Jenis Pengeluaran
    • Status
    • Tarikh Permohonan
    • Tarikh Kemaskini
    • Tindakan
  9. Sila lihat pada bahagian Jenis Pengeluaran
  10. Pastikan Jenis Pengeluaran ialah i-Lestari
  11. Sila lihat pula pada bahagian Status
  12. Pastikan Status ialah Lulus
  13. Sila semak akaun bank anda untuk melihat baki terkini dan buat pengesahan duit sudah masuk.

 

Semakan iLestari di Inbox i-Akaun

Anda perlu login i-Lestari dah semak bahagian Inbox iaitu adanya Mesej Baru.

  1. Login ke i-Akaun KWSP menggunakan ID Pengguna
  2. Masukkan Kata Laluan yang didaftarkan
  3. Pilih Bahasa Melayu (BM) di bahagian atas kanan
  4. Klik Inbox di bahagian menu atas
  5. Anda akan dapat lihat subjek Permohonan Pengeluaran i-Lestari Diluluskan / Withdrawal i-Lestari Application Approved
  6. Klik subjek untuk lihat keterangan
  7. Mesej yang akan tertera ialah semasa pendaftaran permohonan dahulu ialah seperti berikut:
    • Permohonan e-Pengeluaran i-Lestari bertarikh 02-Apr-2020 dengan Nombor Rujukan LESTARIKWSP010000XXXXX telah didaftarkan pada 12-Apr-2020 dan sedang diproses.Untuk pertanyaan lanjut, sila emelkan kepada [email protected]
  8. Namun, yang lebih penting ialah mesej yang akan tertera ialah untuk kelulusan seperti berikut:
    • Permohonan e-Pengeluaran i-Lestari bertarikh 02-Apr-2020 dengan Nombor Rujukan LESTARIKWSP010000XXXXX telah diluluskan.Untuk pertanyaan lanjut, sila emelkan kepada [email protected]
  9. Sila semak akaun bank anda untuk melihat baki terkini dan buat pengesahan duit sudah masuk.

 

Semakan iLestari di app i-Akaun

  1. Jika anda guna Android, download app KWSP i-Akaun dari Google Play terlebih dahulu
  2. Jika anda guna iPhone, download app KWSP i-Akaun dari Apple App Store dahulu
  3. Masukkan Username
  4. Masukkan Password
  5. Tekan Login
  6. Jika terlupa, klik Forgot User ID or Password?
  7. Selepas login, akan ada mesej yang terpapar.
  8. Klik OK
  9. Klik View Transaction History
  10. Jika ada pengeluaran, ia akan terpapar di situ

 

Bila dapat duit i-Lestari?

Sila ambil maklum bahawa permohonan pengeluaran yang diterima pada bulan April 2020 akan mula menerima bayaran bermula bulan Mei 2020.

Walau bagaimanapun, bagi permohonan pengeluaran yang diterima selepas bulan April 2020, bayaran pengeluaran adalah bermula daripada tarikh permohonan pengeluaran yang diterima oleh pihak KWSP.

 

Akhir kata

Diharapkan akan perkongsian semakan i-Lestari KWSP ini dapat membantu dan memudahkan lagi hidup anda.

Semoga bermanfaat.

65 thoughts on “Semakan i-Lestari Online (Check ilestari.kwsp.gov.my)”

  1. Hello
    WUHAN Tragedy greeting to you & team. Trust you all are good and in the best of health.
    I want to withdraw some cash from my age 55 account. Is there any way i can register online and withdraw the cash.
    I know EPF is closed now and my prediction it will only open on 1 June 2020. (hopefully i am wrong).
    Kindly advise.

    Reply
  2. Salam…saya dah apply melalui ilestari online pada 14/4/2020.Tetapi sehingga kini,bila saya buat semakan permohonan saya masih lagi status permohonan telah diterima. Jadi,saya nak tahu berapa lama pihak epf nk luluskan permohonan saya?

    Reply
    • Waktu saya buat permohonan hari tu pada 2 April 2020. Lulus pada 15 April 2020. Memandangkan terlalu ramai yang mohon, memang akan mengambil masa untuk diproses.

      Reply
      • Permohonan i lestari saya sudah diluluskn dan tarikh utk pmbyaran sepatutnya 4/5/2020 tetapi semalam saya chek balik tba2 tarikh bertukar 18/5/2020..kenapa tiba-tiba jadi macam ni ye..

        Reply
        • Iskandar. Kemungkinan kewangan kwsp tidak cukup sebab mereka banyak melabur demi mendapatkan faedah untuk dividen setiap tahun.

          Sebenarnya simpanan epf kita macam pelaburan juga. Harap kwsp akan percepatkan pembayaran I lestari.

          Kes aku sama. Lulus. Masa check 4th may sekarang 13th May.

          Reply
  3. Salam sya lydia binti yacob sya ingin bertanya kn tntg ilestari online sya sdh apply 14/04/20 permohonan d terima..tp smpai skrg tiada jawapan kelulusan..sbnrnya sya ada i akaun kwsp bila sya apply kat ctu dia mnta no.tac d sebab kn no.lama xaktif sdh jd susah nk buat kat iakaun..bap nak update no.baru sya xpandai..hinggakn sya apply ilestari dekat email pn sama xdpt mereka trima prmohonan sya bap document xlengkap..harap pihak kwsp dpt bntu sya cara yg trbaik buat pengeluaran ilestari ini..harap maklum dan trima ksi..

    Reply
    • ini bukan sekolah nak dibantu satu satu dari A sampai Z. kes kau ni kena datang pejabat kwsp terus tunggu sampai diumumkan pejabat kwsp buka sbb cara kau cakap macam tak reti nk buat kan. jap macam mana kau apply ilestari kalau no tac kau tak update? jadi kesimpulannnya kau tak apply pun lagi. jadi bawa bersabar dan solat doa bnyk2 . inshaAllah semua akan baik baik shj.

      Reply
    • Tekan lupa kata laluan.. masukkan no.ahli dan kad pengenalan nnti dia akan sms password sementara ke talian hanphone yg didaftarkan.. lps login nanti kena tukar la password tu

      Reply
    • Permohonan yg diterima akan dibayar secara recurring setiap bulan. So kalau salah tekan rm50, itulah yg akan dikreditkan. Pastikan jumlah permohonan adalah tepat sbb tiada option untuk ubah amaun

      Reply
  4. Salam.kenapa sy chek status permohonan ilestari keputusannya belom diterima/dikemaskini? Siapa yg tahu harap dpt membantu…

    Reply
    • Sya da mohon tp blum ada lg email atau sms masuk kt no hpn yg sya masuk dlm borang kwsp jd mcamana sya nak tau lulus ka atau tidak,,trima kasih

      Reply
  5. Salam..sy telah membuat permohonan i lestari pd 1.4.2020 jam 9.22 pm.ttpi status bla sy cek blm diterima/di kemas kini.knp ye?..mohon pencerahan.tq

    Reply
  6. Sy Nak Tanya.sy Sy cek permohonan di I akuan reject dan di link terkini kwsp di lukuskan.sy musykil.yg mne 1 btul

    Reply
    • Sama la sy pun macam tu,suami dah lulus..makna kalau bulan ni tak diterima tak dapat la duit tu tunggu sampai diterima dan lulus..? ikut bulan yang dibalas oleh pihak kwsp..

      Reply
    • Please jawab guys yang baca ni, sy dah apply pada 14/4/2020 Dan sekarang masih belum diluluskan, tetapi mak sy dah lulus. Umur 20 layak dapat ke guys ? Help me please

      Reply
    • Sy pun musykil jgk, sy punya i-akaun status approved, .. cek status di link, rekod permohonan belum dterima/dkemaskini ?

      Reply
    • Maaf salah saya mohon pada 14hb April 2020 dan dua hari kemudian saya check status pada 18hb April 2020 sudah pun lulus

      Reply
    • Sy memohon 6hb april 2020,setelah membuat semakan akan telah lulus dan akan terus masuk ke acc bank 6hb mei ..tp sy tengok xmasuk lagi pun..pukul berapa kerajaan nak masuk kan. Dh la bantuan BPN dlm proses xabis. .nk tunggu berapa lama lagi..bantuan xdpt2,,duit kwsp pun xmasuk2 lgi..xpikir org nak pakai duit ke ap ke..

      Reply
  7. Knpa tu ye kalau kita sdh buat permohonan dri i akaun sya di lluskan tapi bila saya check melalui website permohonan belum d terimA/dikemaskini

    Reply
  8. Saya laila. Sy apply dalam i akaun. Sy buka inbox dilulus kn. Dlm status pun diluluskan. Kenapa ye sy cek dalam i lestari rekod pemohanan sy tidak diterima. Skrg sy punya akaun sy lulus atau tidak. Date pembayaran sy tk bole lihat.

    Reply
  9. Saya dah hampir 3 minggu daftar..tapi status masih dalam semakan.. kemaskini..
    Dah banyak kali chek.sama juga…dalam semakan

    Reply
  10. Assalamualaikum
    Maaf ya kenapa permohonan sy masih lg tulis REKOD PERMOHONAN BELUM DITERIMA/DIKEMASKINI
    sedangkan sy dh buat pada 20 april.sy harap permohona sy dpt sbb sebelum dlm aeminggu pkp
    Sy dh berhenti kerja smpi lah sekrang belum ada pendapatan sy perlu menyara 6 orng.sy harap sgt
    Supaya permohonan sy lulus.sy harap kerajaan membantu keluarga sy sy nk hak sy sjh.

    Reply
  11. Aku ni lain plak kes.permohonan laki aku lulus..mslahnya slh letak no.acc plak….tpksa laa btnya g kaunter kwsp

    Reply
    • saya pon sama..tersalah letak no akaun..tp bila cek duit dh tolak. diorang pon xde email atau sms bgtau. dh email buat aduan pon xde reply..nk kena g kaunter jugak ke macam ni.

      Reply
  12. Permohonan kwsp saya untuk bulan 4 saya sudah terima pengeluaran wang.saya mesti buat permohonan lgi ke untuk bulan yang seterusnya setiap bulan atau mohon sekali saja untuk 1 tahun punya pengeluaran?

    Reply
  13. Permohonan saya dah lulus dan pindahan ke bank juga telah dimaklumkan..tapi masalahnya akaun bank yg saya beri buat permohonan tu dah tak aktif..tapi kwsp hantar mesej mengatakan bayaran telah dibuat ke bank..macam mana tu?pening dibuatnya…

    Reply
  14. KWSP
    Kerja Perlahan
    Duit Tak Masuk Lagi
    Tarikh Kredit Wang Dalam Akaun Pencarum Tu Buat Tepat Lah
    Dah Buang Masa Pemohon Beratur Satu Apa Pun Tak Ada

    Reply
  15. hi…..I KEY IN JOIN AKAUAN, STATUS LULUS TAPI BYARAN GAGAL SBB JOIN AKAUN, SO I DAH KEMASKINI AMBIL MASA BERAPA LAMA YE UNTUK DUIT MASUK DALAM AKAUN….

    Reply
  16. Saya pnya akaun dh lulus,tp klu blh sy tau.bkn ke amaun y akan sy dpt utk skl byrn sbnyk 500?bila cek,amaun y msk tu xsmpi 500 pun.mcmn ye?

    Reply
  17. Sy punya I lestari telah d luluskn pada 19mei HARI itu..akn tetapi sy puny no acc gagal d kreditkn..KRN sy m’gunakn acc bank ask sy..JD dlm msej YG sy DPT drp I lestari..p’mohonan sy akn d tkarkn dgn jurubank..APEW maksudny ye??adekah sy akn trma cek drp I lestari untk tebus duit I lestari sy d bank2 YG b’daftar..

    Reply
  18. Sy punya I lestari telah d luluskn pada 19mei HARI itu..akn tetapi sy puny no acc gagal d kreditkn..KRN sy m’gunakn acc bank adk sy..JD dlm msej YG sy DPT drp I lestari..p’mohonan sy akn d tkarkn dgn jurubank..APEW maksudny ye??adekah sy akn trma cek drp I lestari untk tebus duit I lestari sy d bank2 YG b’daftar..

    Reply
  19. Saya pun macam tu dah di luluskan. pada 20 Mei duit akan di masukkan ke dlm ACC . Tapi sampai sekarang 27 Mei masih tak dapat lagi duitnya .

    Reply
  20. 2 hari saya apply I lestari dah lulus mesej pon dah sampai tapi pembayaran tidak boleh dikreditkan Dalam akaun mak saya tapi dapat dalam bentuk cek tunai macam mana ye nak ambil cek tunai sama ada pergi terus ke kwsp? Bila agaknya duit tu Akan keluar??

    Reply
  21. Saya telah gunakan no acc anak sedara saya kerana saya tak ada acc bnk ats sbb bankrup..then saya tlah terima sms dri kwsp tuk mengemaskini blk dan ditukar arahan bayaran iaitu saya akn menerima cek melalui pos..kata ya dlm masa 14hari..skrg da msuk 3minggu sya xdpt ape2 pos cek lgi..bile tye staff kwsp dorang salahkn pihak pejabat pos sbb xsettlekn pos cek to…pjbat pos x cuti tau raya bekerja je…pihak kwsp sebenarye yg lewat settlekn duit kwsp ni..epf ni duit simpanan pekerja tau..bukan duit bantuan kerajaan..So tlg la buat buat kerja dgn penuh berdedikasi dan amanah..rakyat tgh susah dan sgt memerlukan sumber kewangan tuk survive..

    Reply
  22. Jangan bermain-main dengan fakta..ingat senang kah kitq nak fikirkan perkataan bermula dari bulan april ni…yg sudah tu jangan di ungkit lagi..yang kita mahu skg ni dah 16hb januari 2021.. pun masih terkapar kapar menunggu wang i-lestari..kita tak tahu adakah duit ni mungkin telah di keluarkan serentak dengan i-sinar,tarik jadual pembayaran sudah diberikan ,bagaimana tiada apa2 penjelasan yang jelas tentang perkara ini dengan telus dan senang di fahami oleh semua penerima yang diberi kelulusan dan hak utk bersuara…

    Reply
  23. excuse me!, i nak tnya,,jika pemohon i-sinar belum register i-Akaun ‘bab pembayaran’ tetap mereka bayar kan??persoalan saya sekarang, kenapa ”BUrger di MC DONALD tiada SOS??haruskah berasingan??

    Reply
  24. I.lestari Sya masuk las 29.4.2021 Kana sampai skrng Blum masuk2 di bank….suda 1 bulan Sya tungu…..bila kh dia masuk …

    Reply
  25. BOLEH SAYA TAHU..I LESTARI BILA DAPAT YA…SAYA MASIH BELUM TERIMA LAGI I LESTARI BULAN 5..SEKARQNG DAH BULAN 6..MINTA PENJELASAN

    Reply

Leave a Comment