3 Resepi Waffle (Yang Rangup, Gebu dan Tahan Lama)

Kalau anak-anak selalu minta waffle di luar, pasti kena keluar duit. Kalau murah, tak apa. Ini ada yang sampai RM5-RM10. Jadi, apa kata anda cuba buat sendiri di rumah. Tak susah mana pun kalau cuba buat menggunakan resepi waffle ini.

Izinkan kami berkongsi.

1. Resepi Waffle Rangup Gebu

Bahan-bahan

  • 3 cawan tepung gandum
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 3 sudu kecil baking powder
  • 2 1/2 cawan air sejuk
  • 1 cawan minyak masak
  • 6 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 sudu kecil esen vanilla
  • 3 biji telur segar gred C

 

Cara- buat Waffle Rangup Gebu

  1. Asingkan kuning telur dan putih telur.
  2. Di dalam bekas yang lain, campurkan semua bahan kecuali putih telur lalu kacau rata.
  3. Pukul putih telur yang diasingkan tadi sehingga menjadi “soft-peak meringue”.
  4. Kaup balikkan meringue yang dipukul sebentar tadi ke dalam adunan tepung dan kacaukan sehingga rata. Rehatkan sebentar dalam peti sejuk.
  5. Panaskan “waffle maker”.
  6. Untuk setiap keping waffle, perlukan 2 senduk adunan.
  7. Selepas itu, ratakan dalam waffle maker. Tutup waffle maker perlahan-lahan supaya adunan tidak meleleh keluar. Tekan penutup waffle maker supaya bahagian atas waffle masak dan garing sekata.
  8. Bagaimana nak tahu waffle dah cukup masak dan garing? Lampu di atas penutup waffle maker akan menyala warna oren.
  9. Apabila waffle sudah masak. keluarkan menggunakan penyepit.
  10. Letakkan di atas pinggan dan sapukan inti yang digemari.

 

Sumber: Nanie Sulong dari Masak Apa Hari Ni

 

2. Resepi Waffle Rangup & Lembut

Bahan-bahan

Bekas pertama: 

  • 1 cawan air
  • 1 biji kuning telur
  • 1 sudu besar mentega
  • 2 sudu besar minyak jagung
  • 1 cawan tepung kek
  • 1 sudu besar tepung jagung
  •  ½ sudu besar garam
  •  ½ sudu besar esen vanilla

 

Bekas kedua:

  • 1 biji putih telur
  • 2 sudu besar gula

 

Cara buat Waffle Rangup & Lembut

  1. Masukkan mentega dalam kuali dan cairkan. Kemudian campurkan mentega yang dicairkan tadi bersama 1 cawan air dan kacau.
  2. Campurkan kuning telur bersama bancuhan tadi bersaama dengan minyak jagung.
  3. Masukkan pula tepung jagung, tepung kek, garam dan esen vanilla dan gaul sebati.
  4. Dalam bekas yang asing, masukkan putih telur dan gula lalu kacaukan sehingga menjadi “soft meringue” dan tidak cair.
  5. Masukkan adunan meringue tadi dalam bekas pertama tadi lalu kacau sehingga menjadi adunan yang cair.
  6. Sendukkan adunan ke dalam “waffle maker” yang panas dan ratakan.
  7. Tutupkan waffle maker tersebut dan angkat waffle menggunakan penyepit.
  8. Sapukan waffle dengan topping kegemaran anda!

 

Sumber: Faidhi Badri dari Masak Apa Hari Ni

 

3. Resepi Waffle Simple

Bahan-bahan

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 sudu besar gula
  • 1/3 sudu kecil garam
  • 1 cawan susu segar
  • 3 sudu besar minyak
  • 1 biji telur
  • 2 sudu kecil esen vanila

 

Cara buat Waffle Simple

  1. Campurkan tepung gandum, baking powder, soda bikarbonat, gula dan garam dalam satu bekas dan kacau sebati.
  2. Kemudian, campurkan  susu segar,minyak, esen vanilla dan telur dalam bekas yang berasingan dan gaulkan rata menggunakan “whisk”.
  3. Campur bahan susu tadi ke dalam adunan tepung dan kacau sebati.
  4. Biarkan adunan seketika selama 15-30 minit.
  5. Sapukan butter/planta pada waffle maker.
  6. Tuangkan 2 senduk bancuhan.
  7. Masak hingga waffle garing.

 

Sumber: Nonie Nuar dari Masak Apa Hari Ni

 

Akhir kata

Semoga perkongsian resepi waffle ini akan memberikan anda motivasi untuk mencuba.

Untuk resipi-resipi yang lain, boleh juga cuba resepi cheesekut.

Selamat menjamu selera.


Lagi Resepi Simple, Mudah, Ringkas dan Sedap ↓

Leave a Comment