3 Resepi Tauhu Bergedil (Dengan Sambal Kicap Sedap)

Di gerai-gerai tepi jalan, ramai betul yang jual tauhu bergedil. Kalau anda mahu cuba buat sendiri, mudah sahaja. Ikuti resepi tauhu bergedil ini.

Kami juga sertakan dengan resepi sambal kicap pedas yang sedap dicicah dengan tauhu bergedil.

Izinkan kami berkongsi.

1. Resepi Tauhu Bergedil Sedap

Bahan-bahan

  • 5-6 biji kentang
  •  Daging kisar jenama Ramly sekeping
  •  Tauhu kering
  •  Daun sup
  •  Bawang goreng
  •  Garam
  •   Lada hitam
  •   Kiub Ayam -1
  •   Cili hiris2

 

Cara buat Tauhu Bergedil

  1. Kupaskan kentang,potong dan goreng.
  2. Goreng daging kisar sehingga masak dan ketepikan.
  3. Apabila kentang sudah suam, masukkan semua bahan ke dalam chopper. Biarkan sebentar untuk hancurkan dan sebati.
  4. Potong tauhu kering di bahagian atas dan buang isi lalu boleh sumbat kentang ke dalam.
  5. Pukul telur dan celupkan tauhu yang dah siap disumbat dan goreng dalam minyak panas.

 

Cara buat Sambal Kicap Pekat Melekat

Bahan-bahan:

  • 4-5 ulas bawang putih
  • 5-6 cili padi
  • Gula
  • 2-3 sudu bawang goreng
  • Kicap kipas udang
  • Kicap ABC

Cara buat:

  1. Kisarkan semua bahan-bahan di atas mengikut sukatan citarasa anda
  2. Siap

Sumber: Maya Miera dari Masak Apa Hari Ni

 

2. Resepi Tauhu Bergedil Daging Burger

Bahan-bahan

  • 1 kg kentang
  • 1 pek daging ramly burger
  • 1 biji bawang besar
  • 10 ulas bawang putih
  • Daun sup
  • Bawang goreng
  • Lada sulah,lada hitam
  • Serbuk perasa.

 

Cara buat Tauhu Bergedil Daging Burger

  1. Kupas dan potong kentang lalu rebus sehingga empuk. Jangan lupa letakkan garam, kemudian tos dan lenyekkan.
  2. Tumbuk kasar bawang besar dan bawang putih.
  3. Selepas itu, tumis bawang besar dan bawang putih sehingga perang.
  4. Masukkan daging burger dan lenyekkan lalu masak sehingga garing.
  5. Kemudian, masukkan daging yang sudah masak ke dalam kentang lenyek lalu masukkan daun sup,bawang goreng, lada sulah, lada hitam, serbuk perasa dan gaul sehingga sebati.
  6. Masukkan adunan tadi ke dalam tauhu pok.
  7. Semasa nak goreng, pecahkan 2 biji telur, campurkan dengan 1 sudu tepung jagung, letak garam, dan celupkan tauhu bergedil tersebut.
  8. Goreng dalam minyak yang banyak dan panas.

 

Cara buat sambal kicap

Bahan-bahan:

  • Cili kicap pekat.
  • 1 genggam cili api
  • 3 ulas bawang putih
  • Kicap
  • Gula

Cara buat:

  1. Kisarkan bahan-bahan sehingga konsistennya tidak terlalu cair.
  2. Siap

Sumber: Syaz Amira dari Masak Apa Hari Ni

 

3. Resipi Tauhu Bergedil Gemok Gedempol

Bahan-bahan

Berikut ialah bahan-bahan inti tauhu:

  • Kentang
  • Bawang Merah
  • Bawang Putih
  • Daging Cincang
  • Tauhu Pok
  • Garam
  • Perasa
  • Daun Bawang/Daun Sup
  • Lada Sulah

Cara buat Tauhu Bergedil Gemok Gedempol

  1. Potongkan kentang secara nipis lalu gorengkan bersama bawang merah dan bawang outih sehingga layu dan berwarna kekuningan.
  2. Setelah siap, toskan minyak dan masukkan ke dalam bekas yang bersih yang tumbuk sehingga separa lumat.
  3. Sementara itu, tumiskan daging cincang dan masukkan bersama bahan yang telah ditumbuk tadi bersama garam, sedikir serbuk perasa, lada sulah, dan daun bawang dan tumbukkan sekali lagi sehingga lumat.
  4. Selepas itu, potongkan sedikit tauhu pok di permukaan atas dan sumbatkan inti sehingga padat.
  5. Kemudian, pecahkan 3-4 biji telur dan gaulkan bersam sedikit garam dan ketepikan.
  6. Celupkan tauhu pok tadi ke dalam telur dan gaul sehingga garing lalu toskan untuk dihidang.

 

Cara buat Sambal Kicap Berapi

Bahan-bahan:

  • Cili padi hijau
  • Cili padi merah
  • Bawang putih
  • Kicap manis Jalen
  • Garam
  • Gula

Cara buat:

  1. Kisarkan semua bahan diatas dan masak seketika sehingga naik bau
  2. Siap

Sumber: Naddy’s Kitchen dari Masak Apa Hari Ni

 

Akhir kata

Semoga perkongsian resepi tauhu bergedil ini menepati citarasa anda.  Jika sedap, anda juga boleh cuba berniaga.

Untuk goreng-goreng waktu petang sambil santai-santai duduk depan rumah, jemput cuba resepi goreng pisang dan cempedak goreng juga.

Selamat mencuba.


Lagi Resepi Simple, Mudah, Ringkas dan Sedap ↓

Leave a Comment