3 Resepi Udang Goreng Kunyit (Mudah Sahaja Buat, Hasil Pun Sedap!)

Resepi udang goreng kunyit merupakan antara resepi yang sangat mudah dibuat. Bahannya pun mudah didapati dan ringkas sahaja. Walaupun ringkas, tapi cukup untuk buat kita bertambah nasi.

Jom cuba resepi ini.

1. Resepi Udang Goreng Kunyit Ala Mat Rock

Bahan-bahan

  • Udang
  • Serbuk kunyit dan garam
  • Bawang merah
  • Kacang buncis
  • Lobak
  • Lada merah
  • Kicap manis

Cara buat udang goreng kunyit

  1. Gaul udang dengan serbuk kunyit dan garam.
  2. Hiris bawang merah dan sayuran.
  3. Panaskan kuali dan goreng udang. Tolak udang ke tepi kuali, besarkan api sedikit dan masukkan bawang merah dan kacau.
  4. Masukkan kacang buncis, lobak dan lada merah.
  5. Kacau sehingga masak, tambah kicap manis sedikit.

Sumber: Nor Amyra Hashim dari Masak Apa Hari Ni

 

2. Resepi Udang Goreng Kunyit Style Rizalman

Bahan-bahan

  • Udang
  • 4 biji bawang merah
  • 3 biji bawang putih
  • 1 biji bawang holland
  • 4-5 sudu sos tomato
  • Kacang peas
  • Cili merah/ hijau
  • Daun bawang
  • 1 sudu gula

Cara buat udang goreng kunyit

  1. Gaul udang dengan serbuk kunyit dan garam dan perap sebentar.
  2. Hiris bawang merah, bawang putih dan hiris bulat bawang Holland.
  3. Panaskan minyak, goreng udang yang diperap tadi. Goreng udang sehingga masak dan garing. Ketepikan.
  4. Guna minyak dan kuali yang sama, tumis bwang merah dan bawang putih hingga keperangan. Masukkan bawang holland dan cili.
  5. Masukkan sos tomato, kacang peas dan udang. Perasakan dengan gula.
  6. Bila bawang holland dah layu, masukkan daun bawang. Siap.

Sumber: Amrina Meena dari Masak Apa Hari Ni

 

3. Resepi Udang Goreng Kunyit Cili Padi

Bahan-bahan

  • 1/2 udang (lumur kunyit dan garam)
  • 4 biji bawang merah kecil (tumbuk/kisar)
  • 3 biji bawang putih (tumbuk/kisar)
  • Sedikit air asam
  • 1/2 cawan air
  • Cili padi (ikut tahap kepedasan masing-masing)
  • 3 biji cili merah
  • 1 biji bawang merah besar (potong bulat)
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara buat udang goreng kunyit

  1. Goreng udang separuh masak
  2. Tumis bahan tumbuk/kisar sehingga naik bau dan kering sedikit.
  3. Tambah air sedikit dan air asam. Biarkan mendidih dan masukkan bawang besar.
  4. Perasakan dengan garam dan gula. Gaul sekata dalam 2 minit dan boleh dihidang.

Sumber: Tengku RosElyza Raja Muhammad dari Masak Apa Hari Ni

 

Akhir kata

Mudah sahaja kan resepi udang goreng kunyit yang kami kongsikan? Selamat mencuba! Jika anda nak masak udang buttermilk, di sini kami kongsikan resepi udang buttermilk yang sangat mudah dibuat.


Lagi Resepi Simple, Mudah, Ringkas dan Sedap ↓

Leave a Comment