3 Resepi Wajik Durian (Boleh Pilih Ikut Citarasa Anda)

Jika ada banyak durian dekat rumah, jom cuba resepi wajik durian ini. Enak dimakan begitu sahaja. Wajik durian ini rasanya manis, dan memang menjadi kegemaran golongan tua atau pun muda. Mari kami kongsikan beberapa resepi wajik durian untuk anda cuba.

1. Resepi Wajik Durian Pulut Susu

Bahan-bahan

  • 500g pulut susu
  • 500ml santan pekat
  • Sedikit santan cair
  • 250g gula merah
  • 150g gula melaka
  • 200g gula putih
  • 200g durian
  • 1 sk gatam
  • 3 helai daun pandan
  • 1 cawan air

Cara buat Wajik Durian Pulut Susu

  1. Kukus pulut dengan sedikit santan cair selama 25 minit. Pastikan santan sama paras dengan pulut.
  2. Masak gula merah dan gula melaka dengan secawan air sehingga gula larut. Tapiskan.
  3. Masukkan santan pekat, larutan gula merah dan gula melaka, gula putih, garam, durian dan daun pandan.
  4. Masak sehingga pekat berminyak.
  5. Masukkan pulut susu dan kacau sampai pekat. Sedia dihidang.
  6. Tunggu sejuk, kemudian boleh potong.

Sumber: Cik Puan Hasanah Nassan dari Masak Apa Hari Ni

 

2. Resepi Wajik Durian Gula Anau

Bahan-bahan

  • 500g pulut
  • 3 keping gula anau
  • 2 biji kelapa parut (ambil santan sahaja)
  • Daun pandan
  • Beberapa ulas durian
  • Secubit garam

Cara buat Wajik Durian Gula Anau

  1. Cuci pulut dan rendam selama beberapa jam. Tos dan kukuskan.
  2. Masukkan santan ke dalam kuali. Campurkan gula anau, garam dan daun pandan. Masak sehingga larut.
  3. Masukkan durian dan kacau sehingga kuah gula menjadi pekat berbuih. Boleh rasa dan tambahkan gula jika ingin manis lagi.
  4. Masukkan pulut yang sudah dikukus dan kacau bagi sekata. Siap.

Sumber: SuiSan Aliezsha dari Masak Apa Hari Ni

 

3. Resepi Wajik Durian 1 Talam

Bahan-bahan

  • 1 1/2kg pulut (rendam 2 jam dan kukus)
  • 2 cawan gula pasir
  • 2 cawan gula merah
  • 2 cawan air
  • 4 ketul gula melaka
  • Daun pandan
  • 6 cawan santan dari 2 biji kelapa
  • 2 biji durian

Cara buat Wajik Durian 1 Talam

  1. Campurkan gula pasir, gula merah, air, gula melaka dan daun pandan. Masak menjadi air gula sehingga mendidih dan tapis sebanyak 3 kali.
  2. Masukkan air gula dan santan pekat, masak sehingga kuah bertali/pekat. Pastikan kuah betul-betul pekat untuk pastikan pulut juga melekat nanti.
  3. Masukkan pulut yang sudah dikukus.
  4. Kacau dengan api perlahan sehingga pulut pecah minyak dan melekat antara satu sama lain.
  5. Masukkan durian dan masak lagi sehingga betul-betul pekat.
  6. Lapikkan talam dengan daun pisang, tuang wajik dan ratakan.
  7. Setelah sejuk boleh potong dan hidang.

Sumber: Aezach AR dari Masak Apa Hari Ni

 

Akhir kata

Selain wajik durian, anda juga boleh mencuba resepi durian crepe dan serawa durian. Jangan lupa untuk berkongsi masakan anda bersama jiran-jiran! Pasti mereka gembira dapat merasa.


Lagi Resepi Simple, Mudah, Ringkas dan Sedap ↓

Leave a Comment