Cara Semak Baki KWSP (Check Online)


Tiap-tiap bulan, syarikat akan tolak duit gaji kita. Tapi macam mana cara nak semak baki KWSP kita yang terkini? Amboi-amboi, takut sangat duit EPF hilang atau berkurang dalam akaun. Bertenanglah. Duit itu ada, tak lari pun. Gurau-gurau, janganlah serius sangat.

Kami tahu, anda nak check balance sebab nak tahu samada layak untuk keluarkan duit KWSP 10k atau tidak bukan? Katanya, dah boleh keluarkan RM10000 di bawah i-Ceria. Jangan risau, mudah sahaja caranya untuk check balance yang ada.

Cara semak baki KWSP online melalui i-Akaun di kwsp.gov.my

Pertama sekali, anda perlu buat pendaftaran i-Akaun KWSP untuk menggunakan perkhidmatan online ini. Jika masih belum mendaftar, sila daftar i Akaun EPF terlebih dahulu.

Pastikan tidak ada masalah untuk login i-Akaun. Kalau tak ingat nombor KWSP, sila check dahulu no KWSP anda atau ID Pengguna yang pernah didaftarkan sebelum login.

Jika sudah mendaftar, ikuti langkah-langkah seperti di bawah:

  1. Layari laman web rasmi i-Akaun KWSP di sini: https://www.kwsp.gov.my/ms/ilogin/login-member
  2. Pergi ke bahagian menu atas sebelah kanan
  3. Ada dua pilihan bahasa iaitu EN dan BM
  4. Pilih BM untuk Bahasa Melayu
  5. Masukkan ID PENGGUNA
  6. Tekan butang Teruskan
  7. Pastikan Imej Keselamatan dan Frasa Rahsia anda adalah betul
  8. Masukkan KATA LALUAN
  9. Tekan butang Log Masuk
  10. Jika tiada apa-apa masalah, anda akan berjaya masuk ke dalam sistem i-Akaun KWSP
  11. Anda akan dapat lihat mesej Selamat Datang NAMA ANDA berserta tarikh login terakhir
  12. Lihat Ringkasan Akaun yang berada betul-betul di bawah mesej tadi
  13. Di bahagian Ringkasan Akaun, anda akan dapat lihat Jumlah Simpanan secara keseluruhan
  14. Anda juga akan dapat lihat baki Akaun 1 dan Akaun 2 dalam bentuk carta pai
  15. Selesai

Dah semak baki, macam mana nak buat semakan penyata KWSP pula?

Amboi, dah tengok baki tapi tak puas hati nampaknya. Nak juga tengok dan check penyata KWSP.

Tak apa, kami faham. Kami juga tahu, anda nak lihat perincian duit KWSP yang masuk pada setiap bulan dari majikan itu adalah betul atau tidak.

Untuk check statement KWSP, sila ikuti langkah-langkah di bawah:

  1. Kami andaikan anda masih lagi kekal login di dalam i-Akaun.
  2. Klik logo KWSP di bahagian atas sebelah kiri
  3. Klik AKAUN PERIBADI di bahagian menu sebelah atas
  4. Pergi ke bahagian Lihat Penyata bagi Tahun:
  5. Pilih tahun yang dikehendaki iaitu samada 2022, 2021 atau yang selainnya
  6. Klik butang Cari
  7. Anda akan dapat lihat RINGKASAN AKAUN
  8. Klik CARUMAN SEMASA untuk melihat amaun caruman supaya anda boleh buat semakan samada majikan masukkan amaun yang sepatutnya atau tidak
  9. Pergi ke bahagian Cetak/Muat turun Penyata Ahli:
  10. Pilih samada Penyata Ringkasan atau Penyata Terperinci
  11. Klik butang Muat Turun
  12. Akan keluar satu popup yang mempunyai mesej “Klik di sini untuk muat turun Penyata Semasa Tahun dalam format PDF”.
  13. Klik di sini
  14. Fail dalam format PDF akan dimuat turun
  15. Buka fail PDF tersebut dan semak maklumat dalam Penyata Ahli Tahun terkini
  16. Selesai

Boleh check balance KWSP guna aplikasi i-Akaun?

Kalau anda malas nak buka komputer, boleh sahaja gunakan telefon bimbit Android atau iPhone untuk check balance KWSP.

Langkah-langkah untuk menyemak baki dalam akaun KWSP anda adalah seperti berikut:

  1. Muat turun dan dapatkan aplikasi i-Akaun di telefon pintar anda.
  2. Pilih pada pautan iOS atau Android.
  3. Buka aplikasi i-Akaun di telefon pintar anda.
  4. Login akaun i-Akaun anda.
  5. Jumlah baki KWSP anda akan tertera di halaman utama.
  6. Tekan pada View Transaction History untuk semak transaksi caruman ke akaun anda.
  7. Klik pada Caruman – IWS untuk mendapatkan detail transaksi.
  8. Selesai

Ada masalah untuk check balance KWSP?

Jangan bimbang kalau anda masih tak boleh nak semak baki akaun KWSP. Pihak KWSP sedia membantu. Anda boleh menghubungi pihak KWSP dengan bercakap dengan khidmat pelanggan KWSP di talian 03 – 8922 6000.

Waktu beroperasi bagi pihak khidmat pelanggan KWSP adalah dari hari Isnin – Jumaat, bermula 8am sehingga 5pm.

Akhir kata

Kami berharap agar perkongsian cara semak baki KWSP secara online ini dapat membantu anda dalam menguruskan dan menyemak transaksi caruman KWSP anda.

Semoga bermanfaat.

74 thoughts on “Cara Semak Baki KWSP (Check Online)”

Leave a Comment