3 Resepi Udang Buttermilk (Mudah Dibuat, Simple dan Sedap!)

Bila sebut udang, kebiasaannya kita akan fikir masak sambal paling sedap. Tetapi antara hidangan yang sedap dimasak juga ialah udang buttermilk. Di sini kami kongsikan beberapa resepi udang buttermilk yang sedap. Anda boleh pilih mengikut citarasa anda.

1. Resepi Udang Buttermilk

Bahan-bahan

  • 20 ekor udang saiz sederhana
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
  • 2 sudu butter
  • 5 biji cili padi (potong halus)
  • 4 ulas bawang putih (cincang)
  • 3 ulas bawang merah (hiris halus)
  • 150ml susu cair
  • 2 tangkai daun kari
  • 1 sudu kecil garam
  • 1/2 sudu serbuk kunyit
  • 1 sudu kecil serbuk kari

Cara buat udang buttermilk

  1. Gaulkan udang dengan garam dan serbuk kunyit. Goreng dan ketepikan.
  2. Keluarkan minyak yang diguna untuk goreng udang tadi dari kuali. Tinggalkan hanya dua sudu makan minyak di dalam kuali.
  3. Masukkan butter dan biarkan panas.
  4. Masukkan bawang puih, bawang merah, daun kari dan cili padi.
  5. Goreng sehingga naik bau dan berwarna perang.
  6. Masukkan susu cair dan kacau sehingga mendidih dan sedikit pekat.
  7. Masukkan garam, serbuk kunyit, serbuk kari dan kacau sebati.
  8. Akhir sekali, masukkan udang telah digoreng dan kacau sebati hingga sos sedikit pekat dan melekat pada udang. Siap.

Nota:

  1. Udang jangan digoreng terlalu lama nanti terlebih masak dan keras.
  2. Jika suka manis, tambahkan satu sudu kecil gula.
  3. Boleh ganti udang dengan ayam (ayam digoreng dengan tepung terlebih dahulu)

Sumber: Sabrina Sabri dari Masak Apa Hari Ni

 

2. Resepi Udang Buttermilk Mudah dan Sedap

Bahan-bahan

  • 15 ekor udang
  • 1/4 butter
  • 1-4 biji cili padi (potong kecil)
  • 4 tangkai daun kari
  • 4-5 ulas bawang putih (didadu)
  • 1/2 tin susu cair / susu UHT
  • 1 sudu teh tepung jagung bancuh dengan air
  • Garam dan gula
  • Sedikit serbuk kunyit

Bahan perap udang

  • 1 sudu kecil garam
  • 2 sudu kecil serbuk kari
  • 1 sudu besar tepung gandum

Cara buat udang buttermilk

  1. Perap udang dengan bahan perap selama 10 minit.
  2. Goreng udang separuh masak dan ketepikan.
  3. Panaskan kuali dan masukkan butter.
  4. Cairkan butter dan masukkan cili padi, bawang putih dan daun kari. Tumis hingga kekuningan dan wangi.
  5. Masukkan susu cair dan masak hingga mendidih.
  6. Perasakan dengan garam, gula dan sedikit serbuk kunyit. Masukkan bancuhan tepung jagung untuk pekatkan kuah.
  7. Masukkan udang yang sudah digoreng separuh masak. Gaul rata dan tutup api.

Sumber: Laila Yaakop dari Masak Apa Hari Ni

 

3. Resepi Udang Buttermilk Cheese

Bahan-bahan

  • 8 ekor udang
  • 8 ulas bawang putih (didadu halus)
  • 1 biji bawang besar (didadu halus)
  • 3 tangkai daun kari
  • 5/6 biji cili melaka (dipotong kasar)
  • 2 sudu besar buttercup
  • 1/2 cawan susu cair
  • 1 sudu kecil gula
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 keping cheese

Cara buat udang buttermilk

  1. Gaul udang bersama garam dan kunyit dan goreng separuh masak. Ketepikan.
  2. Panaskan butter dan tumis bawang putih, bawang besar, daun kari dan cili melaka.
  3. Masak sehingga layu/kekuningan.
  4. Masukkan susu cair, gula, garam dan cheese. Masak sebentar dan masukkan udang. Kacau sebati dan siap.

Sumber: Hani Myhanie Ali dari Masak Apa Hari Ni

 

Akhir kata

Jangan lupa cuba resepi udang buttermilk ini! Kami juga ada kongsikan resepi lain untuk anda cuba.


Lagi Resepi Simple, Mudah, Ringkas dan Sedap ↓

Leave a Comment