3 Resepi Tomyam Ayam (Cukup Rasa Masam Manis, Seperti di Kedai Thailand)

Adakah anda salah seorang manusia yang tak ada idea untuk masak apa untuk lauk tengahari ini? Teringin nak makan tomyam rasa macam kat kedai? Izinkan kami berkongsi resepi tomyam ayam yang mudah boleh buat di rumah sahaja.

Tentu sekali lebih enak bila digandingkan dengan telur bistik dan juga ikan siakap 3 rasa.

Izinkan kami berkongsi.

1. Resepi Tomyam Ayam Santan

Bahan-bahan

Bahan A (dikisar halus)

  • bawang merah
  • bawang putih
  • bawang besar
  • halia
  • lengkuas muda
  • serai
  • udang kering sikit

Bahan B

  • 2 senduk cili kering dikisar halus
  • 3 sb kicap ikan cair dan masin
  • ayam
  • daun limau purut
  • serai yang dititik
  • lengkuas dipotong keping
  • santan
  • sayur (bunga kobis, lobak merah, jagung muda)
  • batang saderi dipotong kasar
  • garam dan perisa
  • lemon
  • daun ketumbar

Cara buat Tomyam Ayam Santan

  1. Tumis bahan A sampai pecah minyak
  2. Masukkan 2 senduk cili kering yg dah dikisar haus dan tumis sampai garing (kuantiti lihat pada saiz periuk)
  3. Masukkan kicap ikan, ayam, daun limau purut, serai, lengkuas dan kacau
  4. Selepas ayam agak dah separuh masak, masukkan air sebanyak mana yang kita nak untuk kuah
  5. Apabila sudah mendidih kuahnya, masukkan santan agak-agak sahaja
  6. Masukkan sayur, batang saderi
  7. Perasakan dengan garam dan perisa
  8. Perah 1-2 biji lemon untuk rasa masam
  9. Tutup api dan masukkan daun ketumbar dan kacau

Sumber: Habibah dari Masak Apa Hari Ni

 

2. Resepi Tomyam Ala Thai

Bahan-bahan

Bahan A

  • 3 batang serai (titik)
  • 1 inci Lengkuas (titik)
  • 1 inci Halia (hiris nipis)
  • Cili padi (8-10bji)
  • Akar ketumbar
  • 3 sb Pes tomyam thai
  • jus limau (2 biji)
  • 4 cawan air
  • Ayam dipotong kecil

Bahan B

  • Cendawan
  • Carrot
  • Bunga kubis
  • Broccoli
  • Tomato
  • Bawang dipotong dadu
  • Daun limau purut
  • Daun ketumbar
  • Garam

Cara-cara buat Tomyam Ala Thai

  1. Masak air sampai mendidih
  2. Masukkan serai, halia, lengkuas, pes tomyam, akar ketumbar dan kacau sebati
  3. Biar 2 min, masukkan ayam dan tutup periuk biar ayam empuk sedikit dalam 6-8 min
  4. Buka penutup dan masukkan bahan B. Tambah air kalau tak cukup
  5. Masukkan air limau, garam dan tunggu sampai sayur lembut sikit
  6. Tutup api dan siap sedia untuk dihirup!

Sumber: Fatimah Saari dari Masak Apa Hari Ni

 

3. Resepi Tomyam Segera

Bahan-bahan

Bahan A (dikisar)

  • bawang putih
  • bawang besar
  • tomato
  • akar ketumbar
  • cili ikut kepedasan yang mahu

Bahan B

  • serai
  • lengkuas
  • pes tomyam
  • air
  • ayam
  • sos tiram
  • sos ikan
  • asam keping
  • perasa
  • bawang besar dipotong
  • sayur campur
  • daun ketumbar diracik halus

Cara buat Tomyam Segera

  1. Tumiskan bahan A
  2. Masukkan serai, lengkuas sampai pecah minyak
  3. Masukan pes tomyam, air, ayam, sos tiram, sos ikan, asam keping dan perasa secukupnya
  4. Masukan bawang besar yang dipotong, sayur campur dan daun ketumbar yang diracik halus
  5. Dah siap

Sumber: Noor Anismaliza dari Masak Apa Hari Ni

 

Akhir kata

Amacam dah start kecur air liur belum membayangkan kepekatan, pedas dan masam manis Tomyam Ayam ala Thai ni? Simple sahaja caranya, orang bujang pun boleh masak! Satu lagi resepi ala Thailand yang anda boleh cuba, resepi paprik ayam.


Lagi Resepi Simple, Mudah, Ringkas dan Sedap ↓

Leave a Comment