3 Resepi Udang Galah (Mudah dan Confirm Sedap!)

Sekali sekala makan udang galah memang sedap juga. Tapi nak masak apa udang galah ni? Di sini kami kongsikan beberapa resepi udang galah di sini. Anda boleh pilih mengikut citarasa anda.

1. Resepi Udang Galah Masak Tomyam

Bahan-bahan

  • 1kg udang
  • 2 batang serai
  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • Bawang Holland (dipotong empat)
  • Bawang putih (diketuk)
  • Daun sup
  • Tomato
  • Sayuran
  • 5 biji cili hidup
  • Daun limau purut
  • Sedikit asam jawa
  • 3 biji asam limau
  • Pes tomyam Thai
  • Garam dan serbuk perasa
  • Gula
  • 3 sudu susu pekat

Cara buat udang galah masak tomyam

  1. Didihkan air dan masukkan pes tomyam.
  2. Kemudian masukkan serai, halia, lengkuas dan carrot. Biarkan mendidih lagi.
  3. Masukkan asam jawa, asam limau, daun limau purut, cili dan bawang Holland.
  4. Perasakan dengan garam, gula, serbuk perasa dan susu pekat.
  5. Masukkan sayur dan udang. Tunggu sehingga udang masak dan masukkan tomato dan daun ketumbar. Siap.

Sumber: Fazilah Sa’aid dari Masak Apa Hari Ni

 

2. Resepi Udang Galah Khamped

Bahan-bahan

  • 1kg udang
  • 2 biji bawang besar*
  • 5 ulas bawang putih*
  • 1 inci halia*
  • 1/2 inci lengkuas*
  • 2 batang serai (potong halus)*
  • 2 biji cili hidup merah*
  • 5 biji cili api hijau*
  • 2 sudu cili kisar
  • 1 sudu pes tomyam
  • 1 sudu sos tiram
  • 1 sudu sos cili
  • 1 sudu sos ikan
  • 1 keping asam keping
  • Kacang panjang (optional)
  • Bahan perasa dan garam
  • Gula
  • Daun limau purut

Cara buat udang khamped

  1. Blend halus bahan bertanda *.
  2. panaskan minyak, goreng udang dan ketepikan.
  3. Tumis bahan kisar sehingga naik bau. Masukkan cili kisar dan masak sehingga pecah minyak.
  4. Masukkan sos tiram, asam keping, sos cili dan sos ikan. Masak lagi hingga mendidih.
  5. Sekiranya kuah kering boleh masukkan air. Masukkan udang, kacang panjang dan limau purut. Perasakan.

Sumber: Ida Zairi dari Masak Apa Hari Ni

 

3. Resepi Udang Galah Masak Sambal

Bahan-bahan

  • Udang
  • Lada kering yang sudah direbus
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Sos cili
  • Sos tiram
  • Sos tomato
  • Gula dan garam

Cara buat udang galah masak sambal

  1. Panaskan minyak dan goreng udang. Ketepikan.
  2. Kisar lada kering, bawang merah dan bawang putih.
  3. Guna minyak goreng udang tadi, tumis bahan kisar sehingga naik minyak.
  4. Masukkan gula, sos cili, sos tomato dan sos tiram. Tambahkan sedikit air dan biarkan hingga mendidih.
  5. Masukkan udang dan masak hingga bahan sebati dan pecah minyak. Perasakan dan siap.

Sumber: Syarifah Norazimah dari Masak Apa Hari Ni

 

Akhir kata

Sekarang anda sudah dapat beberapa idea resepi udang galah anda. Selamat mencuba! Jika anda teringin nak masak udang goreng kunyit, kami juga ada sediakan resepi udang goreng kunyit untuk anda.


Lagi Resepi Simple, Mudah, Ringkas dan Sedap ↓

Leave a Comment