3 Resepi Udang Masak Merah (Tambah Cili, Untuk Lebih Pedas)

Selain udang buttermilk dan udang goreng kunyit, udang masak merah juga sentiasa menjadi hidangan kegemaran untuk dimakan. Kali ini kami kongsikan resepi udang masak merah untuk anda cuba.

1. Resepi Udang Masak Merah Madu

  • 500g udang (saiz sederhana)
  • 1 biji bawang besar (dipotong bulat)
  • 1 sb kismis
  • 2 sb madu
  • 1 sb gula putih
  • 2 sb sos tomato
  • 2 sb sos cili
  • 1 sb sos tiram
  • Serbuk perasa @ garam

Bahan kisar

  • 10-15 batang cili kering (direbus atau direndam dalam air panas, toskan)
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bwang putih
  • 2 cm halia
  • 2 batang serai

Cara masak Udang Masak Merah Madu

  1. Kisar bahan-bahan di atas.
  2. Panaskan minyak, masukkan udang dan goreng sehingga masak. Angkat dan ketepikan.
  3. Gunakan minyak yang sama, tumis bahan kisar sehingga pecah minyak.
  4. Masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram, kismis, madu dan gula.
  5. Gaulkan semuanya dan biarkan masak seketika.
  6. Masukkan bawang besar dan udang yang sudah digoreng. Gaulkan dan sedia untuk dihidang.

Sumber: Nurul Ateekah dari Masak Apa Hari Ni

 

2. Resepi Udang Masak Merah Bersantan

Bahan-bahan

  • Bawang merah*
  • Bawang putih*
  • Cili kering*
  • Halia*
  • Tomato*
  • Serai (diketuk)
  • Sos cili
  • Santan pekat
  • Garam @ serbuk perasa
  • Gula
  • Daun sup
  • Bawang holland

Cara buat Udang Masak Merah Bersantan

  1. Kisar bahan-bahan bertanda * sehingga lumat.
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar bersama serai sehingga pecah minyak.
  3. Taburkan garam, serbuk perasa dan gula.
  4. Masukkan sos dan kacau. Masukkan santan sedikit.
  5. Masak sehingga pecah minyak dan masukkan udang. Tuangkan air sedikit.
  6. Bila udang hampir masak, masukkan daun sup dan bawang holland. Siap.

Sumber: CT Nazura dari Masak Apa Hari Ni

 

3. Resepi Udang Masak Merah Simple

Bahan-bahan

  • Udang
  • 1 biji bawang besar*
  • 7 batang cili hidup*
  • 5 batang cili vietnam (jika suka pedas)*
  • Halia
  • 1/2 labu bawang putih*
  • 3 sb sos cili
  • 2 sb sos tiram
  • Garam dan gula

Cara buat Udang Masak Merah Simple

  1. Kisar bahan bertanda *.
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan sos cili dan sos tiram. Gaulkan.
  4. Taburkan gula, garam dan perasa.
  5. Masukkan udang dan kacau sehingga masak. Siap.

Sumber: Lily Petunia dari Masak Apa Hari Ni

 

Akhir kata

Selepas ini, anda boleh mencuba resepi udang masak merah yang pelbagai ini. Jika ada udang galah, boleh cuba resepi udang galah ini juga. Selamat menjamu selera!


Lagi Resepi Simple, Mudah, Ringkas dan Sedap ↓

Leave a Comment