Resepi Vietnam Roll (Dan Cara Buat Sos Pencicah Yang Sedap)

Pertama kali post dalam group ni dan pertama kali buat vietnam roll.. baru tahu agak leceh dan menguji kesabaran sebenarnya. Yang buat vietnam roll ni tambah sedap, sos dia sbenarnya. Jadi, berikut ialah cara buat Vietnam Roll yang cukup simple dan mudah.

Resepi Vietnam Roll

1. Bahan-bahan Vietnam Roll

  • Rice paper
  • Stick Crab/udang
  • Mee hoon/soon
  • carrot
  • Timun
  • Salad

(Carot, udang, stick crab, mee hoon di rebus & timun salad cuci bersih)

*Air untuk basahkan rice paper saye guna air masak biasa je

 

2. Cara penyediaan Vietnam Roll

  1. Basahkan rice paper depan dan blakang, jgn basahkan terlalu lama, cukup hanya 5saat sahaja, kalau basahkan terlalu lama nanti rice papernya hancur/susah untuk digulung.
  2. Letakkan rice paper tadi atas dulang/pinggan yg leper untuk memudahkan proses mengulung.
  3. Selepas tu, letak salad, timun, carrot dan mee hoon tadi. gulung sedikit, kemudian letak stick crab/udang dan lipat belah kiri & kanan rice paper supaya terlihat kemas dan gulung sehingga habis
  4. Buat perkara yg sama sehingga habis.

*Cara gulung vietnam roll sama seperti gulung popia biasa, cuma kena hati² ketika basahkan rice paper tu.

TIPS : Kalau taknak vietnam roll terlekat antara 1 sama lain, setiap kali selesai 1, balutkan vietnam roll tu dgn plastik

 

3. Bahan-bahan untuk sos pencicah

  • Bawang putih – 2ulas
  • Cili merah – 5 batang
  • Sos ikan – 1 sudu kecil
  • sos chili thai – 2 sudu besar
  • Air limau – 1 sudu kecil
  • gula & perasa (ikut selera masing²)
  • tepung jagung
  • Air sedikit

 

4. Cara buat sos pencicah

  1. Bawang putih dan cili merah di cincang.
  2. Masukkan bawang putih dan cili merah tadi ke dlm periuk dgn api yg sederhana.
  3. Masukkan pulak sos chili thai, sos ikan dan air limau.
  4. Selepas masukkan bahan tadi letak sedikit air untuk sos kita tu berkuah sikit.
  5. Kemudian Boleh masukkan tepung jagung yg dah dibancuhkan air tujuan untuk memekatkan sos chili kita, tapi kalau taknak letak pon takpe, ikut selera masing².
  6. Akhir sekali, letak gula & sedikit perasa ikut selera.
  7. Dah siap, boleh lah makan vietnam roll dgn sos tadi.

 

Sumber: Faziera Ahmad dari Masak Apa Hari Ni


Resepi Masakan Yang Lain

Resepi Vietnam Roll (Dan Cara Buat Sos Pencicah Yang Sedap)

Leave a Comment